BAB 11

268 5 3
                                    

Annisa yang bangun awal menemani Athifa menyiapkan sarapan.

"Mama, papa tak bangun lagi ke?" tanya Annisa.

"Tak bangun lagi... Kenapa?" Athifa mengacau kuey teow di dalam kuali.

"Semalam papa janji nak bagi adik kalau Nisa setuju tidur dengan atuk dan nenek..." patung disebelahnya itu dimainkan.

Membulat mata Athifa mendengar kata kata itu. Tak tahu macam mana mahu jawap. Itu la Qayyum, pandai pandai lagi berjanji yang bukan bukan!

"Err... Ha, kejap lagi papa bangun la tu ." jawap Athifa.

"goodmorning everyone!" ucap Qayyum. Dah bangun pun suami Athifa.

"Papa! Mana adik Nisa!" laung Annisa.

Qayyum menggaru dahi. Hah sudah! Nak jawap ape ni!

"Err... Semalam adik taknak keluar, sebab dia tengah makan." buntu Qayyum memikirkan jawapan, akhirnya itu yang dijawapnya.

Athifa yang tengah minum air ketika itu tersedak. Suaminya gila! Ada pula jawapan macam tu.

"ohh, takpe la kalau macam tu..." pasrah Annisa menjawap.

Lega Qayyum ketika itu, nasib baik si kecil itu tidak tanya macam macam.

Belakang tubuh isterinya di gosok.

Athifa menjeling tajam pada Qayyum.

"Hehehe... Mak ayah tak bangun lagi?" tanya Qayyum. Dia tersengih.

"kejap lagi bangun la tu, awak duduk la dulu." jemput Athifa.

"yow pengantin baru!" sapa Tuan Jefri, tangannya turut diangkat.

"sedar sikit, awak tu islam. Bukan kafir!" Puan Zuraidah menampar bahu Tuan Jefri.

Cemberut wajah Tuan Jefri, dia mengusap bahu yang ditampar tadi. Sakit oii!

"Sakit ke atuk?" tanya Annisa.

"Sakit lah, gile tak sakit!" jawap atuknya.

"eleh, nenek tampar perlahan je pun. Tak kental la atuk ni!" Ujar Annisa selamba. Kuey teow diambil lalu disuap ke mulut. Sedap!

"Meh atuk tampar kamu pulak, baru tahu langit tu wujud ke tidak..."

"Tak takut pun, by the way bukan langit wujud ke tidak. Tapi langit tu rendah ke tinggi! Tu pun tak tahu ke?" jawap Annisa.

"ish, malas la atuk layan kamu ni. Jangan ajak atuk main masak masak lepasni. Atuk merajuk!" Tuan Jefri memeluk tubuh dan memandang ke arah lain.

"ala atuk ni, kite gurau je. Jangan la merajuk, nanti kite suruh nenek cari suami baharu baru tahu!" Annisa senyum sinis.

Tuan Jefri menjegilkan matanya. Eyyy budak ni, ada yang kena cili jugak mulut tu kang!

"sudah, jangan nak bergaduh depan rezeki ni. Yang awak pun bang, takkan dengan budak pun koyak!" Puan Zuraidah bersuara.

"Mana ada kite koyak. Hati kite kental tau!" jawap Tuan Jefri.

Athifa dan Qayyum hanya ketawa melihat Tuan Jefri yang dimarahi Puan Zuraidah.

Athifa dan Qayyum hanya ketawa melihat Tuan Jefri yang dimarahi Puan Zuraidah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
ATHIFA WARDA: PERFECT FATEWhere stories live. Discover now