Memandangkan Kasyaf jenis yang jarang mengambil cuti sejak 2 tahun lepas, maka dia membuat permohonan untuk berehat buat sementara waktu dalam tempoh 7 hari bagi meluangkan masa bersama keluarga tercinta. Puan Fatimah ialah individu yang paling gembira mendengar perkhabaran tersebut.
“Kasy...” lembut suara Puan Fatimah membangunkan Kasy yang masih nyenyak di atas katil.
“Mmm ye ummi...” Kasy menyahut dalam keadaan mamai.
“Bangkit Kasy, kita solat subuh jemaah, walid dah tunggu kat bilik solat.”
“Okay kejap lagi Kasy datang.”
“Cepat sikit, jangan lengah-lengah” Puan Fatimah berjalan ke arah pintu sebelum berpaling buat kali terakhir ke arah Kasyaf.
Sebaik sahaja kelibat ummi hilang dari pandangan, Kasy terus bangun dan melangkah ke dalam bilik mandi yang berada dalam biliknya. Beberapa minit kemudian Kasy keluar dari bilik mandi dengan keadaan yang lebih segar. Dia melangkah ke arah bilik solat dengan penuh syukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas di atas muka bumi ini. Buka sahaja pintu bilik solat tersebut Kasy dapat melihat Encik Khalid sedang duduk membaca Al-Quran bersama Puan Fatimah. Biarpun Encik Khalid seorang yang sentiasa sibuk dengan pekerjaan tetapi dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawab membimbing isteri dan anak-anaknya.
Kasy duduk berhampiran dan menunggu mereka selesai.“Dah siap?” soal Encik Khalid memangalihkan pandangan ke arah anak sulungnya.
“Dah walid.”
“Kamu jadi Imam ya.”
Kasy hanya mengangguk dan mengambil kedudukan. Sempat matanya memandang sekeliling bilik solat sebelum mengerut dahi.
“Adik mana? Tak bangun lagi ke ummi?” tanya Kasyaf dalam nada sedikit tegas.
“Allah bagi cuti.” Ringkas balas Puan Fatimah.
Kasy mengangguk sekali lagi. Ini adalah saat yang paling dia rindukan setelah sekian lama meninggalkan rumah ini.
Tepat pukul 6 pagi Kasy masuk ke dapur untuk menghilangkan dahaganya. Puan Fatimah pula sedang menyediakan bahan-bahan untuk masak sarapan pagi itu. Kasy mengambil gelas dan menuangkan air kosong lalu duduk berhadapan dengan Puan Fatimah.
“Mana Kak Sari ummi?” Kasyaf bertanya dengan nada lembut.
“Semalam Kak Sari mintak cuti sebab mak dia tak sihat kat kampung.”
“Jadi Ummi masak sendiri lah harini?” Seluruh perhatian Kasyaf tertumpu pada Puan Fatimah di depan nya.
“Nampak gayanya macam tu lah.”
“Kalau macam tu biar Kasy tolong ummi.”
“Kasy betul ke nak tolong ummi ni?”
“Betul ummi, Kasy dah pandai masak tau sekarang, boleh masuk MasterChef.” Kasy berkata dalam nada berseloroh. Puan Fatimah hanya melayankan sahaja kerenah Kasy.
“Untung lah siapa jadi bakal isteri Kasy nanti kan.”
Puan Fatimah sekadar bergurau biarpun topik tersebut sedikit berat untuk ditelan oleh Kasy. Hanya senyuman palsu mampu Kasy tayangkan di hadapan Puan Fatimah. Buat masa sekarang dia masih belum yakin ada perempuan lain yang mampu menggantikan tempat Nur dalam hatinya. Perempuan yang pernah membahagiakan dunianya buat seketika dan memusnakannya segalanya dalam sekelip mata. Perempuan yang pernah merobek hatinya hingga tiada yang tersisa menyebabkan Kasy trauma dan bersikap dingin kepada setiap perempuan yang mendekatinya kecuali Puan Fatimah dan Kausar.
YOU ARE READING
EKAHALA (OG)
RomanceJalan baharu buat Qaireen Uzma, meninggalkan keluarga demi masa depan dan cita-cita. Perjalanan yang penuh dengan pertemuan-pertemuan yang tidak di jangka. Kewujudan Qaireen Uzma sangat disenangi oleh orang sekeliling tapi bukan pada insan yang berg...