Bab 6
Suasana malam agak riuh dengan suara nyanyian sekumpulan remaja di sebuah pusat karaoke. Hwarim turut berada dengan mereka seakan sudah sebati dengan mereka. Dia tidak dapat melarikan diri daripada mereka kerana ada hal yang membuatkan dia kekal bersama.
Sedang yang lain berseronok ada seseorang yang sedang menderita. Siapa lagi kalau bukan 'Kang Hwarim' .
Tubuhnya terlantar di lantai yang sejuk. Badannya terdapat kesan pukulan.
"Lemah lah kau ni!" Darim menarik rambut Hwarim mengangkat wajahnya. "Esok cuti sekolah bagilah kami rasa puas sikit sebelum cuti.." Ujar Darim. Hwarim tidak dapat berkata apa-apa. Dia hanya biarkan semua perkara menimpanya.
"Darim sudah la tu. Hampir lunyai dia aku tengok." Ujar Mingyu. Darim melepaskan cengkamannya. Darim mengambil sebatang rokok dan menyalakan rokok tersebut serta mengeluarkan asap putih memenuhi ruang bilik.
"Ehem!" Seseorang berdehem. "Tolong belikan aku air.." Pinta Jeonghan. "Hwarim, pergi belikan Jeonghan air!" Arah Darim. Hwarim yang sedang sakit berusaha untuk bangun.
"Bukan dia. Kau." Aju Jeonghan. Darim terkelu. "O-okay.." Darim segera keluar dari bilik tersebut untuk membeli air kepada Jeonghan. Pandangan sinis sekilas diberikan kepada Hwarim yang masih lagi terlantar.
Hoshi menanggalkan earphone miliknya dan menuju ke arah Hwarim untuk membantunya bangun. "Hwarim, kau okay?" Soal Hoshi. Dia tidak sanggup melihat kawannya itu disakiti sampai begitu sekali. Walaupun ada mata yang sedang memerhati tindakannya.
Akhirnya Hwarim dapat berdiri menggunakan kedua belah kakinya. Hoshi membantunya untuk duduk di atas sofa tetapi lengan milik Hwarim ditarik oleh Jeonghan. Hoshi agak terkejut dengan tindakan lelaki itu. Dia risau kalau itu akan memburukan lagi keadaan Hwarim.
Jeonghan melihat lengan perempuan itu dan juga wajahnya. "Ikut aku pergi hospital." Lelaki itu menarik lengannya untuk keluar. Hoshi bersuara, "Han!" Jeonghan menghentikan langkahnya. "Kau biar betul nak bawa dia pergi hospital?" Soal Hoshi. Jeonghan hanya memandangnya kosong tidak menjawab soalan tersebut.
"Bukan apa, kau tak takut ke kalau doktor buat report.." Jeonghan tersengih. Dia mencengkam pipi perempuan tersebut.
"Kau tak nampak muka perempuan ni?" Hoshi melihat kesan luka yang boleh tahan agak teruk di wajah Hwarim. "Kau nak perempuan ni sakit ke?" Hoshi menggeleng. Mereka berdua keluar dari bilik tersebut meninggalkan Mingyu dan Hoshi yang terkaku di hadapan pintu.
"Tsk, kau tak rasa ke Jeonghan tu macam ada something dengan Hwarim?" Mingyu tiba-tiba bersuara. Hoshi memalingkan tubuhnya. "Apa maksud kau?" Soalnya. "Jeonghan ni nampak saja kasar tapi dia macam cuba untuk berlembut dengan Hyarim." Ujar Mingyu.
"Alah kau ni, Jeonghan kan suka Hwarim!"
"Tapi bukan yang ni."
---
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲 𝐈 𝐍𝐞𝐯𝐞𝐫 𝐇𝐚𝐝 || Lee Seokmin - SEVENTEEN
FanfictionSeorang lelaki yang bangkit dari tidur panjangnya selepas kejadian dia dipukul akhirnya kembali ke masa lepas. Dia juga diberikan anugerah istimewa iaitu boleh mendengar suara seseorang dengan sangat jelas. Dia bersyukur diberikan anugerah seperti i...