"macam mana persiapan kenduri kita esok??" Tanya Puan Airish
"In Shaa Allah,awak ni jangan risau sangat lah,anak kita ada tiga orang je kan,ouh ye dengan abang awak sekali,dengan adik beradik saya sekali dengan jiran jiran kita sekali ramai lagi lah jangan risau everything will be fine" kata Tuan Azhar sambil mengusap bahu isterinya itu
"Bukan apa,risau nanti Aeriq dengan Akmal tak datang,maklumlah diorang berdua kan dekat UK sama sama,risau je anak dua orang kembar kita tu tak datang" risau Puan Airish kerana semalam dia membuat panggilan terhadap kembar itu,namun masih tidak dijawab
"Takpe,nanti kawan diaorang,Ewan datang sini,semalam saya call Ewan,Ewan kata Aeriq dengan Akmal datang kat sini tapi malam nanti,so Ewan datang dulu baru dia orang berdua,sebab diorang punya airport lain lain diorang bertiga yang rancang" jelas Tuan Azhar kepada isterinya yang begitu risau gelisah itu
Mana taknya hampir dua tahun tak bertemu dengan dua budak kembar itu,Puan Airsh begitu rindukan anak anak berdua mereka itu
"Cik Rasha,saya esok takda tau sampai hari Ahad,saya ada majlis kenduri dekat rumah adik perempuan saya" tegas dan dingin perintah diberikan kepada penyambut tetamu nya itu
"Baik Tuan Aiddil,saya akan maklum kan kepada semua orang" kata Cik Rasha yang merupakan penyambut tetamu yang sangat menjalankan kerja dengan sungguh amanah sejak syarikat itu ditubuhkan 10 tahun yang lalu hingga sekarang
"Yuna,Ally, dengan Mak Dan esok takyah kemas office saya,saya esok takda sampai lusa" kata Aiddil kepada tukang pembersih di syarikat nya itu dengan nada sedikit lembut
"Baik Tuan!" Ucap tiga orang tersebut dengan senyuman manis
"Tuan Aiddil,kenapa bagi gaji ni?? Mak Dan rasa baru je dua hari haritu dapat gaji daripada Tuan Aiddil" kata wanita yang berusia 50 an itu apabila melihat surat berwarna coklat berisi wang dihulurkan kepadanya
"Ni sumbangan,lagipun Mak Dan dah lama bekerja dekat sini hampir 7 tahun kat sini,sentiasa kemaskan office saya walaupun saya tak suruh atau saya takda,Mak Dan selalu degil kalau saya kata takyah kemas office saya,selalu bebel kalau ada sampah dekat office saya" usik Aiddil kepada Mak Dan sambil menghulurkan surat itu
"Tuan marah ke??" Keliru Mak Dan dibuatnya
"Tak cuma saya bagi ni ikhlas,Mak Dan.. saya beruntung dapat Mak Dan setia bekerja dengan saya dekat sini,saya anggap Mak Dan macam nenek saya dah Mak Dan, walaupun saya ada adik perempuan sekarang,saya terharu dengan Mak Dan" kata Aiddil sambil tersenyum menundukkan kepalanya kepada Mak Dan yang sedikit rendah itu untuk menghulurkan sampul surat berisi wang itu
"Come on,accept this Don't be shy my grand mother" satu senyuman manis diberikan kepada Mak Dan
Yuna dan Ally turut terharu melihat Mak Dan dilayan dengan begitu baik melihat bagaikan Aiddil cucu nya
"Tuan ni,jangan lah buat romantik kat sini,saya ni dah tua buat saya lagi segan dan malu Tuan" kata Mak Dan
"Mak Dan terima lah gaji ni anggaplah saya dah balas budi jasa baik Mak Dan selama ini" kata Aiddil sambil tetap menghulurkan surat itu ke tangan Mak Dan
"Meh sini peluk sikit saya Mak Dan," kata Aiddil sambil memberi ruang untuk Mak Dan memeluknya
Tanpa membuang masa,Mak Dan terus memeluk nya walaupun Mak Dan lebih tua dan rendah darinya
Aiddil lebih mementingkan hati daripada rupa atau umur itulah sebenarnya kebaikan dalam bekerja,sebab itulah semua pekerja tunduk hormat dan berasa terharu apabila dilayan dengan begitu baik oleh Aiddil sendiri
"Terima kasih,nak..Mak Dan terharu sangat,terima kasih sebab masih benarkan Mak Dan kerja dekat sini sampai sekarang" kata Mak Dan sambil memeluknya erat
"Sama sama Mak Dan,kalau ada apa apa Mak Dan minta saya je tau,ingat saya anggap Mak Dan macam nenek saya sendiri tau" kata Aiddil sambil membetulkan tudung kedut milik Mak Dan itu
"Kalau saya kahwin sekali lagi,nanti saya jemput Mak Dan sekali tau,sebagai nenek saya bukan sebagai tukang pembersih dekat sana tau" usik Aiddil sambil berbisik di telinga wanita berusia 50 an itu
"Ishh kamu ni,boleh pula bergurau ye,entah entah cepat je Tuan nak kahwin,sebab Tuan pun dah lama berseorangan selama 14 tahun ni" kata Mak Dan sambil ketawa kecil
"Yang penting Mak Dan jaga diri Mak Dan tau!" Kata Aiddil sambil tersenyum
"Yela yela kamu selalu nasihatkan Mak Dan macam itu selalu" kata Mak Dan sambil tersenyum lebar
"Ishh kau ni,tengok kaki aku dah penuh dengan pasir tau!"jerit Zayla sambil melihat kaki nya sudah dipenuhi dengan pasir apabila berjalan sekitar pantai
"Nanti basuhlah kaki itu dengan air laut tu haaa ala kau ni" kata Dian sambil ketawa kecil
Memanglah member pakai kasut,kita nya pakai selipar je, maklumlah lupa bawa kasut ishhh
"Kasut aku semua warna terang terang,sebab tu aku taknak bawa,aku bawa lah selipar warna hitam ni ha,aku fikir kita tak berjalan dekat pasir ni" kata Zayla sambil berjalan dengan keadaan sedikit tidak tenang kerana pasir meliputi selipar dan juga kakinya dengan angin yang begitu kuat
"Maaf lah,hehehehe apa pun thanks sebab temankan aku kat sini kau jelah satu satu nya kawan yang paling aku hargai" kata Dian sambil tersenyum dengan rambutnya yang masih berterbangan kerana angin yang kuat
"Nasib aku pakai tudung,jadi rambut aku takda lah berterbangan macam kau" usik Zayla sambil ketawa kecil
Dian mencubit bahu Zayla,sambil menahan rasa geram
"Kau ni ishh,baru je nak romantik romantik kau dah buat hal" kata Dian sambil menghirup udara segar dengan menjeling sinis
"Laaa gurau saja maaaa" usik Zayla sambil menepuk bahu rakannya itu
"Haishh jom lah angin pun kuat sangat ni,kita balik dekat pokok tempat kita piknik itu" kata Dian sambil menarik tangan nya
"Yela yela kaki aku pun dah berpasir niii" rungut si gadis itu melihat kaki nya sudah berpasir
![](https://img.wattpad.com/cover/358289884-288-k316167.jpg)
YOU ARE READING
Aidil Zafriel His Property
RomanceAidil Zafriel merupakan abang kepada Puan Airish,ibu kepada gadis yang bernama Zayla Arisha yang masih berusia 26 tahun,jurang umur di antara Zayla dan Aidil sungguh jauh mampu kah mereka tempuhi segala cabaran??