Zarieysa | 03

17.8K 663 46
                                    

Areysa sedang menonton televisyen, tiba-tiba loceng rumahnya berbunyi. Dengan lekas dia bangun dari duduknya dan mengintai di luar. Terlihat sosok Zarith diluar pagar. Dengan lajunya dia mencapai tudung Puan Iman, dia menyarung lalu berjalan keluar rumah.

"Ya abang Zarith cari siapa?" soal Areysa dengan lembut. Zarith tersenyum.

"Ni, bonda ada masak lebih nasi ambang ni, lepastu bonda suruh kasik dekat mama." kata Zarith sambil menghulurkan mangkuk tingkat kepada Areysa. Areysa mengambilnya.

"Terima kasih." ucap Areysa sambil menundukkan kepalanya. Zarith tersenyum manis kearah Areysa.

Areysa terpesona dengan senyuman Zarith itu. "Siapa nama awak?"

"A-areysa Medina." balas Areysa. Zarith mengangguk kepalanya.

"Cantik nama Medina."

Areysa tersimpul malu dengan pujian Zarith. "Okaylah Medina, abang balik dulu. Assalamualaikum." pamit Zarith sambil menayangkan senyuman.

Areysa menganggukkan kepalanya lalu melambaikan tangannya. Apabila kereta BMW F30 meluncur jalan raya meninggalkan pekerangan rumah itu. Areysa tersenyum.

"Eee handsome nyaa!!" kata Areysa sambil tersenyum bahagia.

"Handsomenya abang Zarith!!" ulang Areysa lagi sambil melangkah masuk kedalam rumah. Terlihat Airiel yang sedang duduk diruang tamu.

"Kau dah kenapa kak? Alright tak alright?" soal Airiel.

Mati senyuman Areysa. "Takde pape!" nafi Areysa sambil berjalan kearah dapur untuk meletakkan nasi ambang pemberian Zarith tadi.

Areysa berjalan kehadapan semula. "Siapa yang bagi tu dan apa tu?"

"Nasi ambang. Abang Zarith hantar tadi."

Airiel menganggukkan kepalanya dan fokus menonton ceritanya.

Areysa sedang duduk santai diluar rumah sambil membaca novel Rose's

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Areysa sedang duduk santai diluar rumah sambil membaca novel Rose's. Aisaar yang melihat adiknya itu terus melaburkan punggungnya disebelah adiknya.

"Adik baca buku apa tu?"

Areysa memandang Aisaar. Dia tertawa halus. "That's not buku lah abang. Tapi novel."

"Lain ke antara novel dengan buku?"

Areysa hanya mengangkat bahunya sahaja. Areysa meletakkan novelnya dipehanya lalu memandang Aisaar. Berkerut dahi Aisaar apabila adiknya menghadap dirinya.

"Apahal?"

"Nak tanya, abang Zarith tu kerja apa?"

Terjongkit kening Aisaar apabila adiknya menanyakan soalan itu. "Asal tanya? Adik suka dia ke?"

Mrs. Zarith AdhamWhere stories live. Discover now