Keesokan harinya, keluarga Athifa bergegas pergi ke rumah Tuan Kahar.
"Assalamualaikum!" laung Tuan Jefri. Disisinya terdapat isterinya dan juga Arrifda, tak lupa juga Edward. Annisa pula berada dalam dukungan Edward.
"Waalaikumsalam, masuk la Jef..." jemput Tuan Kahar.
Mereka melangkah masuk ke dalam rumah. Terdapat Athifa dan Puan Latifah di ruang tamu.
"Adik..." panggil Puan Zuraidah. Dia melangkah laju menuju ke anaknya.
Athifa memeluk ibunya dengan wajah yang sayu, namun dia tidak menangis. Air matanya sudah kering untuk lelaki itu. Dia redha.
"Adik ok? Macam mana boleh jadi macam ni?" soal Tuan Jefri. Dalam hatinya sudah menyumpah seranah pada Qayyum.
"adik ok... Adik pun tak tahu macam mana Qayyum boleh berubah hati. Mungkin adik ada buat salah tanpa adik sedar..." Athifa mengeluh.
Ya, mungkin dia ada terbuat salah pada lelaki itu. Mungkin juga dia tak cukup sempurna untuk Qayyum. Mungkin...
"kamu tak ada buat salah Ifa... Kami yang salah. Kami tak didik dia dengan cukup baik." ucap Puan Latifah. Dia terpaksa menanggung malu atas perbuatan anak lelakinya.
Anak yang ditatang dengan penuh kasih sayang sudah menconteng arang di muka mereka!
"ini bukan salah siapa-siapa. Jika hidup Athifa sudah ditakdirkan begini. Kami terima..." sedih hatinya melihat anak kesayangannya di khianati begitu.
"Kesian mama, sampai hati papa buat macam tu. Takpe mama, adik sentiasa ada untuk mama..." Annisa melangkah ke Athifa. Dia memeluk Athifa.
Athifa tersenyum. Tidak salah lagi keputusannya untuk mengambil Annisa menjadi anaknya. Dia bersyukur kerana Allah hadirkan si cilik tersebut.
"Dasar jantan tak guna, kalau dia berani tunjuk muka dia lepasni memang aku mandulkan terus. Huh!" Tuan Jefri merengus geram.
Tuan Kahar dan Puan Latifah tidak kisah. Dah memang salah anak mereka, takkan mahu pertahankan lagi?
"esok Athifa nak ke mahkamah, nak uruskan proses penceraian."
Dia tidak sanggup bermadu, dia sanggup lepaskan lelaki itu asalkan dia tidak sakit. Untuk apa dia mahu terus disisi lelaki itu sekiranya hatinya terluka?
"apa pun keputusan kamu, kami terima." kata Puan Latifah.
Jika itu yang akan membuatkan Athifa bahagia, dia sanggup.
Ting!Tengah sedih memikirkan nasibnya, tiba-tiba notifikasi telefonnya bunyi.
Message from Qayyum
Athifa mengeluh, apa lagi lelaki ni nak? Tak puas lagi ke sakitkan hati dia?
Notifikasi ditekan.
YOU ARE READING
ATHIFA WARDA: PERFECT FATE
RomanceAthifa Warda - nama yang indah dan sepadan untuk seorang gadis yang ceria. Seseorang yang mampu membuatkan orang di sekeliling senang dengannya. Megat Qayyum - Seorang yang soft spoken, cepat mesra dan mudah terhibur. Kisah seorang gadis terpaksa...