Setelah beberapa minit kemudian,rumah mereka terus dipenuhi dengan tetamu daripada jiran,adik beradik,sepupu sepapat dan lain lain
Mereka mula melayan diri sambil melihat Zayla dan Aiddil berada di tepi pintu untuk menyambut tetamu yang lain
"Eh,Airish itu anak kamu dengan siapa tu??" Sudah mulalah bergosip tentang Zayla dan Aiddil
"Mak Ngah ni,itu abang saya lah,Aiddil nama nya dia dah menduda hampir 14 tahun dah Mak Ngah,katanya bekas isterinya masih nak rujuk dengan dia,tapi dia berkeras taknak" Puan Airish mula menceritakan tentang abangnya itu bersama sama dengan adik beradik Tuan Azhar sambil menikmati makanana yang enak
"Ouh la yeke? Sekarang umur dia tu berapa Airish?? Mana tahu dia lagi tua ke muda ke kan" disergah adik Tuan Azhar,Afira
Hampir terkeluar jantung dibuatnya aduhh Afira Afira
"Eh,kejut kita hmmm dia beza setahun je dengan Auntie,cuba teka berapa umur dia?" Puan Airish sahaja mahu mereka meneka umur Aiddil yang sebenarnya
"Hm 34?" Puan Airish menggelengkan kepala
"39??" Masih lagi Puan Airish menggelengkan kepala nya sambil tersenyum
"Kalau nak tahu sangat umur saya,umur saya baru 36 makcik makcik dan adik adik sekalian" kedengaran suara garau mula mendekati mereka
Terlihat sosok tubuh badan tegap mula tersenyum dan mendekati mereka
"Ha ini lah Aiddil,Aiddil Zafriel bin Adham dia seorang je adik beradik saya" Puan Airish segera memperkenalkan Aiddil kepada mereka
Mereka agak melopong melihat begitu tetapnya si dia dengan muka yang hensem ala ala orang korea gituhh
"Maaflah,kalau nak mengorat saya,makcik makcik adik adik sekalian,saya dah ada orang dah" begitu angkuh ye si Aiddil ni menjawab
Tatkala Puan Airish pun terkejut mendengar penjelasan Aiddil itu,eh dia ni main main ke apa
"Abang Dil,betul ke Abang Dil cakap tu??" Bisik Puan Airish di telinga nya
"Memang,orangya ituuu" bibir nya mula dimuncungkan ke arah Zayla membuatkan Airish ketawa kecil
"Abang Dil,serius lah? Anak Airish itu baru umur 20 tahun takkanlah nak bercinta dengam orang yang lagi muda dari Abang Dil" Puan Airish menepuk dahinya sambil ketawa kecil melihat abangnya begitu syok dengan Zayla,padahal baru hari pertama jumpa
"Ala pandai pandai lah,Abang Dil ambil hati dia,Airish tolonglah Abang Dil sekali" eh eh ingat senang ke nk ambil hati orangnya haishhh Aiddil Aiddil
Mak Ngah dengan kumpulan makcik bawangnya, dia mulalah bergosip entah apa apa pasal si Aiddil ni
"Dia tu, berlagak sangat macam lah si Zayla nak kat dia" kata Mak Ngah
"Itulah pasal,menyampah aku"
"Kenapa entah dia tu tahulah menduda 14 tahun"
"Ishhh geramnya aku,Zayla itu bukannya cantik mana, macam mana dia boleh suka dekat Zayla itu pula"Aiddil dan Airish tatkala Afira mendengar perbualan Mak Ngah dengan kumpulan makcik bawangnya itu namun menghiraukan nya
"Lantak mu lah,Mak Ngah,malas nak cakap" Puan Airish mula berasa rimas mendengar perbualan mereka itu
"Takpelah, Auntie jom kita beborak dekat belakang rumah sana dah lama tak beborak dengan auntie" Afira cuba untuk membuat Puan Airish tenang
"Ok juga tu,Aiddil nak ikut sekali eh?? Kalau nak ikut beborak dekat belakang ajak sekali dengan Zayla,kang tak pasal,makcik makcik bawang tu mengutuk pasal anak Airish pula" Puan Airish tersenyum lalu Airish mengikut Afira ke belakang rumah
YOU ARE READING
Aidil Zafriel His Property
RomanceAidil Zafriel merupakan abang kepada Puan Airish,ibu kepada gadis yang bernama Zayla Arisha yang masih berusia 26 tahun,jurang umur di antara Zayla dan Aidil sungguh jauh mampu kah mereka tempuhi segala cabaran??