𝐁𝐚𝐛 1
"Hwarim.."
Aku membuka mata aku. Cahaya menerpa ke arah mata aku. Satu soalan bermain di fikiran aku. Di mana aku sekarang? Nampaknya aku sedang berada di hospital.
Aku melihat seseorang yang sedang terlena di sebelah aku. Dia meletakan kepalanya di atas katil."Hoshi?" Dia membuka matanya. "Huh? Kyeom!!" Dia lantas mendakap tubuhku. Aku membalas pelukannya. "Syukur kau dah sedar! Sekejap aku panggilkan doktor untuk kau." Ujarnya. Nampaknya aku telah dirawat.
Untuk seketika aku hampir terlupa tentang sesuatu. Kang Hwarim. Agaknya apa yang telah terjadi sekarang?
Tap! Tap!
Kedengaran tapak kaki itu semakin mendekat. Pintu akhirnya dibuka lalu terpampang wajah Hoshi dan juga seorang doktor lelaki.
"Apa khabar encik Lee Seokmin?" Soalnya. "Khabar baik.." Balasku. "Apa yang awak rasa sekarang?" Soalnya sambil membelek helaian kertas. "Rasa okay je.." "Ada sakit sakit tak?" Soalnya lagi. Aku menggeleng. "Tak ada."
Dia menutup helaian kertas tersebut. "Baiklah, hari ini awak boleh discharge disebabkan keadaan awak sudah semakin pulih. Nanti kena ikut susulan yang selanjutnya ya?" Aku mengangguk. "Terima kasih doktor.." Ujar Hoshi. Doktor tersebut keluar dari wad.
Hoshi datang memeluk aku sekali lagi. Sudah tentu dia gembira melihat aku yang sudah sihat. Mesti selama aku terlantar di sini dia berasa keseorangan.
"Kyeom, syukurlah kau tak apa-apa!" Ujarnya.
𝐓𝐡𝐢𝐫𝐝 𝐏𝐎𝐕
Senyuman lebar terukir pada wajah mereka berdua. Akhirnya dapatlah Hoshi melepaskan rindunya terhadap Dokyeom.
"Hoshi, pakcik mana?" Soal Dokyeom. "Dia dalam perjalanan. Nanti dia datang lah." Ujarnya. Hampir Dokyeom terlupa kalau ada soalan yang penting yang perlu dia tanyakan kepada Hoshi.
"Hoshi, apa yang berlaku dengan kes Hwarim?" Soalnya. "Hwarim?" Lelaki itu mengangguk. "Kes apa?" Soal Hoshi. Dia tidak tahu perkara yang menimpa Hwarim? Persoalan mula muncul dalam fikiran Dokyeom.
"Boleh aku minta telefon aku?" Hoshi mengapai telefon tersebut kemudian menyuakan telefon itu kepada Dokyeom. Dokyeom melihat mesej dari group sekolahnya. Mana lah tahu kalau ada berita tentang dia di situ.
Tetapi tiada.
"Hm?" "Kenapa Dokyeom?" Soal Hoshi tetapi lelaki itu tidak menjawab kerana dia sedang khusyuk mencari berita tentang kes perempuan itu. "M-mustahil.." Hoshi merampas telefon lelaki itu dari tangannya. "Apa yang kau sedang risaukan ni?" Soalnya.
Dokyeom buntu. Kenapa berita tentang kematian perempuan tiada satu pun yang disiarkan? Pelik.
"Kenapa berita tentang Kang Hwarim tak ada dekat mana-mana platform?" Soal Dokyeom. Hoshi terlihat buntu. Dia tidak faham apa yang kawannya cuba sampaikan. "Apa kau merepek ni? Berita apa pula? Kau ni lemas tau bukan lupa ingatan." Ujarnya. Dokyeom terdiam untuk seketika. Apa dah jadi?
"Dokyeom, kau tak sihat lagi ke? Nak aku panggilkan doktor semula?" Aku segera menggeleng. Mustahil. Itu lah ayat yang dimainkan di dalam hatinya. "Aku..lemas?" Hoshi mengeluh perlahan. "Ya, kau lemas masa kita mandi dekat pantai haritu. Kau tu cuai." Ajunya. Sepatutnya dia masuk hospital sebab dibuli tetapi ni dah lain sebabnya.
Dokyeom melihat luka di tangannya. Tiada kerana lebam. Luka pun tiada. "Apa?" Dia melihat ke arah Hoshi. "Hoshi, sekarang hari apa?" Soalnya. "Sekarang? Sekarang hari Rabu." Ujarnya.
Dua hari selepas kejadian itu tetapi kenapa tiada sebarang berita pun tentang kejadian itu? "Hoshi, sekarang tahun apa?" Soalnya sekali lagi. "Kau lupa ingatan ke? Sekarang tahun 2016 lah!"
"Apa?!"
Maknanya, aku kembali ke masa lalu? Aku melihat tarikh di telefon aku. "2016.." Setahun sebelum kejadian Kang Hwarim.
Tap! Tap! Tap!
"Dokyeom.."
Suara itu.
Aku melihat sekeliling untuk mencari suara tersebut. "Kau cari apa?" Soal Hoshi. "Ada orang panggil aku kan?" "Mana ada lah!"
"SEOKMIN!!"
Hi guys!
Ini baru first chapter. First chapter ni more kepada jalan cerita dia. Apa yang berlaku lepas kejadian tu.
Second chapter nanti akan bermula kisah sebenar mereka. Mungkin update Harini kot.
Actually baru tulis ni sebab tu lambat. Sorry 😞💗
Hope you enjoy!
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲 𝐈 𝐍𝐞𝐯𝐞𝐫 𝐇𝐚𝐝 || Lee Seokmin - SEVENTEEN
FanfictionSeorang lelaki yang bangkit dari tidur panjangnya selepas kejadian dia dipukul akhirnya kembali ke masa lepas. Dia juga diberikan anugerah istimewa iaitu boleh mendengar suara seseorang dengan sangat jelas. Dia bersyukur diberikan anugerah seperti i...