Zarieysa | 52

5.9K 231 5
                                    

Alhamdulillah berkat semua doa, Zarith telah sembuh dari demamnya dan sudah seminggu juga Areysa masih tidak sedarkan dirinya. Alhamdulillah Zarfina telah sedarkan dirinya setelah hari ke-4 di hospital.

Zarith setia menanti isterinya sedar. Zarith merenung wajah cantik isterinya. "Assalamualaikum bidadari abang! Harini genap seminggu sayang tidur. Sayang taknak bangun ke? Tak miss abang ke? Abang warning eh jangan tinggalkan abang seperti mana anak-anak kita tinggalkan kita."

Setiap hari Zarith kata sebegitu. Dia risau. Dia taknak isterinya tinggalkan dirinya. Dia menekur lantai. Air matanya menitis.

"Sayang..."

"Bangunlah..."

"Abang rindu gelak tawa sayang."

"Ishh Zarith Adham! Bukan macamni lah! Abang salah buat, habis kek ni."

Zarith melemparkan sengihan sahaja pada isterinya.

"Abang ni dah kenapa? Senggih senggih? Ah ghisau aku."

Terkiang-ngiang wajah dan telatah isterinya itu. Sumpah dia katakan yang dia amat rindukan Areysa Medina.

Andai kata Areysa Medina pergi tinggalkan dia, itu bermaksud seluruh raganya turut pergi yang tinggal hanyalah jasad.

Sementara dia tengah melayan perasaan, Zarith dapat merasakan ada sentuhan. Dia mengangkat wajahnya.

Terkelu. Air matanya mengalir deras, dia bangun dari duduknya dan memeluk tubuh Areysa. Alhamdulillah Areysa telah sedarkan dirinya daripada koma.

"Sayang.." Zarith menghamburkan tangisannya pada bahu isterinya.

"A-abang."

Zarith menjarakkan kedudukannya. "Nak air?"

Areysa hanya menganggukkan kepalanya. Zarith mencapai botol mineral diatas meja dan diberikan pada isterinya. Dia menolong Areysa.

Zarith mempamerkan senyuman sahaja. Areysa memandang wajahnya tanpa riak. "Abang." panggil Areysa. Zarith menganggukkan kepalanya. "Yes sayang, nak apa?"

Tiba-tiba air mata Areysa mengalir. Kalut Zarith dibuatnya. Perlahan-lahan dia memeluk badan isterinya.

"Kenapa?" soal Zarith lagi.

"Eysa nak mintak maaf sebab tak jaga anak kita dengan baik. Andai kata kalau Eysa tak degil abang nak hantarkan mesti tak—" terhenti percakapannya apabila dia merasakan ada benda lembut menindih bibirnya.

Zarith menjarakkan dirinya. "Shh jangan cakap macam tu lagi. Abang tak suka. It's okay. Semuanya ada hikmah." kata Zarith sambil mengusap pipi gebu isterinya itu.

"Abang tak marah?"

Terjongkit kening Zarith. "Why? Kenapa abang nak marah?"

"S-sebab Eysa baby kita tinggalkan kita." jawab Areysa dengan takut-takut. Zarith memegang dagu isterinya.

Areysa enggan mahu menatap wajah suaminya itu. Tipu la kalau kata di tak rindukan lelaki itu.

"Abang tak marah. Demi Allah abang tak marah. Cuma abang terkilan sahaja sebab abang lambat datang and abang tak dapat nak lindungi sayang dengan anak kita."

Areysa menggelengkan kepalanya. "Tak. Ni salah Eysa."

"Shh dah taknak dengar lagi. Takde istilah sayang yang salah okay? Sekarang ni nak makan?"

Zarith sengaja menukar topik agar mereka tidak menyalahkan dirinya. "Nak makan tomyam abang buat boleh?"

"Nanti lah kat rumah kalau nak abang yang buat."

Mrs. Zarith AdhamWhere stories live. Discover now