BAB 14

253 7 3
                                    

Pagi itu, Athifa bersiap-siap untuk pergi ke rumah mertuanya. Pergi buat apa? Mesti la pergi untuk selesaikan masalah.

Kereta dipandu, hati Athifa ketika ini benar-benar terasa kosong. Selepas puas menangis semalam, harini dia berasa lebih tenang.

Selepas 30 minit memandu, akhirnya sampai ke rumah mertuanya.

Dia keluar dari kereta dan melangkah menuju ke pintu rumah.

"assalamualaikum, mummy!" ucap Athifa sambil menekan loceng rumah.

"waalaikumsalam, eh Ifa. Masuklah dulu..." jemput Puan Latifah. Dia memegang tangan Athifa dan masuk ke rumah.

Mereka duduk di ruang tamu.

"suami kamu mane? Kenapa sembab je mata tu?" soal puan Latifah prihatin.

Tapak kaki seseorang menuruni tangga terdengar. Tuan Kahar rupanya.

"ingatkan siape datang, kamu rupanya Ifa... Ada ape-ape ke?" Tuan Kahar melangkah mendekati mereka.

"Ifa taknak cakap banyak, mummy daddy tengok lah video ni. Lepastu dengar rakaman suara tu..." Athifa menghulur telefonnya pada Puan Latifah.

Butang 'main' ditekan.

Terpapar video yang dirakam Athifa kemarin.

Puan Latifah menekup mulut, Tuan Kahar pula sudah mengetap gigi menahan marah.

"Dia curang mummy, daddy..." air mata yang ditahan akhirnya mengalir juga. Sakit hatinya mengingat kejadian itu.

"Ya allah abang... Apa nak jadi dengan anak kite ni?" Puan Latifah mengusap belakang tubuh Athifa.

"Kejap saya call dia datang sini. Kita perlukan penjelasan." Tuan Kahar mengeluarkan telefonnya dari poket.

Selesai menelefon Qayyum, dia melangkah menuju ke ruang tamu kembali.

"Kamu kenal perempuan tu Ifa?" soal Tuan Kahar.

"Kenal, sebelum kahwin. Kami pernah terserempak dulu. Dia janda..."

"patut la beberapa bulan ni Qayyum nampak lain, perangainya berubah 100%. Dia abaikan Ifa, dia tak jamah lansung masakan Ifa sebab dia kata dia sibuk..."

"Tapi... Ifa tak sangka dia berubah sebab dah ada perempuan lain..."

Athifa menangis teresak-esak. Puan Latifah juga mengalirkan air mata. Sedih kerana melihat menantunya yang tersiksa itu.

"Anak tak guna." Tuan Kahar mengepal tangannya membentuk penumbuk. Dia tak pernah ajar anak dia untuk menyakiti hati perempuan.

Athifa sudah cukup sempurna untuk anaknya, apa lagi yang tak cukup?

Terdengar bunyi kereta di luar rumah. Sudah pastinya Qayyum.

Qayyum melangkah masuk.

Dia menuju ke arah mereka, tangan dihulur pada daddynya untuk bersalam.

Pang!

Terteleng kepala Qayyum akibat ditampar Tuan Kahar.

"Aku kahwinkan kau dengan Athifa bukan untuk kau sakitkan hati dia!" merah wajah Tuan Kahar menahan marah.

"Apa perasaan orang tua dia kalau tau hal ni terjadi? Anak yang mereka jaga dari kecil. Anak yang dimanjakan mereka, disakiti oleh suaminya sendiri! Kau jawap aku!!" jerkah Tuan Kahar.

Puan Latifah mengusap usap lengan Tuan Kahar untuk tenangkan dia.

"Qayyum minta maaf abah... Hati Qayyum dah berubah." jawap Qayyum sambil tertunduk.

ATHIFA WARDA: PERFECT FATEWhere stories live. Discover now