Zarieysa | 21

13K 430 13
                                    

Areysa sedang bersiap untuk majlis sanding sebentar lagi. Zarfina dan Adra menolong dirinya untuk bersiap.

"Kau nak make-up macam tadi or tebal malamni Sa?" soal Adra sambil mengeluarkan barangan make-up dari begnya.

"Tak kesah lah. Ikut kau."

Adra hanya menganggukkan kepalanya. Tangannya mula mencalitkan foundation ke wajah Areysa. Zarfina sedang membetul-betulkan dress yang dipakai oleh Areysa.

Beberapa minit Adra meletakkan make-up ke wajah Areysa akhirnya selesai. Adra menyemburkan setting spray diwajah Areysa.

Pintu bilik dikuak dari luar, terlihat wajah Airiel. "Eysa dah siap?"

Areysa menganggukkan kepalanya. Areysa bangun dari duduknya dan dibantu oleh dua orang rakannya itu. Mereka berjalan keluar bilik.

Sampai sahaja dibawah terlihat Zarith yang memakai tuxedo suit sedang menunggu bersama-sama dengan Julian dan Aisaar. "Dah siap?" soal Aisaar.

Areysa menganggukkan kepalanya. Mereka berjalan keluar rumah dan meloloskan dirinya masuk kedalam kereta. Kereta yang dipandu oleh Julian meluncur diatas jalan raya.

Sampai sahaja di dewan, mereka meloloskan dirinya keluar. Zarfina membantu Areysa membetulkan tudungnya.

"Okay settle. Bye kitorang masuk dulu." pamit Adra. Mereka berdua menganggukkan kepalanya.

Beberapa minit kemudian, mereka dipanggil bersiap sedia untuk masuk kedalam dewan. Zarith yang merasakan gigilan kecil daripada isterinya. Dia terus memandang wajah Areysa.

"Awak okay tak sayang?"

Areysa mendongakkan kepalanya lalu tersenyum tipis. "Gementar."

Zarith menganggukkan kepalanya lalu membisikkan sesuatu pada telinga Areysa. "It's okay. I'm here for you."

Areysa hanya menganggukkan kepalanya. Apabila sudah dapat isyarat masuk kedalam. Mereka melangkah masuk kedalam dewan.

Terdengar suara tepukan dari tetamu dan ada juga yang bersorak. Areysa hanya menanyangkan senyuman manis kepada tetamu yang hadir.

Mereka berjalan sampai ke pelamin. Mereka duduk diatas pelamin. Ada photographer yang mengambil gambar mereka. Setelah itu, datanglah sebuah keluarga kearah mereka.

Zarith yang melihat itu tersenyum manis. Mereka berjambat tangan. "Heyy lama tak jumpa." kata Zarith sambil memeluk sosok tubuh itu. Lelaki itu tersenyum. Areysa hanya memandang sahaja lelaki yang berjambat tangan dengan suaminya itu.

"Tulah busy memanjang." jawab lelaki itu.

"Mana anak bini kau?"

"Ada. Katanya pergi toilet." Zarith menganggukkan kepalanya sahaja.

Zarith yang perasan akan wajah pelik pada isterinya itu. Laju sahaja dia bersuara. "Sayang kenalkan--"

"Eh bini aku dah panggil. Aku gerak dulu." ujar lelaki itu. Zarith hanya menganggukkan kepalanya sahaja walaupun ayatnya dicantas.

"Okaylah nanti kitorang pergi dekat kau."

Lelaki itu menganggukkan kepalanya lalu beredar dari mereka berdua. Ada beberapa sanak saudara yang datang untuk mengucapkan tahniah.

*ੈ✩‧₊˚༺☆༻*ੈ✩‧₊˚

Setelah mereka menjamu selera, Areysa dan Zarith berjalan kearah kawan-kawan lelaki itu. Sampai sahaja dimeja mereka semua.

Zarith menarik Areysa dekat dengannya. "Sayang kenalkan yang tadi jumpa dengan saya tu." kata Zarith. Areysa memandang wajah suaminya itu.

"Ini Aidil. Sebelah dia ni wife dia, Humaira. Ni yang budak perempuan ni anak dia. Yang twins tu pun anak dia." Zarith memperkenalkan keluarga kecil itu kepada Areysa.

Mrs. Zarith AdhamWhere stories live. Discover now