Berlari-lari Hayder Rayyan masuk ke dalam wad. Waktu itu dia dapat melihat ahli keluarganya, juga ahli keluarga dari sebelah pihak Khaleef Aqif semuanya berdiri di luar dengan wajah yang penuh hiba.
Demi terpandangkan sahaja kelibat Hayder Rayyan, Puan Seri Fadhilah terus menghampiri menantunya itu.
"Hayder, cepatlah masuk ke dalam nak. Dari tadi lagi Khaleef meracau-racau sebut nama kamu. Dia betul-betul nak jumpa kamu. Tolonglah, nak. Mak dah tak sampai hati nak tengok keadaan dia macam tu."
Puan Seri Fadhilah sudah melentokkan kepalanya ke dada Hayder Rayyan.
Sempat lagi Hayder Rayyan menenangkan ibu mentuanya itu walaupun hatinya waktu itu lebih hebat berkecamuk dengan rasa celaru.
Tanpa berlengah lagi, Hayder Rayyan terus menerpa masuk.Luruh jantungnya sebaik sahaja terpandangkan sekujur tubuh yang lemah terlantar di atas katil dengan wajah yang pucat dan sesekali berkerut-kerut menanggung kesakitan.
Sebelum Hayder Rayyan masuk lagi, mata Khaleef Aqif tertala ke arah pintu. Tahulah dia bahawa Khaleef Aqif itu sedang menunggunya dengan begitu sabar sekali.
Dengan hati yang terkilan dan kecewa, dia terus menerpa ke arah Khaleef Aqif yang sudah bergenang kelopak matanya itu.
"Maafkan abang, sayang. Maafkan abang kerana telah mengabaikan Khaleef . Sampaikan abang langsung tak pernah tahu yang selama ni isteri abang dah terlalu banyak menanggung derita. Maafkan abang, sayang. Abang terlalu pentingkan perasaan abang sendiri sampaikan abang tergamak menghancurkan hidup Khaleef."
"Ya Tuhan, apa yang aku dah lakukan ni? Kejamnya aku. Hukumlah abang. Khaleef. Hukumlah abang! Tapi abang merayu sangat-sangat. Demi abang, kuatlah sayang. Tolong jangan tinggalkan abang. Abang tak tahu macam mana untuk abang teruskan hidup tanpa Khaleef."
"Tolong faham abang, sayang. Khaleef sayangkan abang, kan? Berilah abang masa untuk tebus semula kesilapan abang. Berilah abang sedikit saja masa untuk bahagiakan Khaleef. Abang janji yang abang takkan sakitkan hati Khaleef lagi. Abang janji, sayang. Hanya Khaleef yang ada kat dalam hati abang sekarang ni. Abang takkan cari Ashraf Izuan tu lagi sebab abang dah temui cinta abang yang sejati iaitu Khaleef. Percayalah, Khaleef. Percayalah sayang." Bersungguh-sungguh Hayder Rayyan merayu.
Dengan riak cemas, telapak tangan Khaleef Aqif yang digenggam kemas itu digoncang-goncangnya sebelum dikucup lama seolah-olah ingin menghantar semangat dan kekuatan ke dalam tubuh Khaleef Aqif.
Malang sekali, wajah Khaleef Aqif tetap kelihatan lemah, pucat dan tidak berdaya. Dengan senyuman yang sedaya upaya cuba dibentuk, Khaleef Aqif menggeleng-gelengkan kepalanya sambil menahan kesakitan yang sudah tidak tertanggung. Memang setiap kali bibirnya itu bergerak-gerak, pipinya terasa seperti dicarik- carik.
"Maafkan Khaleef, bang. Khaleef bukannya tak kuat. Demi abang, Khaleef sanggup hidup beribu-ribu tahun sekalipun walaupun terpaksa menanggung kesakitan itu untuk setiap saat. Cuma, Khaleef belum kuat untuk melawan takdir, bang. Maafkan Khaleef."
Dengan nafas yang dihimpun penuh-penuh di dalam dadanya yang berombak-ombak itu, dia cuba menjelaskannya pada Hayder Rayyan walaupun dengan suara yang sudah lemah hampir tidak kedengaran. Namun, sebelum dia pergi buat selama-lamanya, dia masih ingin Hayder Rayyan tahu betapa dia amat mencintainya.
Mendengarkan kata-kata Khaleef Aqif itu, Hayder Rayyan terus meraung-raung dengan kepala yang terdongak ke atas. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa kesalnya dia waktu itu.
Cemas sungguh Khaleef Aqic melihat keadaan Hayder Rayyan yang meronta-ronta itu.
"Abang, kalau abang sayangkan Khaleef, tolong jangan seksa Khaleef macam ni. Khaleef tak sanggup nak tinggalkan pasangan hidup Khaleef dalam keadaan macam ni. Tolong Khaleef, bang Tolong jangan seksa, Khaleef. Biarkanlah Khaleef tenang kat sana nanti," pujuk Khaleef Aqif sambil tangannya yang terlalu payah untuk digerakkan itu menangkap pergelangan tangan orang yang dia cintai.
YOU ARE READING
Hanya Dia Aku Cinta
RomantiekPerasanan cinta ini ialah sesuatu yang ingin dielakkan oleh kedua-duanya. Ashraf Izuan sedar dia seolah-olah mengambil kesempatan. Hayder Rayyan pula tahu keluarganya pasti menentang. Anak tuan rumah dan orang gaji saling menaruh hati. Tetapi, siap...