BAB 31

265 10 0
                                    

Semua isi rumah banglo mewah tersebut sudah mengetahui desas-desus perkhabaran Hayder Rayyan yang akan bernikah dengan Khaleef Aqif tidak lama lagi. Tidak terkecuali, Ashraf
Izuan.

Walaupun dia hiba menerima perkhabaran itu, namun hatinya digagahi jua. Kata-kata Puan Dayang tempoh hari sentiasa menyuntik semangat.

"Khaleef pun dah bersetuju. Daddy harap kamu takkan timbulkan masalah. Dan esok petang, ikut mummy kamu ke butik pengantin."

Kata-kata Dato Khalid itu sepantas kilat menyentap jantung Hayder Rayyan Sudu dan garpu yang digenggam kemas hampir terhempas ke atas pinggan. Jiwanya memberontak kuat, tetapi tidak pula dia bersuara. Entah mengapa, lidahnya terasa berat. Apatah lagi bila terpandangkan wajah tegang ayahnya itu. Semua yang duduk mengelilingi meja bujur itu hanya membisu. Gurauan Hayyun dan Hanan yang selalunya bertengkar di meja makan juga tidak kedengaran. Pasangan kembar itu juga bagaikan terkunci mulutnya. Kedua-duanya sunyi tak bersuara.

Tan Sri Wahid dan Puan Seri Aisyah pun tidak berani untuk mencelah. Pasangan suami isteri ini terus berpura-pura menyuapkan makanan ke dalam mulut walaupun gumpalan-gumpalan nasi yang ditelan terasa bagaikan duri-duri tajam.

Seketika kemudian, Ashraf Izuan muncul dari dapur bersama jag air oren yang dibancuh untuk kali kedua. Wajah pembantu rumah itu kelihatan cukup berseri-seri. Macam dia pulak yang nak kahwin.

"Tahniah Tuan Hayder. Sampai juga jodoh tuan. Semoga Tuan Hayder berbahagia hingga ke anak cucu ya." Riang sekali ucapan itu kedengaran. Tanpa sedikit pun gugup, dia perlahan-lahan menuang air minuman ke dalam gelas Hayder Rayyan yang sudah kosong. Bijaknya dia menutup perasaan sedangkan di dalam hatinya, bergumpal-gumpal awan mendung yang enggan berarak walaupun sudah dibantai dengan angin taufan.

Mereka yang berada di situ semuanya tergamam. Hayder Rayyan dan Puan Seri Aisyah apatah lagi. Merah padam wajah mereka. Rasa geram dan rasa tidak percaya sudah saling bergaul.

Namun begitu, Ashraf Izuan masih bersikap tenang dan selamba walaupun ketika meletakkan dulang tersebut ke atas meja, ekor matanya sempat menangkap perubahan wajah Khalid yang mencerlungnya dengan tajam. Dia tahu, Dato Khalid dan isterinya terpukul melihat wajahnya yang ceria itu. Pasti pada sangkaan mereka, paling tidak pun Ashraf Izuan akan mengamuk. Itu yang mereka mahu lihat sebe- narnya.

"Dato Khalid, Datin Camelia, tahniahlah ya. Tentu Dato dengan Datin tak sabar menunggu saat-saat untuk mendapat menantu. Dan tak lama lagi, Hayyun dengan Hanan pula bakal dapat abang ipar yang tentunya lebih baik daripada abang Ash" sambung Ashraf Izuan lagi.

"Kan saya dah cakap. Saya tak akan berkahwin. Saya takkan berkahwin dengan siapa-siapa pun. Selagi saya masih mencintai Ashraf Izuan, selagi itu lah saya sanggup hidup membujang sehinggalah saya dapat memiliki hati Ashraf Izuan. Itu janji saya!" Suara Hayder Rayyan yang keras itu membelah perasaan Dato Khalid.

Bagi Ashraf Izuan yang mendengarnya pula, dia terasa bagaikan mahu berteriak sekuat hati bagi menyatakan kekesalannya yang terpaksa menolak cinta lelaki itu. Sungguh, tidak disangkanya sampai begitu sekali cinta Hayder Rayyan terhadapnya.

Dato Khalid yang ternyata tidak senang dengan bicara anak sulungnya itu terus menegur dengan rasa tidak puas hati.

"Apa yang kamu cakapkan ni? Kamu jangan berani nak lawan cakap daddy. Jangan nak tunjuk besar kepala pulak!" Mata Dato Khalid semakin tajam mencerlung wajah anak sulungnya itu. Seketika kemudian, dialihkan pula renungannya pada Ashraf Izuan qyang kaku berdiri di sebelah Puan Seri Aisyah. Dia sudah bangun daripada duduknya. Kepala Ashraf Izuan digenggam dengan telapak tangannya yang dibuka luas-luas.

"Jantan macam ni yang kau gila-gilakan, Hayder? Jantan macam ni yang kau nak jadikan pasangan hidup kau? Kau dah gila ke? Kau tak sedar ke? Jantan macam ni layaknya hanya dibuat hamba abdi saja!" Dato Khalid terus menunjal kepala Ashraf Izuan dengani sekuat hati sehingga terteleng.

Hanya Dia Aku CintaWhere stories live. Discover now