''Ibu boleh sik ... Qai sambung study rah semenanjung''. Gadis bertubuh kecil itu merengek pada wanita yang digelar 'ibu' di sebelahnya.
Pandangan penuh pengharapan diberikan silih berganti kepada Puan Ratna dan abang-abangnya di ruang tamu malam itu.Dia tahu anak bongsunya memang mempunyai hasrat tersebut sejak dulu lagi, cuma berat hati untuk melepaskan satu-satunya puteri dari dakapan dan pengawasannya. Keluhan berat diberikan oleh Puan Ratna mengundang seribu satu rasa dalam diri Qaireen Uzma. Ini bukan kali pertama Qaireen menyuarakan perkara ini.
'' Dulu ibu pernah janji kan dengan Qai, kalau Qai dapat habiskan STPM dengan cemerlang ibu akan benarkan...Lagi pun ibu.., Qai dah dapat tawaran untuk sambung degree di salah satu universiti awam sinun, cuma tinggal persetujuan dan restu ibu jak lagi ''. Qaireen cuba menguatkan lagi usulnya.
'' Abg Man kan ada, nya boleh tengok-tengokkan Qai masa study sana kelak. Qai janji, Qai jaga diri bait-bait kedak ibu jaga Qai dari kecik.'' Pandangan Qaireen kini beralih pada Abg sulungnya.
'' Betul tu ibu, tempat study adik bukan jauh gilak pun dari area kerja Man, pasya kalau cuti semester boleh juak Qai teman kan Hanis ngan budak-budak tok haa. '' Utman mula bersuara setelah diberi isyarat mata oleh Qaireen.
Puan Ratna membetulkan tempat duduk dan mengadap ke arah puteri bongsunya. Kedua-dua belah tangan di genggam erat menandakan beratnya keputusan yang akan diluahkan olehnya.
'' Janji? Janji dengan ibu, Qai akan jaga diri. Janji dengan ibu, Qai akan belajar rajin-rajin dan banggakan ibu ayah..''
Lantas Puan Ratna menarik Qaireen dalam dakapannya. Erat dan hangat itu yang boleh digambarkan.
''Ibu izin kan Qai ke sana sayang... '' Bisik ibu di telinga puterinya.
''Terima kasih ibu... '' Qaireen membalas pelukkan ibunya dengan kemas sambil mencium pipi insan tersebut.
Encik Tuah hanya memerhati gelagat anak dan isterinya. Dia sudah lama memberi keizinan kepada Qaireen kerana dia percaya anaknya mampu membezakan baik buruk dan sudah boleh meneroka dunia sendiri tanpa dia disisi.
'' Ehemmm... ibu jak?'' Encik Tuah mula bersuara saja menyakat anaknya
'' Ehh hehe, thank you juak ayah ''. Qaireen melepaskan dakapan lalu menuju ke arah ayahnya yang memerhati dari tangga sejak tadi. Pinggang Encik Tuah di rangkul oleh Qaireen.
Sedingin perwatakan Encik Tuah, masih boleh cair dek perangai Qaireen yang manja.'' Budak bertuah ni haihh ''. Sambil Encik Tuah membiar Qaireen memeluknya.
'' Mesti lah bertuah, nangga lok anak siapa. '' Qaireen ketawa kecil.
Nampaknya impian yang telah lama dia impikan sudah mula mebuka jalan. Qaireen bersyukur kerana akhirnya Puan Ratna terbuka hati melepaskannya untuk mengejar cita-cita dan masa depan.
'' Kalau ayah mok, kelak Qai cari calon menantu ayah orang sinun ehh. '' saja mengusik, ingin tahu juga apa yang akan dikatakan oleh ayahnya.
'' Banyak cantik kau, ibu baru bagi green light alu fikir mok cari boyfriend '' Umar mencelah sebelum ayah bersuara.
'' Yalah tek, mun aku tahu kau ada boyfriend rah sana kelak nang ber WWE 2.0 kita. '' sambung Uzairi yang berada di samping Umar.
Dua ketul makhluk yang selalu mengganggu ketenteraman hidup Qaireen. Jarak beza umur Umar dan Uzairi hanya 2 tahun, oleh itu mereka lebih akrab apatah lagi dalam hal mengusik adiknya.'' Aokkk lah abg mar, abg ri. Kelak mun Qai sikda, pandai-pandai lah masak empun tengah malam ouhh ''. Ada saja jawapan yang keluar dari mulut Qaireen.
'' Qai masuk bilik dulu...'' Qaireen terus melarikan diri ke biliknya. Senyuman puas terukir, moga malam ini mimpi indah.
YOU ARE READING
EKAHALA (OG)
RomanceJalan baharu buat Qaireen Uzma, meninggalkan keluarga demi masa depan dan cita-cita. Perjalanan yang penuh dengan pertemuan-pertemuan yang tidak di jangka. Kewujudan Qaireen Uzma sangat disenangi oleh orang sekeliling tapi bukan pada insan yang berg...