DITOLAK

173 7 0
                                    

"Abang!" Tinggi suara Mawar apabila Zhiyan mahu buka langkah. "Betul-betul abang tak nak sebilik dengan Mawar ya? Hina sangat ke diri Mawar sampai macam ni abang layan Mawar?"

"Abang tak sedia nak terima kehadiran Mawar dalam bilik ni. Ni bilik abang dengan Kaseh. Lapan tahun, macam-macam kenangan abang dengan dia. Tup-tup hari ni Mawar masuk. Ingat semudah tu ke abang nak terima?"

"Kalau macam tu, kita pindah tidur bilik tetamu yang Mawar duduk tu." Mawar bagi cadangan.

"Abang takkan tinggalkan bilik ni."

"Jadi Mawar ikut abang."

"Mawar memang takde rasa bersalah ke?"

"Bersalah kenapa? Cuba abang beritahu, kat mana yang salah tu?"

"Betullah. Mawar tak rasa apa-apa." Zhiyan kata pada diri sendiri.

"Mawar cuma rasa bahagia dapat kahwin dengan abang. Mawar tak sabar nak lalui malam pertama dengan abang."

"Takde malam pertama antara kita."

"Kenapa? Sampai hati abang buat Mawar macam ni."

"Ya Allah Mawar. Tolong ingat balik apa yang Mawar pernah cakap. Abang hargai kalau Mawar kotakan apa yang Mawar cakap."

Terus Mawar bangun. Dia mendekat, Zhiyan berundur. Senyuman ditahan. "Apa yang Mawar pernah cakap, Mawar lupa. Boleh ingatkan?"

"Mawar terus lain bila jadi isteri." Ditolak Mawar yang cuba merangkul pinggangnya.

"Mawar tak percaya abang tolak Mawar. Abang ni kelakar tau. Macam tak biasa dengan perempuan." Melihat Zhiyan menuju ke pintu cepat-cepat Mawar berlari lalu berdiri depan pintu.

"Kalau abang ada niat nak tidur luar, sila lupakan. Nanti abang kena halau masuk bilik dengan papa. Mawar dah kena. Sebab tu Mawar masuk sini." Mawar senyum kemenangan lihat Zhiyan yang mengalah.

"Mulai sekarang abang kena terima kehadiran Mawar dalam bilik ni. Bukan setakat bilik, tapi hidup abang. Bukakan hati abang tu untuk Mawar masuk. Cara paling senang, kita tidur sekatil. Bila kita saling rapat, bersentuhan... abang akan ingat Mawar."

"Tidur sekatil?"

Dilihat Zhiyan ambil bantal lalu campak ke sofa yang berada di penjuru bilik. "Serius abang nak tidur kat sofa?"

"Kita takkan sekatil."

"Lantak abanglah. Mawar anggap abang belum sedia nak sentuh Mawar lagi. Mawar tak kisah. Ada banyak hari lagi kita bersama."

Rebahkan badan atas sofa, Zhiyan diam. Malas mahu melayan.

MAWAR ARIA : A BAD WIFEWhere stories live. Discover now