ROMBAKAN KELAS

0 1 0
                                    

2 minggu kemudian

  Setelah sekian lama bercuti akhirnya sudah masuk tahun baru tapi sebelum itu kakak aku menerima satu Notif dari fon nya yang mengatakan kelas aku akan dirombak(Dipindahkan) ke kelas yang lain tanpa aku teragak-agak aku pun bertanyakan kepada kakak aku

"Werghhh....oiii dengar dok? Aku masuk kelas apa? Ahyee main tuko-tuko pulak dah kelas nyahh...~" Soal Raynea kepada kakaknya

Dan kakak aku memandang aku dengan muka yang tidak kesah

"Emm...sabor lahh aku tengah tengok list ni ko kelas mana..........Haa!! Kau dikelas di kelas 1 Melur (kelas pertama) perghh bijak nye ko yekk? Kee aku salah nengok ekk?" Kata kakak sambil perli aku

Aku pun macam blur jab..... serious lah? Belum pernah aku masuk kelas pertama tetiba harini dapat pulak masuk??? Apakah ini......aku punya lah dari Darjah 1 sampai Darjah 6 dapat kelas terakhir (kelas belakang) kecuali darjah 3 itu pun sebab aku langkah kelas entahlah tetiba ajee.Redhaaa jelah~

"HAA!! Adik dapat kelas pertama ke? Serious lah? Haa lepas ni kenalah belajar rajin sikit yelah kan dah kelas pertama tu manalah boleh malas-malas dah... Kata ibu ku Sambil selesai dari mandi

Aku pun sengih jelah tu je yang mampu,aku suka je dapat kelas tu lagi pun tak pernah rasa lagi duduk kelas budak bijak ni So ni lah peluang aku "Hahahahah"

Keesokkan harinya,di pagi yang nyaman dan segar aku segera bersiap untuk ke sekolah dan Pergi ke sekolah.Sampai saje disekolah itu aku terus menuju ke kelas aku yang ada di block atas aku menaiki tangga dengan keadaan yang gementar dan Akhirnya sudah sampai ke kelasnya aaarr...aku pun masuk dalam tu dan cari meja untuk diduduk masa aku masuk tu semua pandang aku macam pelik dan ianya membuatkan aku rasa segan duduk dikelas itu.Masa belajar aku belajar je macam biasa dan Sampailah waktu rehat ada seseorang ni die tegur aku sambil bertanya

"Haiiii!! Nama awak apa? Nama saya Wani Raihana,saya nak berkenalan dengan awak boleh???" Soal Wani.

Aku pun dengan pelik tapi terasa happy sikit berkata

"Emm..Hii,nama saya Raynea Dhiana boleh panggil Raynea...boleh je"

Singkat sahaja aku membalas persoalannya

"Ouhh begitu....Sedapp nama awak hehehe mesti ada mix kannnn kann?? Dengan negara mana? Sebab muka awak cantik macam ala ala orang puteh...hehehe" Kata Wani. Sambil gembira berbual dengan aku

"Errr....hihi Thankss saya ada mix dengan England sebab mak saya orang sana tapi Ayah saya orang melayu lagi pun ramai yang cakap macam itu pada saya" Kata Raynea

"oooo begitu,Tidak mengapalah.Err saya penolong ketua kelas jadi kalau ada apa-apa nanti panggil lah saya ye..saya ada je" Kata Wani.Dengan nada yang lembut

"Okey....heheh"

Aku mengakhiri perbualan dan dia pergi berlalu entah kemana dia mahu pergi.Aku pun sambung kerja aku dengan termenung "Hahahah" yelah kau nk cakap dengan sape kan? Semua ko tak kenal lagi-lagi ada yang dari Sekolah lain haihhh.Sampai satu tahap aku dah tak tahan dah duduk di group 1 dan aku mencadangkan untuk tukar ke group 2 kerana di group itu semua kawan-kawan aku ada jadi macam aku sorang jelah yang sesat ke group 1 😭
"Apebendaaaa lahh cikgu ni pilih kasih bak kata kawan aku si syaa tuh haa😔"

Pada malam itu,aku mengambil fon aku dan mengetik satu persatu huruf di keyboard itu dan akhir sekali aku menghantarnya kepada guru kelas baru aku Cikgu Zainab "send"

"Assalam cikgu,boleh tak saya mahu tukar group kepada group 2?" Soal aku

Aku pun menunggu hingga jam 9 lebih akhirnya cikgu itu sedang "menaip" dan membalas chat

"Wassalam ye sy,kenapa awak tak bagitahu saya awal-awal? Lagi pun saya sudah pesan haritu kalau lambat dah tak leh dah tukar" Kata Cikgu Zainab.

"Saya terlepas pandang cikgu,lagipun memang saya nak bagitahu cikgu pun tapi boleh kan cikgu?? Soal aku lagi kepadanya.

"Emm...boleh je tapi boleh saya tahu kenapa awak nak tukar? Sebab takde kawan ke? Soal cikgu Zainab.

Macam tahu-tahu je cikgu niiii aku tak de kawan dalam kelas tu 'Bisik hatiku'

"Haah,betul saya takde kawan sebab kawan saya semua kat group 2"

"Haa tkpelah nnti saya uruskan lah jadi minggu depan awak dah boleh masuk grouo 2 ye" Kata Cikgu Zainab

Aku pun macammmmm HOREEE!!! HAHAHAHAH dapat jugak akhirnya huhu
" Oke cikgu terima kasih"

"Sama-sama" kata cikgu Zainab.

𝗛𝗮𝗮 𝘀𝗼𝗿𝗿𝘆 𝘁𝗮𝘂 𝗸𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗮𝘆𝗮𝘁 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗺𝗰𝗺 𝘁𝘂𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗸𝘂𝗱𝗮😔𝗱𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗺𝗽𝗮𝗸 𝗽𝗮𝗻𝗷𝗮𝗻𝗴 𝗵𝗮𝗿𝗮𝗽 𝗺𝗮𝗮𝗳 𝗹𝗮𝗵 𝘆𝗲

Door Of The HeartWhere stories live. Discover now