BAB 12

168 3 0
                                    

Malam itu mereka sekeluarga berkumpul di ruang tamu.

"mak, Ida mengidam sonething la..." kata Arrifda sambil mengunyah kerepek pisan yang dibeli suaminya, Edward.

"awak mengidam ape pulak ni sayang?" Edward bertanya.

"Erm... Mengidam nak kawin baru..." jawap Arrifda. Dia memasang riak wajah sedih.

"Astaghfirullah... Ini bukan mengidam. Ini hasutan syaiton!" ujar Athifa. Menggeleng Tuan Jefri mendengar permintaan Arrifa itu.

"awak jangan macam-macam ye sayang, saya kurung dalam bilik kang baru tahu!" Edward menarik telinga Arrifda.

"Aww! Sakitlah awak!" laung Arrifda.
Telinganya bertukar menjadi merah.

"adik kalau mengandung nanti jangan jadi macam kakak kamu ye. Entah perangai siape la yang diikutnya." Kata Puan Zuraidah sambil tangannya mencapai kerepek pisang. Nampak macam sedap aje!

"ikut perangai siape lagi, awak lah! Awak lupe ke yang dulu awak mengidam nak lepak kat kubur tengah-tengah malam. Sampai menangis-nangis awak bila saya tak kasi!" ujar Tuan Jefri.

Mereka yang mendengar ketawa kuat.

"ish, kisah lama jangan diungkit la!" Puan Zuraidah menarik muncung bibirnya.

"tu la mak, kate lagi kat kite. Tengok-tengok rahsia sendiri terbongkar. Allah tu kalau nak balas, sekejap aje dia balas tau!" Arrifda tersengih. Sengaja mahu mengusik emaknya itu.

"Dah lah, nak naik atas. Abang, awak tidur luar malam ni!" Puan Zuraidah berlalu sambil menghentak kaki.

"Ayok atuk... Padan muke! Malam ni jangan datang tidur bilik Nisa ye. Katil tu hanya untuk Nisa sorang." Annisa memeluk tubuh dan tersenyum suka. Hihihi, atuk kena halau!

"ala, kasi la atuk tidur dengan kamu. Esok atuk belanja set makeup Dior." harap Tuan Jefri. Takkan la dia nak tidur ruang tamu pulak! Taknak, ada nyamuk!

"hmm, nanti beta pikirkan." Annisa mengangguk, jari diletakkan di dagu.

Senang je nak rasuah si kecil ni, cakap je nak belanja terus on!

"jangan mengarut sangat ayah, membazir aje beli makeup mahal-mahal kat budak kecik ni. Bukan nak pakai pun, silap haribulan adik yang kena pakai makeup dia tu." Athifa menjeling Annisa. Mengada budak ni!

Bukan tidak pernah beli set makeup pada budak tu, alih-alih Athifa yang kena pakai sebab dah bosan katanya. Ade² je.

"hehehe... Ala mama ni, jangan la marah. Yela-yela, atuk tak payah beli natang tu. Nisa nak nasi ayam gepuk!" terliur pulak Annisa memikirkan makanan ketika itu.

"yela... Tapi malam ni kasi atuk tidur bilik Nisa ye." Tuan Jefri mengangguk pasrah. Takpe, cucunya juga kan...

"abah, Ida nak juga la ayam gepuk tu. Sedapnyeee!"

Hah sudah, makin bertambah la list mengidam Arrifda ni.

"abang pun boleh beli sayang, jangan susahkan abah..." ujar Edward.

"tak susahkan pun, sekali sekala habis duit kat anak cucu sendiri, kan Nisa?"

Annisa mengangguk. Dia tak fokus sangat pun pada atuknya ketika itu, lebih fokus pada kartun yang dipasang Athifa pada telefonnya.

Tuan Jefri mencebik, apa yang diangguknya tak tahu. Entah faham ke tidak si Annisa ni.

Seperti yang dijanjikan Annisa, Tuan Jefri tidur di bilik Annisa.

Manakala Puan Zuraidah pula, sudah nyenyak tidur dibuai mimpi.

Manakala Puan Zuraidah pula, sudah nyenyak tidur dibuai mimpi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Esok abang dah start kerja tau." Qayyum mengusap rambut Athifa. Rambut Athifa dibawa ke hidung. Hmm wangi!

"ala, cepatnye. Tak boleh ambil cuti lagi ke?" Athifa mengeluh. Tak puas la nak luangkan masa dengan suaminya.

"Tak boleh sayang, lecture yang gantikan abang tu pun ada masalah. Dia pun ambik cuti. Dah takde dah yang nak ganti abang..." kata Qayyum.

"emm... Yelah." Athifa mengangguk. Badan Qayyum dipeluk. Wajahnya disembam pada dada Qayyum.

Qayyum tersenyum. Lepas kahwin ni, baru keluar perangai manja Athifa tu.

"Dah tidur, esok nak bangun awal kan. Goodnight sayang." ucap Qayyum. Dia melabuhkan ciuman pada dahi Athifa dengan penuh kasih sayang. Dirinya sudah mula sayang pada Athifa.

"Goodnight too abang..." balas Athifa. Matanya dipejam rapat.

Mereka berdua tidur nyenyak dan dibuai mimpi yang indah.
........................................................................

Keesokan harinya, Athifa membantu menyiapkan pakaian kerja suaminya.

Kemeja kelabu dipadankan bersama tie hitam di letakkan di atas katil.

Qayyum yang baru selesai mandi itu melangkah ke katil untuk mengambil bajunya.

Athifa pula sudah turun didapir untuk melihat emak dan kakaknya menyediakan sarapan di dapur.

"Bangun dah bini orang ni." sapa Arrifda. Arrifda duduk sambil melihat emaknya menyusun pinggan di atas meja. Bukan dia taknak tolong, tapi emaknya yang membantah.

Athifa mengabaikan sapaan 'mesra' kakaknya itu. Tak ada mood mahu melayan. Masih sedih kerana terpaksa melepaskan Qayyum pergi ke kerja.

"muncung je kau ni, pehal?" tanya Arrifda. Dah macam ikan toman.

"Qayyum tu la, dia kena masuk kerja awal sebab takde lecture lain nak ganti dia. Tak puas kite ni nak bermanja lagi." Athifa merengus.

"lah... Tu je? Dia pergi kerja aje pun. Bukan cari madu untuk kau" balas Arrifda. Muka selamba ditayang.

Athifa menjeling. Kecik besar kecik besar je dia tengok kakaknya itu. Geram!

"Dah-dah. Jangan gaduh, yang kamu ni pun Ida. Biasa la pengantin baru tak puas bermanja. Kamu tu pengantin basi duduk diam-diam aje."

Athifa tersenyum suka. Kening di angkat, wajah menunjukkan rasa bangga apabila emaknya backup.

Arrifda hanya mencebik. Tak hairan pun!

Qayyum dan Edward melangkah kedapur bersama. Kebetulan Qayyum nak turun, Edward pun nak turun.

"Abang, meh ka duduk makan. Mak dah siap masak." jemput Athifa.

Qayyum duduk disebelah Athifa.

"ayah dengan Nisa tak turun lagi ke?" soal Edward.

"belum, orang tua tu kalau tidur di bilik Nisa. Memang lambatla bangunnye." jawap Puan Zuraidah.

Athifa mencedok nasi goreng untuk Qayyum.

Tuan Jefri menuju ke dapur bersama Annisa yang berada dalam dukungannya.

Terkejut mereka melihat wajah Tuan Jefri ketika itu. Arridfa sudah membantai ketawa. Lucu sungguh!

"dah buang tebiat ke awak ni pagi-pagi macamni? Siap pakai makeup semua ni." ujar Puan Zuraidah. Dia mengerutkan dahi.

"cucu kesayangan awak ni lah! Entah apa yang dimimpinya semalam. Pagi tadi dia minta nak makeup saya." kata Tuan Jefri pasrah.

Annisa tersenyun suka.

Puan Zuraidah menggeleng. Macam-macam ragam orang rumahnya. Haih!

To be continue

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To be continue...

Nakal betul Annisa ni kan? Macam² karenah betul si kecil ni. Hari² ada saja kejadian yang terjadi kerana Annisa.

Sorry jika ada typo.
#rate
#newauthor
#followforupdate

ATHIFA WARDA: PERFECT FATEWhere stories live. Discover now