Prologue

39 5 2
                                    

[ 𝗣𝗿𝗼𝗹𝗼𝗴𝘂𝗲 ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ 𝗣𝗿𝗼𝗹𝗼𝗴𝘂𝗲 ]

Bunyi pukulan yang kuat membuatkan aku terjaga. Aku melihat seorang perempuan yang terlantar di sebelah aku. "Kang Hwarim.." Hujan lebat turun membedal Bumi. Suara aku sudah semestinya tidak dapat didengari olehnya.

Aku tidak mampu untuk melakukan apa-apa kerana aku tidak lagi berdaya. Dapat aku membaca setiap gerakan bibirnya seperti meminta bantuan tetapi aku tidak dapat mendengarkan apa pun kerana telinga aku yang sakit seperti dipukul.

"Maafkan aku, Hwarim.." Ujarku seraya air mata mula jatuh.

Mereka masih lagi menyeksa seorang manusia yang tidak bersalah itu. Hati aku sakit sangat melihatnya. Dia tidak lagi cuba berlawan sepertinya dia lemah.

"Hm? Yah, Hwarim!" Dia menendang tubuh perempuan itu dengan kasar cuba untuk mengejutkan dia. "Jangan berlakonlah tak guna!" Lelaki itu seperti ketakutan. Di dalam fikirannya, adakah dia terlalu melampaui batas?

Dia memalingkan tubuh perempuan yang lemah itu untuk melihat wajahnya. Terkejut. Dia meletakkan dua jarinya di leher perempuan tersebut untuk memeriksa nadinya.

"Dia okay tak? Kau jangan cakap yang dia-" "KAU DIAM BOLEH TAK?! AKU SERABUT NI!"

Perasaan takut mula menyelubungi diri mereka. Masing-masing mula gelabah. Untuk kali kedua, lelaki itu memeriksa nadi dan nafas perempuan itu namun tuah dia menyebelahi mereka.

"Kau jangan cakap.."
"Dia dah mati."

Saat ini tiada sesiapa yang berani mengaku akan kesalahan sendiri. "A-aku tak buat..kau yang buat!" "Kau jangan bising boleh tak?!"

"DIAM!"

Dalang di antara mereka cuba untuk menenangkan keadaan. Dia cuba untuk berfikir apa yang perlu dia lakukan untuk menguruskan mayat tersebut.

"Kita tak ada jalan lain." Ujarnya. "Apa maksud kau?" Soal seorang perempuan. "Aku kena minta bantuan ayah aku."

"Kita boleh hapuskan semua bukti ni ke?" Soal seorang lelaki.

"Sudah tentu."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐓𝐡𝐞 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲 𝐈 𝐍𝐞𝐯𝐞𝐫 𝐇𝐚𝐝 || Lee Seokmin - SEVENTEENWhere stories live. Discover now