Athifa Warda - nama yang indah dan sepadan untuk seorang gadis yang ceria. Seseorang yang mampu membuatkan orang di sekeliling senang dengannya.
Megat Qayyum - Seorang yang soft spoken, cepat mesra dan mudah terhibur.
Kisah seorang gadis terpaksa...
Selepas berbincang tarikh akad nikah dan majlis bersama kedua-dua belah pihak, mereka mula menyiapkan persediaan perkahwinan.
Baju pengantin sudah ditempah oleh ibu Qayyum, Puan Latifah. Tema majlis mereka adalah navy blue.
"Mak, harini adik dengan Qayyum nak keluar. Nak beli barang sikit. Adik ingat nak buat kek, tiba-tiba craving kek coklat pula..." ucap Athifa.
Tiba-tiba craving, aku mengandung ke? Ish, kawin pun belum! Kata Athifa dalam hati. Dia punya overthinking tu mengalahkan orang yang dah kawin!
"Bagus la tu, buat banyak sikit. Mak pun nak jugak..." jawap emak. Dah anak nak buat, kita pun nak.
"Hmm... Yela mak."
"Ayah mana mak?" tanya Athifa. Selalunya ada je ayahnya. Harini tiba-tiba lesap pulak.
"Ayah kamu tu awal-awal pagi lagi dah hilang. Nak spendtime dengan bakal besan katanya. Excited sangat..." kata Puan Zuraidah.
Athifa mengangguk. Hubungan dia dengan Qayyum pun makin rapat. Cinta sudah mula berputik dalam hati.
"Adik naik dulu mak, nak cari baju untuk keluar petang nanti." pamit Athifa. Tak sabar nak dating!
"yelah..." jawap Puan Zuraidah.
Rasa sebak mula hadir dalam dirinya, cepat anak bongsunya itu membesar. Sedar tak sedar dah nak berumah tangga dah pun... Puan Zuraidah berharap, anaknya bahagia selepas kahwin.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.