Bab 2

33 7 14
                                    

𝐁𝐚𝐛 2

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𝐁𝐚𝐛 2

Seorang perempuan tercungap-cungap menaiki tangga menuju ke rooftop untuk memberikan air kepada rakannya seperti yang dipesan. Di dalam hatinya, dia perlu cepat atau perkara buruk akan menimpanya.

"Hwarim!" Seorang perempuan memanggilnya. Tepat pada masanya dia tiba di tempat tersebut. "Tepat pada masanya kau tiba!" Perempuan itu menuju ke arah Hwarim. Kemudian, dia mengambil tiga tin air tersebut. "Terima kasih, disebabkan kau menepati masa harini nyawa kau selamat." Ujarnya.

Hwarim menunduk. Dia melangkah untuk pergi menuju ke kelas dengan harapan tiada sesiapa datang mengganggunya. Namun, dia salah.

"Eh, nak lari mana?" Soal seorang lelaki yang cukup tinggi tubuhnya. Langkah Hwarim terhenti. Mendengarkan suara itu sudah cukup gerun baginya. Lelaki itu datang menghampirinya dengan sesuatu di tangan.

"Kau pekak ke? Aku kata apa semalam?" Hwarim terdiam. Dia cuba untuk mengingat kembali apa yang telah dipesan oleh lelaki itu. "Aku cakap suruh kau beli rokok yang baharu kan?!" Kotak tersebut dibaling ke wajah perempuan itu. "Maafkan saya..akh!" Rambut perempuan itu ditarik ke belakang membuatkan dia terdongak.

Andai sahaja ada yang sudi menolong dia.

"Sekali lagi kau buat macam ni siap kau!" Genggaman tersebut dilepaskan dengan kasar. Hwarim bangun dari terjatuh. "Pergi!" Hwarim kemudian berlalu pergi dari tempat tersebut.

Sudah lama dia diperlakukan begini. Apakah nasib dia dilayan sebegini rupa. Tiada sesiapa yang boleh bantu dia kecuali diri sendiri.
Baru sahaja tangannya mahu memulas tombol pintu tersebut, ada orang yang terlebih dahulu memulas tombol tersebut.

"Ah!" Hoshi terjerit kecil. "Maafkan saya!" Hwarim segera keluar dari tempat tersebut. Dokyeom melihat sekilas wajah perempuan itu. Adakah dia Kang Hwarim? Kemungkinan besar dia dapat berjumpa dengan Hwarim. Tiada siapa yang tahu kalau dia kembali ke masa lalunya.

"Eh, Dokyeom?!" Perempuan itu berlari ke arahnya. "Dokyeom!" Tubuh milik lelaki itu lantas dipeluknya. Dia terkaku. "Dah lama aku tak nampak kau." Ujar seseorang daripada mereka. "Kau makin kurus! Makan dah?" Soal perempuan itu.

Dokyeom harus beringat bahawa mereka semua ini manusia yang bertopengkan syaitan. Dia tidak boleh mudah percaya kepada mereka.

"Mari duduk dulu." Seorang lelaki membawa mereka berdua duduk di sebuah bangku. Dokyeom harus berlakon di hadapan mereka. Senang untuk dia melakukan tugasnya apabila perempuan tersebut masih hidup. Di dalam hatinya, dia sudah berniat untuk tidak melakukan kesilapan yang sebelumnya.

"Wah, makin kacak aku tengok kau!" Puji seorang lelaki. Dokyeom perasan kalau dia asyik diam dari tadi. Jadi, dia memilih untuk membuka mulut. "Mana ada lah! Biasa saja. Kau lagi kacak, Mingyu!" Mingyu tersenyum selepas dipuji.

"Aish!" Seorang perempuan menjeling ke arah Mingyu akan sikapnya. "Ee, mengada!" Ujarnya. "Kenapa? Cemburu?" Aju Mingyu. Perempuan itu mencebik bibirnya. Jauh di sudut hati dia berasa seperti ingin memukul lelaki tersebut. "Dokyeom, pujilah aku sekali!" Ujarnya. Dokyeom tersenyum. "Ya, Darim pun cantik."

𝐓𝐡𝐞 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲 𝐈 𝐍𝐞𝐯𝐞𝐫 𝐇𝐚𝐝 || Lee Seokmin - SEVENTEENWhere stories live. Discover now