Bab 16
Langit menjadi kelam seakan mahu hujan seperti menemani kesedihan hari ini. Lee Seokmin, dia tidak dapat menunjukkan emosinya hari ini kerana terlalu penat. Dia menangis semalaman kerana lelaki itu.
"Siapa yang sanggup buat dekat kau macam ni Hoshi ah?!" Pakciknya berteriak. Dia hanya mampu menahan tangisannya itu kerana tidak mahu terlalu beremosi di sini.
"So-Soonyoung?" Seseorang masuk ke dalam. Dokyeom terkejut melihat seorang perempuan dan lelaki yang turut masuk ke dalam. "Hwarim.." Bersama dengan abangnya. Hwarim masuk ke dalam dengan kerusi roda ditolak oleh abangnya. Melihat dia datang ke sini lagi membuatkan hatinya berasa sebak.
Hwarim dan Seungcheol menunduk ke arah Dokyeom dan pakcik tersebut. Dia kemudian meletakkan bunga putih itu di hadapan gambar tersebut. Air matanya mengalir hebat. Tangisannya senyap. Sakit. Melihat orang yang pernah dicintainya pergi begitu sahaja membuatkan hati dia seperti dicarik.
"Maafkan aku SoonYoung.."
Hwarim menghadap ke arah pakcik Dokyeom. "Pakcik maafkan saya.." Pakciknya tidak dapat berkata apa-apa. "Semua ini salah saya! SoonYoung tak patut jadi macam ni!" Seungcheol cuba untuk menenangkan adiknya yang sedang berteriak itu. "Hwarim, ini memang takdir dia. Kita tak boleh buat apa dengan benda yang telah terjadi." Hwarim menangis di dalam dakapan abangnya.
Abang.
"Dokyeom!" Dokyeom melihat ke arah suara yang memanggil namanya itu. Mingyu datang dengan kawan-kawannya yang lain. Mingyu menunduk ke arahnya sebelum memeluk tubuh lelaki itu.
"Kyeom, bersabarlah ya?" Lelaki itu tidak membalas pelukannya. Dia berasa kosong. Matanya teralih pada seseorang di hadapan pintu. Hyarim dan Jeonghan. Dia dapat melihat Hyarim yang terkaku di hadapan pintu.
Yoon Jeonghan.
Lelaki itu menunduk di hadapannya kemudian beralih kepada hadapan mendiang. Lelaki itu terlihat biasa sahaja. "Bertenang lah di sana," ujarnya. Dokyeom berasa panas mendengarkan itu. Lelaki yang merosakkan hidupnya. Hidup semua orang.
"Dokyeom!" Wajah lelaki itu ditumbuk bertubi-tubi. Geram akhirnya dilepaskan pada lelaki itu. "Kau! Kau punca!!" Suaranya jelas kedengaran bahawa dia tidak tahan lagi dengan semua perkara yang dihadapinya. "Seokmin cukup!" Pakciknya cuba untuk menjauhkan dia dari terus memukul lelaki itu.
Jeonghan menyentuh hujung bibirnya yang berdarah. Dia kemudian bangun dari tempatnya. "Kau bunuh dia! Kau!" "Shh, pakcik ada sini.." Pakciknya memeluk tubuh anak buahnya itu supaya dia berasa sedikit tenang. Jeonghan tidak berkata apa, sebaliknya dia bergerak meninggalkan tempat itu.
"Pakcik, biar saya bawa dia keluar," Hyarim memperlawakan dirinya untuk membawa Dokyeom ke tempat lain supaya dia dapat menenangkan dirinya diikuti dengan Mingyu.
---
"Kopi?" Mingyu menyuakan dua cawan kopi kepada Hyarim dan Dokyeom. Dokyeom langsung tidak peduli dengan lelaki itu. Dia hanya termenung. "Dokyeom ah, jangan terlalu fikir sangat tentang ni. Minumlah kopi ni dulu," Hyarim menyuakan secawan kopi yang dibeli oleh Mingyu kepada Dokyeom tetapi lelaki itu menolak cawan itu dari tangan Hyarim sehingga tertumpah.
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲 𝐈 𝐍𝐞𝐯𝐞𝐫 𝐇𝐚𝐝 || Lee Seokmin - SEVENTEEN
FanfictionSeorang lelaki yang bangkit dari tidur panjangnya selepas kejadian dia dipukul akhirnya kembali ke masa lepas. Dia juga diberikan anugerah istimewa iaitu boleh mendengar suara seseorang dengan sangat jelas. Dia bersyukur diberikan anugerah seperti i...