𝐁𝐚𝐛 3
Tubuh perempuan itu lantas ditarik olehnya. Mereka berdua terjatuh di atas lantai.
"Lepaskan aku!" Perempuan itu bergelut untuk dilepaskan tetapi Dokyeom tidak benarkan perkara itu berlaku. "Hwarim! Hwarim!" Lelaki itu cuba untuk menenangkan si dia. Perempuan itu terdiam untuk seketika. "Dokyeom?" Perempuan itu segera menolak tubuh milik Dokyeom dengan kasar.
Lelaki itu keliru dengan tindakan Hwarim. "Jangan mendekat!" Hwarim menjauhkan dirinya dari Dokyeom. "Hwarim, kalau ada masalah cerita sahaja kepada aku." Ujar lelaki itu. Sudah semestinya Hwarim tidak endahkan kata-kata lelaki itu. Dia takut diri dia di apa apakan.
"Hwarim, jangan buat macam tu lagi. Ceritakan sahaja kepada aku jika kau ada masalah." Ujarnya. Lelaki itu lupa kalau dia salah seorang dari kumpulan pembuli. Di mata Hwarim, dia dilihat sebagai pembuli. Walaupun dia tidak melakukan apa pun terhadap Hwarim tetapi Hwarim masih menganggap dia seperti itu.
"Awak bukan sesiapa. Kenapa harus saya percayakan awak?" Soalnya.
𝐃𝐨𝐤𝐲𝐞𝐨𝐦 𝐏𝐎𝐕
"Awak bukan sesiapa. Kenapa harus saya percayakan awak?" Soalnya.
Apa yang harus aku lakukan? Bagaimana caranya untuk aku meraihkan kepercayaan dia? Aku sendiri buntu. "Hwarim, aku bukan seperti mereka. Aku cuba untuk bantu kau sebab itu kau boleh letakan kepercayaan kau sepenuhnya kepada aku." Ujarku. "Awak sama sahaja seperti pembuli yang lain. Apa yang membuatkan awak nampak berbeza dari mereka?!" Ajunya.
Hati aku terguris sedikit dengan kata-katanya tetapi benarlah apa yang dia katakan. Aku juga seorang pembuli. Aku pernah memukul pelajar yang lain, merokok, pergi kelab. Semua aku pernah.
Tetapi aku cuba untuk berubah kerana dia.
"Hwarim, aku tahu macam mana perasaan kau masa dibuli tetapi tolonglah! Aku minta kau untuk percaya kepada aku." Aku terlihat seperti terdesak. Ini kerana aku tidak mahu kehilangan dia lagi. Aku takut sangat.
"Jadi, kalau saya percayakan awak semua masalah saya selesai begitu sahaja?" Aku terdiam. "Gila." Dia kemudian berjalan mendekati aku dengan riak wajah yang penuh dengan amarah.
"Saya tak boleh percayakan sesiapa. Termasuk awak. Awak bukan sesiapa. Andai kata kalau mempercayai awak dapat menyelesaikan semua masalah saya, saya akan percaya awak tetapi awak. Awak pun macam yang lain. Saya takut kalau saya percayakan awak itu semua hanyalah permainan awak semata-mata." Air matanya bergenang.
"Kalau saya tamatkan hidup saya tadi, mungkin awak semua gembira tetapi kenapa awak selamatkan saya?"
"Sebab awak nak pergunakan saya." Jawabnya.
Tak. Bukan macam tu, Hwarim!
Aku mahu membantah apa yang dia katakan. Semua itu salah. "Kang Hwarim, aku betul-betul nak lindungi kau!" Aku jujur Hwarim. Kau tak tahu apa yang aku telah lihat.
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲 𝐈 𝐍𝐞𝐯𝐞𝐫 𝐇𝐚𝐝 || Lee Seokmin - SEVENTEEN
FanfictionSeorang lelaki yang bangkit dari tidur panjangnya selepas kejadian dia dipukul akhirnya kembali ke masa lepas. Dia juga diberikan anugerah istimewa iaitu boleh mendengar suara seseorang dengan sangat jelas. Dia bersyukur diberikan anugerah seperti i...