A_Z 10

241 9 0
                                    

Semasa sudah membersihkan diri pada waktu pagi yang sungguh indah,kini Zayla mula untuk bersiap diri hendak ke bawah untuk bersarapan

Ketika sudah bersiap diri, tombol pintu dipulas dan dia mahu menuruni anak tangga namun sebelum itu,dia ternampak satu nota kecil yang tertampal di pintu hadapan biliknya itu

Jaga diri diri baik baik,
Saya balik dulu sebab ada hal kerja,
Jaga mummy dengan daddy awak
Elok elok tau,jadi anak yang selalu
Taat ibu bapa

For you,
From_Zaf.

"Hai,pelik kenapa nama Zaf yang muncul,aku fikir nama orang lain,tapi nama abang Mummy Aiddil..Aiddil..Aiddil Zafriel! Haa! Zafriel tukar jadi Zaf, ya!" Terbeliak biji mata Zayla rupanya-rupanya yang menampal nota itu adalah jejaka figura itu

"Tapi sejak bila pula dia caring pasal aku ni?" Dia mula bermonolog sendiri

"Dah lah semalam cari pasal dengan aku ish,nota ni nak pujuk aku lah tu agaknya haishh Pakcik Aiddil Pakcik Aiddil,ouh ye bukan panggil nama dia macam tu, patut nya begini haish Tuan Aiddil Tuan Aiddil" dia masih bermonolog sendiri dan berfikir sendiri sambil melihat nota itu

"Zayla! Kamu bercakap dengan siapa tu?? Cepatlah turun,nanti daddy kamu habiskan roti bakar ni dah tak dapat makan kamu!" Jerit Puan Airish dari bawah

Seketika Zayla menghentikan lamunan nya,lalu menyahut jeritan ibunya itu

"Kejap mummy! Ye Zayla nak turun ni!" Zayla memasukkan nota ke dalam poket seluar jeans nya itu lalu menuruni anak tangga dengan sedikit tergesa gesa

"Kamu ni buat apa kat atas tu lama sangat? Bernyanyi ke dalam bilik air tadi?" Tanya pula Tuan Azhar sambil memakan roti bakar buatan Puan Airish dengan seleranya

"Bukanlah daddy cuma,tadi call Dian kejap,nak kata harini kena buka balik kafe sebab harini kan hari Sabtu kena buka balik kafe untuk persediaan esok" kata anak daranya itu sambil mengambil tempat duduk di kerusi

"Ouh begitu,dan kamu tahu tak? Pakcik kamu tu dah balik?" Usik Tuan Azhar sambil melihat anak daranya sedikit cemas

Cemas bukan apa,takut nanti kantoi yang nota aku simpan ni Pakcik tu yang bagi haishh,kata hatinya itu

"Ouh y..yeke?? Ingatkan dia sempat sarapan dengan mummy daddy tadi" tipu Zayla sedangkan dia tahu Aiddil sudah pulang ke KL daripada malam semalam daripada nota itu

"Eh,dia dah balik lama,malam semalam dia balik katanya ada urusan dekat syarikatnya itu" Wanita berusia itu mula bersuara sambil tersenyum

"Ouhhh begitu" panjang ouh kau ye,Zayla sedangkan kau tahu semua itu daripada nota yang dia bagi adehhh

"Bila nak pergi kerja??" Tuan Azhar mula menanya kan lagi kepada anaknya itu

"Hm,dalam pukul 9 dah sampai dekat kafe tu" jawab Zayla sambil mengambil sekeping roti bakar buatan Puan Airish itu

"Daddy harini tak boleh hantar kamu sebab,harini daddy dah kena masuk office daddy balik walaupun daddy pengerusi syarikat itu,daddy tak boleh suka suka nak cuti je walaupun daddy boss" kata Tuan Azhar sambil mengusap bahu anaknya dengan senyuman manisnya itu

"Ok takpe Zayla ada kereta sendiri lah,lagipun takdalah nak menyusahkan daddy,tapi kesian lah kat mummy harini sorang sorang duduk dalam rumah hahaha" usik Zayla,Wanita berusia itu rasa mahu memulas sahaja telinga anak daranya itu haish bergurau itu lain macam

"Jangan risau pasal mummy,mummy boleh kemas rumah ni,mummy boleh keluar pergi beborak dengan jiran has sementara nak tunggu abang kembar kamu tu nak balik" kata Puan Airish sambil tersenyum

"Ok mummy jaga diri baik baik Assalamualaikum" ujar Tuan Azhar sambil memeluk Puan Airish

"Waalaikumussalam awak baik baik tau" balas Puan Airish sambil melambai tangan

Tuan Azhar hanya tersenyum sambil mengangguk kepalanya lalu terus memasuki perut kereta Subaru XV berwarna merah miliknya itu

Setelah Tuan Azhar pergi,kini tiba masanya untuk Zayla keluar ke rumah kerana sudah waktu bekerja sekarang ni

"Mummy,Zayla pergi dulu kalau ada apa apa call Zayla atau daddy tau Assalamualaikum" arahan Zayla kepada Puan Airish sambil tersenyum lalu segera memakai kasut tumit tingginya dan mengambil kunci kereta Honda Civic Hybrid Extender berwarna hitam itu dan mula menghidupkan enjin dan memberikan Puan Airish satu senyuman yang manis untuknya

Puam Airish hanya tersenyum,dia berharap semoga Zayla ada pasangan yang boleh membahagiakan nya suatu hari nanti

Zayla,mummy nak sangat kamu kahwin tapi tulah siapa ye,Puan Airish mula bermonolog sendirian apabila anak daranya sudah berlalu pergi,memikirkan tentang masa depan anak nya itu

Aidil Zafriel His PropertyWhere stories live. Discover now