Setelah beberapa jam kenduri dipenuhi oleh tetamu tetamu akhirnya sudah mula mengosongi rumah itu kembali
"Haih,nampaknya Ewan tak datang pun masa kenduri daddy tak nampak pun"
Tuan Azhar berasa sedikit kecewa tidak melihat takda batang hidung menandakan dia muncul
"Takpe lah,daddy takde Ewan,harap harap abang Aeriq dengan abang Akmal datang lepas habis kenduri ni" ujar Puan Airish
Di suatu sisi yang lain,Zayla sedang berada di dalam bilik nya sambil merebahkan dirinya selepas beberapa jam kenduri itu sudah berakhir
"Ya Allah,penatnya rasa..." Rungutnya
Haishh ni katakan 50 orang masuk kenduri,ni lebih 100 orang rasanya tau! Haa nasib lah kenduri kejap je habis
Di sebelah biliknya itu,seperti yang kita tahu Aiddil sedang mengemas begnya untuk janji temu nya bersama bekas isterinya itu esok harinya
"Menyusahkan betullah si pembawa senjata haram tu ouh atau aku kena panggil dia keria sebab dia kan beria! Hmp" Aiddil mula bermonolog sendiri
"Kau tunggu Shasha kalau aku dapat bini baru,hang jangan harap hang nak dapatkan hampa ni balik!" Aiddil bermonolog sendiri di hadapan cermin sambil mengusutkan rambutnya sendiri
Lantas Aiddil terus mengambil beg besar nya itu sambil menuruni anak tangga
Sebelum itu,dia meletakkan satu nota di hadapan pintu Zayla sambil tersengih
Setelah itu baru dia menuruni anak tangga dengan membawa begnya itu
"Eh? Aiddil awal benar nak balik? Kenapa tak balik esok je? Ni dah hampir jam 9 malam ni" ujar Tuan Azhar
Lelaki bertubuh tegap itu hanya tersenyum sambil mencium tangan adik perempuannya itu
"Aiddil,Aiddil ada hal dekat syarikat Aiddil,jadi nak tak nak terpaksa lah balik ke sana maafkan saya ye" ujar Aiddil
Lantas dua orang itu hanya mengeluh kecil sambil tersenyum kecil
"Takpe lah,ingat bolehlah alang alang kita tunggu Aeriq dengan Akmal balik,bolehlah berbual dengan diorang sekejap kalau diorang dah sampai,tapi kalau Abang Dil nak balik sekarang juga,takpe Airish faham kerja kan" luah Airish
Tuan Azhar pun lantas hanya tersenyum kecil lalu mengusap bahu isterinya itu sambil memujuk nya isteri nya itu
"Airish ni memang,kalau takda Aiddil hati dia tak tenteram" ujar Tuan Azhar melihat isterinya yang sedikit memuncungkan bibirnya
"Haish Abang Dil nanti pandai pandai lah balik sini semula,jangan lah muncung bibir tu adik oiii mungkin minggu depan Aiddil datang sini lagi okay?" Ujar Aiddil sambil tersenyum
Puan Airish hanya mengganguk kecil faham apa yang dikatakan oleh Aiddil
Kring! Kring! Kring!
Bunyi deringan dari Iphone 12 milik lelaki berusia itu, tanpa membuang masa lantas lelaki berusia itu menjawab panggilan tersebut
"Assalamualaikum ha Aeriq!,bila kamu nak sampai ni?" Jawab Tuan Azhar
Mendengar sedikit kecoh di dalam talian,namun Aeriq masih boleh mendengar suara bapanya utu
"Ouh ye daddy! Sorry airport harini ada masalah,jadi kami berdua terpaksa tempat sekali lagi pagi esok dalam pukul 3 pagi macam itu" sahut Aeriq di dalam talian
"Ye daddy minta maaf banyak banyak,kami tak tahu lah tiba tiba kru kru kapal terbang yang kami nak naik,dia cakap yang kapal terbang kami ada masalah teknikal dan sedikit kerosakan sebelum berlepas ni,jadi kami terpaksa tempah kapal terbang yang lain" jelas Akmal pula ketika menyergah
"Ouh la yeke? Takpe lah,daddy faham,yelah kan susah nak tempah bila waktu waktu malam macam ni, takpe kami disini tetap tunggu kamu berdua ye" balas Tuan Azhar
"Kalau macam itu,in shaa Allah kami akan sampai dekat secepat mungkin tengoklah macam mana nanti" balas Aeriq pula
"Ok lah macam tu assalamualaikum" jawab Tuan Azhar
Lantas Tuan Azhar menutup panggilan dan meletakkan handphone di atas meja makan nya
"Kalau macam tu Aiddil gerak dulu ye Assalamualaikum kirim salam dekat diorang berdua ye" ujar Aiddil
Lalu figura itu mula menghilangkan diri nya menuju ke arah kereta Lamborghini Huracan berwarna hijau miliknya itu di halaman rumah mereka
Seketika kereta miliknya itu sudah hilang dari pandangan mereka berdua
"Aku geram betul lah dengan keria tu! Tak habis habis call aku,ingat aku ni suami kau lagi ke?" Ujar Aiddil
Dia berasa rimas mendengar deringan hampir berpuluh-puluh kali di telefon bimbit nya ketika dia memandu
"Keria,keria kau ni memang tak faham bahasa ke?" Rungut Aiddil
Terdapat banyak missed calls di notifikasi nya sekarang
"Kau ni mengacau aku nak pandu lah haduhh" lantas tangan nya itu memasukkan telefon bimbit nya ke dalam dashbox kereta nya ketika memandu
"Dh,kenapa dia tak angkat call ni?! Aku rasa dah berapa kali aku call si dia ni!!" Rungut wanita itu
Walaupun sudah beratus ratus kali,si dia masih tidak menjawab panggilannya itu
Shasha mula mencampakkan telefon nya itu ke katil dengan perasaan sungguh tidak puas hati
"You just tunggu! I akan dapatkan you balik! Aiddil Zafriel" seketika itu dia masih memikirkan rancangan untuk mendapatkan bekas suaminya itu semula
YOU ARE READING
Aidil Zafriel His Property
RomanceAidil Zafriel merupakan abang kepada Puan Airish,ibu kepada gadis yang bernama Zayla Arisha yang masih berusia 26 tahun,jurang umur di antara Zayla dan Aidil sungguh jauh mampu kah mereka tempuhi segala cabaran??