Suasana riuh di SIBF pada petang ahad itu tak dapat diungkapkan dengan kata. Ini adalah kali pertama bagi Qaireen Uzma melalui sendiri pengalaman pesta buku secara besar-besaran yang dia selalu bayangkan sejak di bangku sekolah dulu lagi. Alangkah bahagianya perasaan Qaireen pergi ke sana iaitu salah satu tempat dalam wishlist yang dia ingin pergi.
Rambang mata melihat pelbagai jenis bahan bacaan di jual di sana. Terdapat juga novel-novel hasil karya Rehan Makhtar, Teme, Hilal Asyraf dan banyak lagi. Qaireen serasa berada dalam dunia sendiri. Kalau ikutkan hati boleh saja dia borong semua novel yang dia rasa menarik tapi dia tidak mahu dikawal oleh nafsu.
“Ingat Qai ini kehendak, bukan keperluan, kau dah janji nak beli satu je kan” Qaireen bermonolog dalam hati. Takkan lah dia nak penuhkan bagasi pakaian balik cuti semester kali ini dengan novel.
Setelah hampir sejam Qaireen akhirnya telah membuat keputusan dan memilih untuk membeli buku karya Buya Hamka. Bagi Qaireen, Buya Hamka ialah satu sosok yang menjadi idola dalam penulisan kreatif. Setiap tulisan Buya Hamka amat mendalam yang menyebabkan Qaireen lemas dalam lautan aksara. Dan kerana beliau jugalah Qaireen Uzma menjadi seorang yang pada suka penulisan sastera.
Di situ lah bermulanya Qaireen mula menulis baris -baris puisi yang hanya dia saja fahami. Ramai yang ingin didengari tetapi tiada yang sanggup mendengar. Meluahkan tanpa mengungkapkan adalah satu cara melepaskan sesuatu tanpa menyakiti siapa pun.
“Dah ke?” soal Kausar memandang Qaireen yang masih menatap buku yang baru dibelinya.
“Dah...” Qai mengangguk sambil mengukirkan senyuman manis kepada Kausar
“Terima kasih sebab teman aku harini, lepas ni aku belanja kau makan amacam”
“My pleasure babe, aku pun dah lapar sangat ni.” Sambil Kausar meletakkan tangan di atas perutnya
Jujur Qaireen bersyukur mempunyai sahabat seperti Kausar di sisinya, biarpun kadang perangai Kausar tak ubah seperti budak-budak. Tapi bila tiada si Kausar sendu hidupnya.Setibanya di kedai makan Kausar mendapat satu panggilan telefon dari Faiz. Kausar mengangkat panggilan tersebut dan mukanya kelihatan gelisah. Qaireen hanya mendiamkan diri dan masih memandang menu di hadapan. Kini Kausar meletakkan panggilan dan berbisik di telinga Qaireen.
“Qai aku minta maaf, Faiz ajak aku makan, aku sumpah lupa bagitahu dia yang harini aku keluar dengan kau.” Kausar bisik perlahan dan nadanya sedikit sedih.
“It’s okay, takpe kau pergi je, aku boleh makan sendiri.” Qaireen memandang dan menepuk bahu Kausar dengan lembut.
“Aku minta maaf sangat, aku pergi dulu”
“Jumpa kat bilik malam nanti.” Kausar beredar sambil membuat gaya flying kiss.
Kausar meninggalkan Qai seorang diri di situ. Jadi Qaireen meneruskan juga untuk makan di sana biarpun tanpa Kausar. Qaireen sudah terbiasa makan,minum, dan keluar sendiri jadi dia tidak terlalu kekok. Sendiri itu tenang tapi sepi.
Selesai sahaja makan Qaireen mengambil keputusan untuk menunaikan solat Asar di surau mall berdekatan kerana dia sibuk akan hal duniawi sehingga terlupa menunaikan solat di awal waktu. Ibunya pernah berpesan, jangan pernah tinggalkan solat walau sesibuk apa pun kita kerana solat itu penting dan itu adalah cara kita dekat dengan Allah SWT.
Nabi SAW bersabda dalam hadis sahih Riwayat al-Tirmizi: “Perkara pertama yang akan dihisab pada diri seseorang pada Hari Akhirat daripada sekalian amalanya ialah solatnya. Jika solatnya baik maka dia akan berjaya dan menang, jika solatnya rosak maka dia akan rugi serta menyesal.”
Qaireen melangkah masuk ke dalam surau dengan kaki kanan dan berniat untuk menunaikan solat di sana sebelum pulang. Baru saja dia ingin melepaskan jam tangan di tangan kirinya dia terdengar bunyi yang kuat dari tempat wuduk lelaki, di ikuti dengan suara mengerang kesakitan. Tanpa berlengah, laju Qaireen menuju ke arah suara tersebut.
Sesampai saja di sana kelihatan seorang pakcik dalam lingkungan umur 50-an terbaring di ruang wuduk tersebut. Qaireen terus melangkah masuk dan pergi membantu pakcik tersebut untuk duduk secara perlahan-lahan. Suasana surau pada waktu itu sunyi kerana sekarang belum masuk waktu Maghrib lagi, malah Asar juga telah lama lepas.
“Pakcik okay tak ni?” Qaireen bertanya secara lemah lembut sambil masih membantu pakcik tersebut duduk.
“Pakcik nak saya call ambulance tak? ” soal Qaireen lagi dengan nada risau.
“Erghh t..tak perlu cik, tapi boleh tak cik tolong ambikkan telefon bimbit dalam beg hitam di ruangan solat lelaki.” Lelaki tua itu pun bersuara.Qaireen mendengar arahan pakcik tersebut lalu berlalu pergi mendapatkan telefon seperti yang disuruh, walaupun hatinya berat meninggalkan pakcik itu menunnggu di ruangan wuduk berseorang untuk seketika. Qaireen kembali dan memberikan telefon itu kepada pakcik dan duduk di sampingnya.
Pakcik tersebut menyambut telefon dari tangan Qaireen sambil mengucapkan terima kasih, lalu mendail nombor di dalamnya.“Arman... jumpa saya di surau mall yang kamu hantar saya tadi.” Suara pakcik tersebut perlahan kerana menahan kesakitan di kakinya dan dia terus menamatkan panggilan tersebut. Tumpuan Qaireen kini sepenuhnya pada kaki pakcik tadi yang kelihatan sedikit bengkak.
“Saya rasa kaki pakcik terseliuh ni” Qaireen cuba berinteraksi semula.
“Nampak gayanya mcm tu lah” ringkas pakcik tadi menjawab.
Qaireen mengerah seluruh tenaga memapah pakcik itu keluar dari ruang wuduk ke dalam surau supaya pakcik tersebut lebih selesa sementara menunggu bantuan. Badan tua itu disandarkan pada dinding berdekatan pintu masuk surau. Sungguh Qaireen risau akan keadaan pakcik tersebut yang hampir membuatkan dia mati kata.
Hati seorang Qaireen Uzma sangat mudah tersentuh dan sensitif jika berkaitan tentang orang tua, kerana dia tidak dapat membayangkan sekiranya situasi itu terjadi pada ibu bapanya sendiri. Sekuat apa pun dia, orang tua akan menjadi titik kelemahan dalam dirinya.
Dia pergi meninggalkan pakcik itu semula buat kali kedua untuk membeli air mineral di vending machines yang berdekatan. Botol air mineral itu kemudian diserahkan kepada pakcik tadi yang masih kaku di tempat yang sama. Selepas beberapa tegukan yang membasahi kerongkong pakcik itu bersuara semula,
“Terima kasih cik...”
“Qaireen...” balas Qai sambil tersenyum.Tidak lama kemudian terdengar satu suara memberi salam di pintu surau. Sosok seorang lelaki yang berpakaian kemas itu terus pergi ke arah kami.
“Apa yg dah jadi ni Tuan Khalid?” tegas lelaki itu bertanya dan menjeling ke arah Qai dengan jelingan yang tajam.
“Khalid? Huhh sound familiar...” kata Qaireen dalam hati.
“Saya tergelincir dalam tempat wuduk, nasib baik ada cik Qaireen yang tolong.”
Entah kenapa Qai merasa malu bila namanya disebut oleh Encik Khalid di hadapan lelaki itu.“Kalau tak salah tadi pakcik ada sebut nama Arman... so dia ni ke?” tanya Qaireen polos
“Ya, Arman... he’s my personal assistant”
Arman membantu Encik Khalid berdiri. Sebelum meninggalkan surau tersebut Encik Khalid sempat mengucapkan terima kasih kepada Qaireen di sampingnya. Dia agak kagum dengan tingkah laku gadis itu yang gigih membantu. Perkara ini menyebabkan dia terkenang akan satu sosok yang di sayang.
“Benda kecik je pakcik, takkan saya nak biarkan pakcik terbaring dalam sana sampai subuh pulak kan” Qaireen menjawab dalam nada bergurau.
Usai sahaja Arman membawa Encik Khalid pergi dari surau Qaireen terus tergesa-gesa mengambil wuduk dan meneruskan tujuan sebenar dia ke sana.
YOU ARE READING
EKAHALA (OG)
RomanceJalan baharu buat Qaireen Uzma, meninggalkan keluarga demi masa depan dan cita-cita. Perjalanan yang penuh dengan pertemuan-pertemuan yang tidak di jangka. Kewujudan Qaireen Uzma sangat disenangi oleh orang sekeliling tapi bukan pada insan yang berg...