A_Z 3

278 14 0
                                    

Flashback

"Untuk maklumat Puan,Tuan Aiddil merupakan boss kepada Company of Black Royalty,nama penuh dia Aiddil Zafriel bin Adham dia berada dekat situ lebih 10 tahun sebab dia sendiri yang tubuhkan syarikat itu" jelas Sara

"Ouhhh jadi dia ada adik beradik ke takde??" Tanya si gadis itu kepada Sara dengan perasaan ingin tahu

"Dia cuma ada seorang adik beradik je,tak silap adik perempuan kut,beza setahun je,cuma Tuan Aiddil tak bagitahu nama adik perempuan nya je" katanya

"Ouhhh" baru Zayla faham tentang biodata Tuannya itu

"Kalau macam tu,nescafe pun dah siap,cheese cake pun awak suruh saya bagi dekat Tuan Aiddil,jadi saya patut gerak dulu lah nak bagi nescafe dengan cheese cake ni,saya balik dulu Assalamualaikum" kata Sara,lalu dia pun keluar dari kafe milik Zayla

"Waalaikumussalam" balas Zayla sambil melambai tangan ke arahnya

___________________________________________

"Kenapa Zayla?? Termenung je?" Tanya Puan Airish sambil menghidang kan air teh

"Eh,takda apa lah mummy lepas saya minum air teh ni,saya nak naik atas dulu lah mummy penat sikit harini" kata Zayla,yang masih memikirkan tentang perkara petang tadi

"Hmm yelah minum lah dulu nanti sejuk,tak sedap minum nanti" nasihat Puan Airish sambil mengambil secawan air teh

"Terima kasih mummy sedap betul teh mummy buat ni" puji Zayla kepada ibu kesayangannya itu

"Mestilah,hanya untuk kita je,mummy buat air teh sedap nii,ouh ye lagi satu jangan kongsi air teh ni dengan daddy kamu,nanti lagi dia ketagih nak minum habis nanti jag air teh ni dibuatnya" bisik Puan Airish di telinga anak daranya itu

"Ehem ehem,nampak ada orang tengah bisik bisik,lain kali nak bisik baca Bismillah dulu,saya dengar lah awak kata apa sayang" kata Tuan Azhar sambil mengambil tempat duduk di kerusi

"Apa memang betul pun,kadang kadang awka mencuri uncang teh ni masuk dalam poket baju kerja awak sebab awak nak bawa pergi kerja kan, maklumlah uncang air teh ni mahall" jeling sinis diberikan kepada Tuan Azhar

Lelaki berusia 40 an itu hanya ketawa melihat gelagat isterinya itu,asyik merajuk, nak cari pasal je patut lah anak pun ikut sama perangai macam ibu nya

"Alah lagipun saya memang hobi saya suka bawa uncang air teh bawa pergi kerja,tak kesah jenama air teh ke apa ke memang itu hobi saya,sebab ada air kopi je dekat office saya,awak tahu kan saya tak suka air kopi,nanti saya mabuk" kata Tuan Azhar sambil nengusap bahu isterinya itu

"Hmm yelah saya gurau je,tapi lain kali kalau boleh takyah bawa 1 je,bawa 100 uncang air teh sekali dalam poket baju kerja awak tuu" usik Puan Airish sambil menarik telinga Tuan Azhar

"Adehhh tak pasal pasal malam Sabtu ni telinga saya merah dibuat awak ni" ketawa kecil Tuan Azhar dibuatnya

"Hmm,jangan lah manis manis kat sini,hormat sikit anak sendiri kat sini" kata Zayla sambil melihat kemesraan mereka berdua

"Nampak anak kita merajuk ye awak" kata Puan Airish sambil ketawa kecil

"Zayla nak naik atas dulu,nk rehat esok nak berjalan jalan dengan Dian pergi pantai" kata Zayla sambil meletakkan cawan di dulang lalu berlalu pergi dengan senyuman

"Alah dia penat,tu yang malam ni dia taknak banyak cakap awak" kata Tuan Azhar sambil menepuk bahu isterinya itu

"Hm takpe lah,bagi lah dia rehat" kata Puan Airish sambil membasuh cawan dan jag di sinki

Aidil Zafriel His PropertyWhere stories live. Discover now