BAB 36

248 5 0
                                    

Ashraf Izuan terjaga dari lenanya setelah dia meracau- racau. Berkali-kali dia menyebut nama Hayder Rayyan. Tubuhnya sedikit menggelupur dengan kaki yang menendang-nendang ke udara. Sehinggalah dia tersedar, barulah dia dapat mengawal dirinya yang.

Ngeri sungguh mimpi yang dialaminya seketika tadi. Di dalam mimpinya itu, dia melihat Hayder Rayyan segak dengan pakaian kod putih pengantin sementara dia pula memakai kod putih sama seperti Hayder Rayyan. Mereka berdua tersenyum lebar, menjeling malu-malu namun cukup bersedia untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam percintaan mereka berdua.

Namun malang sekali, sewaktu berjalan beriringan menuju ke pelamin yang sudah indah didirikan dan dihias indah, seorang lelaki sedang tersenyum menanti Hayder Rayyan di atas pelamin. Leaki itu juga memakai baju seperti dirinya.

Yang membuatkannya menjerit meracau-racau ialah apabila Hayder Rayyan terus berlalu meninggalkannya dan terus melabuhkan duduk di atas pelamin bersebelahan dengan lelaki tersebut. Hayder Rayyan sedikit pun tidak menoleh memandangnya yang berkali-kali menjerit memanggil nama lelaki tersebut.

"Tapi... siapa lelaki disebelah Hayder?" Berkerut-kerut dahi Ashraf Izuan sewaktu cuba untuk mengingati raut wajah lelaki yang menjadi pasangan Hayder Rayyan itu. Sekali, dua kali, tiga kali... dia tetap gagal untuk mengingatinya. Dalam sedang dia mengelamun itu, pintu bilik yang hanya sehasta di hadapannya terbuka luas. Hampir tercabut pintu papan yang sudah sedikit terpokak di bahagian bawahnya itu.

Ashraf Izuan tersentak dengan bunyi pintu dan dinding yang berdentum kuat. Terjegul wajah Pok Din dengan seorang lelaki botak yang tidak dikenalinya dan langsung tidak terdetik di hati untuk mengenali lelaki tersebut. Cuak dia melihat wajah lelaki botak yang bengis itu. Ditambah pula dengan kesan luka dan parut di bahagian muka dan lengannya. Eeeeee... Mengerikan!

"Awal bangun? Sekarang baru pukul 5.30 pagi. Tidurlah dulu." Lelaki botak itu tersengih mengejek sebelum dia menyambung lagi

"Tinggal sejam lagi masa yang kau ada untuk bermimpi yang indah-indah sebelum kita orang hantar kau terus ke neraka."

Berdekah-dekah Pok Din ketawa sambil menambah

"Aku rasa tak payahlah kita suruh jantan ni sambung tidurnya lagi, Lucas. Sebab dalah peremsejam aje lagi dia akan tidur sampai bila-bila!"

Demi terdengarkan sahaja ayat terakhir yang terpacul dari mulut Pok Din, tubuh Ashraf Izuan menggeletar bagaikan terkena renjatan elektrik. Darahnya merangkak pantas, langsung tidak sempat untuk dihitung. Ditambah lagi dengan jantungnya yang memberontak seperti seekor serigala yang sedang kelaparan. Seram sejuk tubuhnya apabila ayat-ayat yang diungkapkan oleh Pok Din berlegar-legar di ruang fikirannya. Satu sahaja perkataan yang terlintas di benaknya buat beberapa ketika iaitu... MATI!

Usia muda sepertinya yang masih belum sebati dengan dunia perlu berhadapan dengan saat-saat kematian dalam tempoh lebih kurang sejam daripada sekarang? Dia tidak sanggup.

Dalam ketakutan itu, dalam kegelapan itu, Ashraf Izuan dapat merasakan kedua-dua belah lengannya diketap dengan begitu kasar sekali. Satu demi satu lilitan tali rapia mengikat tubuhnya sehinggalah ke hujung kakinya. Dan sewaktu tubuhnya dikendong dan dibaringkan di atas sebuah rakit di pinggir sungai deras yang tidak berpenghuni, tahulah dia bahawa ajalnya sudah hampir tiba.

Tubuh Ashraf Izuan dibaringkan di atas rakit sebelum diikat ketat-ketat pada susunan batang-batang buluh tersebut. Seluruh badannya langsung tidak boleh digerakkan. Hanya kepalanya sahaja yang dapat ditoleh ke kiri dan kanan. Itupun cukup terbatas kerana di sebelahnya, seorang lelaki yang agak berusia juga diikat bersamanya. Pasti lelaki itu juga merupakan salah seorang yang menjadi mangsa khianat dan dengki Dato' Khalid dan Tan Sri Nizam yang menjadi dalang dan punca atas semua ini.

Hanya Dia Aku CintaWhere stories live. Discover now