Puan Fatimah sedang asyik memasak di dapur bersama Kak Sari. Hidangan makan malam kali ini special sedikit dari hari-hari sebelumnya. Maklumlah anak bongsu Puan Fatimah dan Encik Khalid akan balik untuk cuti semester ini. Puan Fatimah yang tadi sibuk memotong sayur tiba-tiba merasa ada tangan yang melingkar di pinggangnya. Belum sempat Puan Fatimah menoleh ke belakang pipinya pula jadi mangsa ciuman. Ini tidak lain tidak bukan mesti anak bongsunya. Manjanya tak bertempat.
“Amboi budak ni, kenapa tak bagi salam?” Puan Fatimah menegur anaknya itu, perhatiannya masih pada papan pemotong.
Kausar yang berdiri di belakang Puan Fatimah menjarakkan diri. Kini Kausar berdiri betul-betul di sebelah Puan Fatimah.
“Assalamualikum syurgaku.” Kausar tergelak kecil melihat muka ummi berubah merah setelah mendengar salam yang diberikan olehnnya.
“Waalaikumussalam sayang um...” Reaksi Puan Fatimah berubah terkejut selepas mengalihkan pandangan pada anak bongsunya. Pisau yang dipegang diletakkan perlahan-lahan di atas papan pemotong. Perasaan gembira dan sebak menerpa lubuk hati Puan Fatimah.
“Kausar tahu ummi terkejut tapi tutup lah mulut tu, kang masuk lalat.” Kausar tahu apa yang sedang difikirkan oleh Puan Fatimah pada ketika itu.
“MashaAllah cantiknya anak dara ummi ni.” Kedua-dua belah tangan menyentuh lembut pipi Kausar. Mata Puan Fatimah kelihatan berkaca, terharu barangkali melihat perubahan Kausar yang memakai tudung. Termakbul akhirnya doa Puan Fatimah untuk melihat anak perempuannya menutup aurat dengan sempurna. Sesungguhnya Allah SWT maha mendengar doa hamba-hambanya, dan maha berkuasa membolak-balikkan hati manusia.
“Ummi suka tak?” Kausar berpusing ala-ala princess di tepi Puan Fatimah.
“Mesti lah ummi suka sayang.” Senyuman manis tak lekang dari bibir Puan Fatimah sejak tadi.
“Kamu pergi lah berehat dulu kat atas, malam nanti kita makan sama-sama.” Puan Fatimah tidak mahu bertanya lanjut berkenaan perubahan drastik anaknya itu, cukup dia tahu Kausar sudah berubah ke arah yang lebih baik.“Betul ni ummi taknak Kausar tolong?”
“Takpe mesti Kausar penat kan, biar ummi dengan Kak Sari yang masak.”
Kausar hanya mengangguk, ciuman kedua diberikan ke arah pipi Puan Fatimah. Boleh dikatakan Kausar seorang yang jarang masuk ke dapur, tapi kalau sudah datang mood rajin auto tak keluar-keluar dari dapur. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi , ya kan?
Kausar terus naik ke biliknya yang berada di tingkat atas. Pintu dibuka perlahan. Keadaan biliknya masih sama. Kemas dan teratur,oleh kerana tiada siapa yang berani masuk ke dalam biliknya tanpa kebenaran kecuali...
Kausar teringat kembali misi utama dia balik cuti semester kali ini. Dia yakin kali ini rancangannya akan berjaya.
Kausar cepat-cepat mengambil telefonya dan mendail satu nombor yang sering dia hubungi.“Assalamualikum...” Kausar memberi salam selepas mendengar panggilan itu diangkat. Namun tiada sahutan di hujungnya.
“Tak jawap dosa tau.” Kausar sekadar mengusik .“Waalaikumussalam, kalau nak duit nanti abg transfer” satu suara serak kedengaran di hujung talian.
“Bukan pasal duit lah, tp kalau abg nak bagi boleh je, kecil tapak tangan,satu stadium bola adik tadahkan.”
“Cehh, ye lah... haa nak apa” malas melayan kerenah Kausar. Tapi jauh di sudut hati dia rindu perangai tiga suku adiknya itu.
“Bila abg nak balik sini, dah tak rindu kat adik ke” Suara Kausar menerpa deria pendengarannya dengan cukup jelas.
“Mesti lah abg rindu, abg rindu semua orang, lagi-lagi adik abg yang tiga suku ni”
“Esok abg kena balik tau, hari ahad abg cuti kan?” Kausar memulakan misinya.
YOU ARE READING
EKAHALA (OG)
RomanceJalan baharu buat Qaireen Uzma, meninggalkan keluarga demi masa depan dan cita-cita. Perjalanan yang penuh dengan pertemuan-pertemuan yang tidak di jangka. Kewujudan Qaireen Uzma sangat disenangi oleh orang sekeliling tapi bukan pada insan yang berg...