Sejak tadi Ikram tidak senang duduk di dalam keretanya yang di pakir berhadapan dengan sebuah art gallery. Matanya menjeling jam tangan berjenama yang telah menunjukkan hampir pukul 5 petang. Kisah jalanan kedua yang dirancang kali ini nampaknya tidak berjalan dengan lancar. Pelbagai soalan telah berlegar di fikiran Ikram. Di tambah lagi selepas di nekad membuat panggilan kepada Abg Uthman bertanya akan keberadaaan Qaireen sebentar tadi. Jika benar bagai dikata Abg Uthman bahawa Qaireen sudah keluar sejak tengah hari tadi kenapa bayang Qaireen masih belum kelihatan di destinasi yang mereka telah janjikan ini? Bagaimana kalau terjadi sesuatu pada Qaireen?
Buat kali yang ke 50 Ikram cuba untuk membuat panggilan telefon kepada Qaireen dan mengharapkan panggilan itu di jawab. Walaupun dia tahu peratusan kemungkinan Qaireen mengangkat panggilan telefon itu sangat rendah.
“Angkat lah...” Suara Ikram sedikit serak.
“Tolong jangan buat aku macam ni....” Tangan Ikram bergetar hebat.
Ikram memejamkan mata selepas mendengar “You have reach the voicemail box to (phone number)...". Handphone di hempaskan ke seat kosong di sebelahnya.
Dengan kasar tangannya meraup wajah. Jantungnya berdegup laju, perasaan yang lama dia lupakan telah kembali. Perasaan bimbang , takut dan marah bermaharajalela dalam dirinya kini. Memori lama ketika dia di tinggalkan oleh Bonda. Kehilangan satu-satunya insan yang dia sayang dalam dunia. Jelas dia tidak kuat untuk menghadapi satu lagi kehilangan orang yang dia sayang. Kepala di dekatkan dengan stereng kereta. Mata masih dipejam rapat, dan satu suara kembali berpusing dalam ingatannya.
"Bonda! Bonda jangan macam ni."
"Am sayang bonda..."Tokk...tokk...tokkk!
Ikram terjaga dari lamunan. Lantas kepalanya berpaling ke arah tepi dimana tingkap keretanya diketuk.
“Qai!” Tanpa berlengah Ikram keluar dari kereta dan memegang bahu Qaireen dengan kuat.
“A..aa...aku tak mimpi kan?” Ikram merenung wajah Qaireen yang kelihatan bingung.
Satu ketukan menggunakan handphone dihadiahkan oleh Qaireen pada dahi licin Ikram.
“Auchh, what’s that for? ”
“First aku tolong kau sedar dari mimpi, second sebab kau sukati je pegang anak orang.”
“Sorry, aku tak sengaja, aku cuma...” Ikram menjarakkan diri kembali sambil mengusap dahi.
“Cuma?” Soal Qaireen.
“Erghh...takde apa-apa lah, yang penting sekarang ni asal kau lambat sangat, kau tahu tak 2 jam lebih aku tunggu kau kat sini, aku call tak angkat, aku whatsapp tak reply, kau ingat phone kat tangan kau tu guna untuk ketuk orang je ke minah oii. Lepastu aku call Abg Uthman tanya pasal kau, dia cakap kau dah keluar sejak tengah hari tadi, kau pergi mana sebenarnya ni?” Ikram mula membebel serupa mak-mak sambil bercekak pinggang
“Sorry...phone aku habis battery.” Qaireen mengaru kepala nya yang tidak gatal. Dia tidak mampu untuk mengatur ayat untuk menjelaskan pada Ikram.
Kini mata Ikram tertumpu pada pergelangan tangan Qaireen yang berbalut.
“Tangan kau kenapa?”
YOU ARE READING
EKAHALA (OG)
רומנטיקהJalan baharu buat Qaireen Uzma, meninggalkan keluarga demi masa depan dan cita-cita. Perjalanan yang penuh dengan pertemuan-pertemuan yang tidak di jangka. Kewujudan Qaireen Uzma sangat disenangi oleh orang sekeliling tapi bukan pada insan yang berg...