Zarieysa | 39

6.9K 231 28
                                    

Zarith berjalan masuk kedalam biliknya dan terlihat sosok isterinya sedang duduk dimeja solek. Dia memeluk pinggang si isteri dan meletakkan kepalanya di bahu Areysa.

Zarith menghidu aroma dari Areysa. "Wangi macam biasa." tersenyum Areysa.

"Eysa memang wangi lah." ujar Areysa.

Mengecil pandangan Zarith. Dia tertawa kecil, itu membuatkan dahi Areysa berkerut. "Kenapa pandang Eysa macam tu?"

Zarith menggelengkan kepalanya lalu semakin menghidu bau aroma pada tubuh Areysa. Areysa mengeliat kegelian.

"Abang..dahlah, geli."

Zarith tertawa halus. "Okay-okay sorry." Areysa menghadap suaminya itu.

"Abang.." meleret sahaja Areysa memanggil. Zarith mengangkat wajahnya dan memandang wajah isterinya.

Areysa menekan-nekan lengan Zarith. "Boleh tak nak tengok kambing?" Zarith menjatuhkan kepalanya.

"Boleh yang. Nak tidur dekat kandang kambing pon boleh esok." muncung sahaja mulut Areysa.

"Ish abang ni. Nak nganjing Eysa ke?"

Zarith menggelengkan kepalanya. "Mana ada nganjing. Betul lah hm."

"Dahlah abang." kata Areysa lalu menolak lembut badan suaminya. Dia berjalan kearah katil, dan melaburkan tubuhnya diatas katil.

Dia menarik duvet sehingga ke dadanya. Zarith hanya melihat sahaja. Ada kalanya dia tersenyum dengan tingkah isterinya sekarang.

"Syomel lah kamu ni yang!" kata Zarith lalu meluru kearah Areysa yang sudah lena itu.

Dia menggoyangkan badan Areysa. "Sayang marahkan abang ke?"

Areysa mencelikkan matanya dan berkerut keningnya. "Apa abang ni? Eysa nak tidur lah."

"Okay." Zarith melepaskan pelukkan itu dan memberikan isterinya tidur.

Lah ni dah kenapa? Kalau korang tanya, saya taktahu nak jawab hm T-T.

Lah ni dah kenapa? Kalau korang tanya, saya taktahu nak jawab hm T-T

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Areysa tersenyum riang apabila suaminya mengajak ke kandang kambing. Dia hanya menyarungkan tudung sarung sahaja.

Mereka berjalan keluar dari bilik, terlihat Zarfina sedang menolong Tengku Zanira. "Ad nak pergi mana?" soal Tengku Zanira.

Zarith tersenyum. "Nak pergi kandang kambing Pakcik Faid bonda. Ni ada orang nak pergi sangat." jawabnya. Tengku Zanira hanya menganggukkan kepalanya.

"Hati-hati pergi tu. Lagipun nenek ada cakap Pakcik Faid tu jarang ada dekat kandang kambing. Jadinya kalau kamu nak pergi, try pergi rumah dia."

Zarith menjatuhkan kepalanya. "Baik bonda. Ad pergi dulu. Cakap dekat nenek, Ad pinjam motor." kata Zarith.

"Alright."

Mrs. Zarith AdhamWhere stories live. Discover now