Bab 1

654 10 1
                                    

Aisya terhendap-hendap di sebalik dinding rumah yang memisahkan ruang tamu dan ruang tengah rumah. Matanya ligat mencari susuk si abang tetapi tak nampak di mana-mana. Tetamu yang hadir makin lama semakin ramai membuatkan dia tidak betah berlama-lama di situ kerana makin ramai pula yang berminat mengambil tahu mengapa dia serupa pencuri di rumah sendiri. Tetapi amanah mak meminta dia mencari si abang tetap harus dipenuhi memandangkan dia tidak sanggup mendengar rungutan mak lagi.

"Mana abang ni," gumam Aisya sendiri, resah dia lama-lama di sini tetapi untuk mencari di tempat lain dia sudah lakukan.

Di ruang tamu sahaja pilihan akhir yang ada.

Pap!

Setepek tamparan padu hinggap ke bahu berjaya menyentak jantung, terus matanya terteleng ke belakang kearah pukulan yang di terima.

Hayra!

Aisya menggosok bahu berkali-kali dengan mulut yang sudah muncung seperti itik, sakit wey tamparan minah ni!

"Kau kenapa!, sakit la!," rungut Aisya, mencerun matanya melihat Hayra yang sedang terkekeh-kekeh ketawa melihat reaksi Aisya yang nampak sangat terkejut.

"Kau mengendap siapa?, crush datang ke?, tak bagi tahu aku pun," Hayra turut sama mengendap di sebelah Aisya tanpa tahu siapa yang menjadi sasarannya.

Aisya sudah tergeleng-geleng sendiri mendengar telahan Hayra yang sudah jauh menyimpang.

Hayra menjeling sisinya, geram pula bila pertanyaan dia tidak dipedulikan. Akhirnya Hayra menarik tangan Aisya, tidak sakit tetapi cukup buat Aisya tersentak sekejap lalu menarik tangannya semula.

"Haishh, aku cari abang aku la. Crush apa nya!, mak aku panggil dia" rungut Aisya.

"Ooo cakap la cari abang kau," terus Hayra kembali menyambung kerja Aisya yang tertangguh.

Seketika kemudian, mata Hayra membulat. Jari telunjuknya menunjuk kearaah seseorang di ruang tamu.

"Tu kan abang kau?, pakai kulta biru muda?," tanya Hayra sambil menunjukkan satu susuk yang sedang membelakangi mereka. Dengan mukanya bangga, Hayra kembali melihat riak wajah Aisya sebelum Aisya dengan yakin melangkah mendekati batang tubuh itu.

Terus tanpa salam dia menampar belakang bahu lelaki itu tanpa belas. Menggeliat lelaki itu menerima tamparan hebatnya yang tidak terjangka. Agak kuat juga bunyi sehingga kemerahan tapak tangannya tidak diperduli. Dia dah terbiasa dan Amirul pernah kena lebih teruk dari ini.

"Abang!, mak panggil dari tadi. Sempat ya lari ke depan!," marah Aisya, tidak diperduli dah mata-mata yang memandang akibat suara lantangnya. Padahal tadi malu sangat terendap-rendap mencari.

Lelaki itu segera menoleh dengan wajah yang terpinga-pinga.

Aisya terdiam, liur yang ditelan tiba-tiba terasa pahit.

Lelaki ini bukan Amirul!.

Baju kulta mereka sama, warna biru muda dan dipasangkan dengan seluar jin warna biru gelap tetapi lelaki di hadapannya ini sedikit tinggi daripada Amirul. Tubuhnya lebih tegap seperti ahli kelab gym berbanding abangnya yang kurus keding. Mukanya putih bersih, berbeza benar dengan wajah Amirul yang penuh jerawat buatkan Aisya terkedu menghargai keindahan depan mata.

Melihat akan wajah itu yang sudah kemerahan dan memandang dia tajam buatkan dia tersedar dari lamunan, terus Aisya memandang Hayra di sebelah meminta penjelasan tetapi Hayra juga sama terkejut sepertinya. Mulut terlongo melihat lelaki di hadapan mereka.

Terus mereka menunduk.

"Maaf, maaf saya salah orang. Saya ingatkan abang saya tadi. Maaf, maaf," Aisya menunduk. Malu!, wajahnya mesti merah.

Tiba-tiba Aisya terasa mahu bersembunyi di dalam kotak, beg plastik atau apa-apalah sekarang.

Aisya lari, meninggalkan Hayra yang terpinga-pinga di hadapan lelaki tadi sehinggalah kakinya terhenti apabila tubuhnya melanggar seseorang.

"Maaf, maaf," kata Aisya lagi tetapi belum pun sempat dia mahu meninggalkan lelaki tersebut langkahnya mati apabila ditegur dengan suara yang sangat dikenali.

"Dik, nak ke mana?," tenang Amirul menegur, sedangkan dia dah macam cacing kepanasan, serba tak kena.

Kecik besar saja dia melihat Amirul yang sedang tersengeh ke arahnya. Terus dia menampar bahu Amirul, yang pasti lagi kuat dari tadi.

Geram bercampur malu punya pasal.

"Abang pergi mana?," tanya Aisya garang. Amirul sudah menyapu bahunya yang menjadi mangsa Aisya.

"Sakit la dik, adik ni pakai baju kurung saja tapi pukul orang tak ada belas kesian langsung," rungut Amirul. Aisya menjeling.

"Sebab abang la, adik malu tadi tau tak!," marah Aisya walau suaranya sedaya upaya diperlahankan. Amirul terkekeh ketawa.

"Padan muka, adik pun pukul orang tak beragak. Kesian Adam tu, tak pasal saja kena tamparan padu adik," Amirul ketawa lagi sehingga merah padam mukanya. Aisya tergamam seketika, oh nama dia Adam. Segak!

"Oh nampak?, kenapa tak tegur?," satu lagi tamparan hinggap ke bahu abangnya. Tetapi kali ini cepat saja Amirul menepis bersama sisa tawa yang masih ada.

"Tak sempat nak tarik, Adam dah makan penampar adik dah. Kesian dia," Aisya memandang tidak percaya, cakap kesian tapi makin galak pula tertawakan orang.

Aisya ketap bibir geram.

"Agak-agak karang kalau kena rotan dengan mak dekat bawah. Abang boleh gelak lagi ke?," ugut Aisya perlahan, itu saja cara yang dirasakan berkesan untuk hentikan tawa Amirul.

Seperti yang dia duga, Amirul terus cuba berhenti ketawa. Hah! rotan mak memang berbisa, kalau Abah tak usah cakap la.

"Hah!, adik nak apa?," tanya Amirul sambil tersengih-sengih memeluk tubuh.

"Mak panggil abang dekat bawah, nak minta tolong apa tah," Aisya terus menyampaikan pesan. Amirul merenung dia pelik.

"Eh, ada lagi ke?, Abang baru lepas tolong mak dekat belakang," Amirul terpinga-pinga tetapi seketika kemudian terus dia luku kepala Aisya. Cepat saja tangan Aisya menangkap tangan abangnya dan ditolak ke tepi. Rosak tudung!

"Ke adik pergi mengendap Adam dekat depan tu?," Amirul tersenyum nakal.

"Siapa Adam?," tanya Aisya buat-buat tak tahu. Amirul terus tertawa terbahak-bahak menyebabkan Aisya larikan diri masuk ke dalam bilik.

Sebelum menutup pintu bilik, mata Aisya menangkap kelibat Adam yang sudah berdiri di sisi Amirul sambil tangannya masuk ke dalam poket dan memerhati tingkah laku Amirul yang masih asyik tertawa.

Sepasang mata Adam tiba-tiba membalas pandangannya menyebabkan dia kaku di situ. Tergamam, lama membalas pandangan mata itu sebelum dia tersedar lalu menutup pintu biliknya. Aisya sandar pada pintu biliknya, tangannya memegang dada yang bergetar hebat. Pandangan mata itu menari-nari di balik ingatannya.

Adam Aisya [COMPLETE]Where stories live. Discover now