𝐖𝐀𝐑𝐍𝐈𝐍𝐆!
TW: Ada kata-kata kesat di sini
TW: Merokok°Lupa nak nasihat, jangan tkru action dalam cerita ini okay?
°Silaka dengarkan link spotify tu semasa membaca. Terima kasih! 💋💕
𝐁𝐚𝐛 4
"Kang Hwarim."
Hwarim memalingkan kepalanya ke belakang untuk melihat pemilik suara itu. Alangkah terkejutnya dia melihat pemilik suara itu. "H-Hoshi.." Hoshi tersenyum ke arahnya. "Buat apa dekat sini?" Soal Hoshi. Perempuan itu mendiamkan dirinya. Takut untuk menjawab.
"Kau datang dengan siapa?" Soal Hoshi.
𝐇𝐨𝐬𝐡𝐢 𝐏𝐎𝐕
Pelik. Dia tak ada kawan mahupun keluarga. Jika dia datang dengan keluarga dia sekali pun dia hanya ada ibunya sahaja. Dia tidak menjawab.
"Hwarim, kau datang dengan siapa?" Soal aku sekali lagi. "T- tak ada sesiapa lah.." Dia kemudian berlalu pergi dari tempat itu. Hwarim, kau datang dengan siapa?
Aku mula berasa tidak sedap hati. Ada sesuatu yang tak kena. Sikap ingin tahu aku semakin meningkat, jadi aku memilih untuk mengekorinya.
𝐄𝐧𝐝 𝐏𝐎𝐕
𝐓𝐡𝐢𝐫𝐝 𝐏𝐎𝐕
"Kau buat air ke beli air?!"
Suara itu!
"Maaf.."
Pintu bilik tersebut dibuka. Terpampang wajah Hoshi di hadapan pintu. "H-Hoshi..?" Mereka semua seperti tidak sangka akan kehadiran Hoshi di situ. Di dalam hati Hoshi, dia terasa seperti dipinggirkan. Bukankah mereka kata mereka ada hal sewaktu dia mengajak mereka untuk mengadakan party?
"Tsk, ini ke apa yang korang maksudkan dengan 'hal' korang tu?" Hoshi melangkah masuk ke dalam kemudian menutup semula pintu tersebut. "Kami.." Belum sempat Darim menjelaskan semuanya, Jeonghan menyuruhnya untuk menutup mulut. "Maafkan kami Hoshi sebab tak include kau sekali. Di sebabkan kau ada dekat sini, apa kata kita lepak sini sekali?" Ujar Jeonghan dengan senyuman lebar di wajahnya. "Baru nak ajak?" Hoshi mengambil tempat duduk di sebelah Hwarim.
"Kau datang dengan siapa?" Soal Jeonghan. "Aku datang dengan pakcik aku sekali dengan Kyeom." Ajunya. "Dokyeom? Ajaklah dia sekali!" Darim teruja mendengarkan nama lelaki itu. "Tak boleh, aku kena pergi sana tak lama lagi." Ujarnya. Jeonghan ketawa kecil. "Jadi, kau datang sini untuk meraikan hari dia?" Soal Jeonghan. Hoshi hanya mengangguk.
"Jangan terasa dengan kami sebab tak include kau sekali. Kau pun tahu sebab apa bukan?" Aju Jeonghan. Mata Hoshi memandang tajam ke arahnya. Tangannya juga mula membentuk penumbuk kerana menahan rasa geram.
Tiba-tiba telefon Hoshi berbunyi memecahkan kesunyian.
"Ya?"
"Kau pergi mana?"
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲 𝐈 𝐍𝐞𝐯𝐞𝐫 𝐇𝐚𝐝 || Lee Seokmin - SEVENTEEN
FanfictionSeorang lelaki yang bangkit dari tidur panjangnya selepas kejadian dia dipukul akhirnya kembali ke masa lepas. Dia juga diberikan anugerah istimewa iaitu boleh mendengar suara seseorang dengan sangat jelas. Dia bersyukur diberikan anugerah seperti i...