"awak..little angel are you okay?? awak kena ingat tau awak tu isteri saya jaga diri awak baik baik okay?" Suara garau mula bergema lalu mengusap pipi perempuan yang dicintai nya itu
"Awak..awak..jangan tinggalkan saya...awak kan cinta pertama dan terakhir bagi saya...saya sentiasa akan ingat awak setiap masa" suara si gadis itu membuatkan lelaki bersuara garau itu mengalirkan air mata tanda sayang kepada perempuan itu
"Dont worry little angel"
KRING KRING KRING!!
"eh anak mummy ni dah mati ke? Zayla bangun bangun!!! Kata nak pergi kerja awal harini cepatlah daddy tengah tunggu tuuu" Wanita berusia 30 an itu cuba untuk mengejutkan anak daranya itu
Si gadis itu terus bangun dengan rambutnya yang masih kusut itu,sambil menguap
"Anak mummy ni kenapa tiba tiba keluar air mata time tidur ni? Mimpi sedih ke??" Puan Airish berasa hairan melihatnya muka anak kesayangannya itu dipenuhi dengan air mata yang masih basah di seluruh pipinya itu
"Entahlah mummy... Zayla ada mimpi yang Zayla jumpa someone kat dalam mimpi lepastu dia kata dia sayang dekat Zayla sangat sangat,lepastu dalam mimpi itu dia suruh Zayla jaga diri Zayla baik baik" jelas penerangan di gadis itu kepada Puan Airish
"Ya Allah,sampai macam tu sekali ke? Tulah tengok cerita romantik Cina tengah malam semalam siapa suruh? Kan dah mimpi macam tu" tegas Puan Airish kepada anak daranya
"Tapi mummy,dalam mimpi tu,dia kata Zayla ni isteri dia.." katanya
Puan Airish agak terkedu sampai begitu sekali anak daranya mimpi sampai suami isteri bagai adehhh
"Haishhh dah dah lah tu pergi mandi cepat,mummy turun bawah dulu" Puan Airish mencium dahi anak kesayangannya itu lalu berlalu pergi
"You! You tak boleh ke kalau you terima i balik?? Susah sangat ke!?" Satu bangunan bergema suara si wanita
"I dah kata i taknak rujuk dengan you! You faham tak? I masih berlembut dengan you lagi tau jangan sampai i buat tindakan dekat you!" Tumbukan kuat bergema di meja di dalam office itu
"I tahu i salah,tapi bagi i peluang untuk dicintai oleh you kembali, Aidil" rayu wanita itu
"Shasha! I dah kata i taknak rujuk dengan you,apa yang tak fahamnya! You nak I panggil assistant I ke suruh You keluar dari office I ni?!" Suara garau itu kembali bergema
"I akan cuba sedaya upaya untuk dapatkan you balik! You just tunggu je Aidil Zafriel!" Satu hempasan pintu diberikan oleh Shasha setelah berlalu pergi
"Kau fikir kau boleh dapatkan aku balik ke? Buang masa je Shasha" kata hati nya setelah melihat wanita itu berlalu pergi
"Sir.. boleh saya masuk??" Tanya Sara iaitu PA kepada Aidil Zafriel yang sudah berkhidmat kepada Aidil lebih 8 tahun
"Ouh Sara masuklah,kenapa?" Tanya lembut Aidil kepada Sara
Aidil memberi izin untuk Sara memasuki office nya
Sara mengambil tempat duduk,dan mengeluarkan fail yang berisi maklumat sulit yang terdapat di dalam Company of Milean milik bekas isterinya itu
"Ini bukan ke.." tergagap Aidil dibuatnya apabila melihat maklumat sulit syarikat milik Shasha iaitu bekas isterinya itu
"Iye,saya bersusah payah untuk mendapatkan maklumat sulit syarikat bekas isteri tuan selama beberapa hari atas perintah tuan dan ini lah maklumat nya" jelas Sara dengan berhati hati kepada Aidil
"Ya Allah...ini.. maklumat sulit tentang senjata yang diharamkan dekat Malaysia,macam mana dia boleh dapat senjata haram macam ni" tergamam Aidil dibuatnya apabila menyelak maklumat sulit syarikat milik bekas isterinya itu
"Yes sir selama ni memang patut pun Tuan patut syak atas perkara macam ni,saya tengok pun saya cukup terkejut Tuan,tak sangka bekas isteri Tuan boleh jadi macam ni" kata nya sambil mengambil fail yang kedua untuk diberikan kepada Aidil
"Yang saya pelik kenapa dia boleh menyeludup masuk senjata haram masuk ke Malaysia ni Ya Allah nak tercabut jantung saya dibuatnya" kata Aidil sambil menyemak fail kedua dengan teliti
"Company of Black Royalty pernah kalahkan syarikat dia ni,namun kita tak pernah ada nak menyeludup masuk senjata senjata macam ni,Sara cari dengan teliti tentang asal usul syarikat bekas isteri saya dengan lebih mendalam" perintah Aidil kepada Sara
"Baik,Sir!! I will do my job with full loyalty for you!!" Tegas Sara,lalu berlalu pergi meninggalkan office milik Aidil
"Sorry kalau menyusahkan daddy hantar Zayla pergi kerja" ucap si gadis itu
"Alah dah alang alang, lagipun daddy pun kejap lagi nak pergi masjid, masjid sini kan dekat dengan tempat kerja kamu" kata Tuan Azhar sambil memerhati selok belok jalan raya ketika memandu
"Daddy harini tak pergi kerja ke??" Tanya Zayla
"Daddy harini tak kerja,harini daddy tak buat meeting lagipun harini kan hari Jumaat,hari Ahad baru daddy buat meeting dengan anak anak buah daddy" kata Tuan Azhar sambil senyum melihat anak daranya itu ketika memandu
"Okay lah macam tu,daddy Zayla pergi dulu, pandu kereta elok elok tau pergi masjid,love you my beloved daddy " ucapan manis diberikan kepada Tuan Azhar
"Amboi anak dara sorang ni dah pandai bermanis manis dengan daddy ye,jangan risau daddy akan pandu elok elok,dah pergi masuk kerja,dah sampai pintu tempat kerja Zayla, pergi masuk nanti lambat pula" katanya sambil memicit pipi anak kesayangannya itu
"Ishhh okay okay daddy,nanti time Zayla nak balik,Zayla naik kawan Zayla je,daddy takyah risau lah" kata si gadis itu sambil tersenyum manis
"Okay jaga diri baik baik" nasihat Tuan Azhar kepadanya
Bergegas Zayla mencium tangan dan dahi lelaki berusia itu
"Assalammualaikum daddy Zayla pergi dulu" kata si gadis itu lalu keluar dari perut kereta Subaru XV milik lelaki berusia itu
"Waalaikumussalam" balas Tuan Azhar sambil tersenyum setelah itu dia berlalu pergi setelah menghantar anak kesayangannya itu
"Assalamualaikum Dian,sorry aku lambat sikit harini hehehe" kata Zayla sambil memasuki Kafe Lovely
"Okay takpe lagipun kau kan boss kat sini,aku just setiausaha kau je hahaha" satu senyuman Dian diberikan kepada Zayla
"Eh jangan cakap macam tu,kau kan bestie aku dari kecil,aku anggap kau macam adik beradik aku sendiri lah,lagipun modal kafe ni modal kita berdua juga" Zayla mengusap rambut milik Dian itu
"Aku gurau je lah,kau ni takyah buat drama kat sini,jangan usap kepala aku ishhh" ketawa kecil mereka berdua sambil bermesra
"So,jom hidupkan suasana kafe ni balik,aku uruskan itu kau uruskan ni lagi satu suruh anak buah kau Walid dengan Hafiz uruskan yang lain lain tu" perintah lembut Zayla diberikan kepada Dian
Dian segera mengikat rambut nya dan memanggil anak buahnya iaitu Walid dan Hafiz untuk menolong mereka berdua
Setelah beberapa jam,mereka didatangi oleh ramai pelanggan sama seperti dulu,betapa meriahnya Kafe Lovely ni hingga sekarang
Ketika Dian,Walid dan Hafiz sedang bersibuk menyiapkan pesanan pelanggan pelanggan mereka, Zayla menguruskan kewangan di dalam bilik kerjanya sebagai pemilik Kafe Lovely yang amanah dan dedikasi selama 9 tahun berada di kafe tersebut atas usaha dia dan juga rakan baiknya Dian membuka kafe itu
Seketika itu,Hafiz mengetuk pintu bilik Zayla
"Ye Hafiz masuklah kenapa??" Tanyanya
"Puan,kita ada tetamu khas dari Company of Black Royalty datang ke sini,jadi dia hendak jumpa Puan sebentar" kata Hafiz
"I be right there say to him" kata Zayla sambil tersenyum
"Okay Puan menurut perintah" Hafiz segera berlalu pergi
YOU ARE READING
Aidil Zafriel His Property
RomansaAidil Zafriel merupakan abang kepada Puan Airish,ibu kepada gadis yang bernama Zayla Arisha yang masih berusia 26 tahun,jurang umur di antara Zayla dan Aidil sungguh jauh mampu kah mereka tempuhi segala cabaran??