Setibanya di rumah agam milik Encik Khalid, Arman tidak kekok membantu Encik Khalid dengan memapahnya ke ruang tamu. Badan Encik Khalid di sandarkan pada kerusi berhampiran sementara Arman mengambil beg kerja Encik Khalid yang masih berada di dalam kereta.
Mindanya masih memutarkan peristiwa sebentar tadi. Terukir senyuman di bibirnya. Sungguh hari ini sangat memenatkan tubuh badan dan fikiran. Yang jelas, raut wajah gadis itu tidak akan dia lupakan.
"Abang..." Panggilan manja itu menyapa telinga sebaik saja Encik Khalid masuk ke rumah.
"Macam mana abang boleh terjatuh sampai macam ni sekali" dengan nada sedikit tegas.
Perhatian Encik Khalid beralih kepada isterinya yang masih memakai apron bermotif bunga itu.
Puan Fatimah memang merupakan seorang yang sangat rajin di dapur. Ada saja resepi baharu yang ingin dicubanya. Walaupun mereka mempunyai pembantu rumah, ianya tidak menghalang Puan Fatimah dari masuk ke dalam dapur rumah mereka.
Memasak adalah hobinya, lebih-lebih lagi di rumah kini kosong tanpa penghuni kecuali dia dan Kak Sari pembantu rumah itu pada waktu siang. Suaminya sibuk bekerja begitu juga dengan anak sulung mereka yang sudah hampir 2 tahun tidak menjejakan kaki di rumah agam itu atas alasan kerja. Hendak dilarang tapi itulah impian anaknya dari kecil, untuk berkhidmat kepada negara. Anak bongsunya pula masih melanjutkan pelajaran di universiti tempatan.
"Nak buat macam mana, dah takdir sayang..." Encik Khalid memandang wajah isterinya dengan penuh rasa cinta.
Dia tahu isterinya pasti risau akan kecederaan yang dialaminya ini biarpun tak teruk mana. Lantas Encik Khalid menarik lengan isterinya dan dibawa ke samping.
"Sikit je ni, lepas tengok muka sayang abang ni, auto dah tak sakit dah." Usik Encik Khalid. Tak semena-mena laju jari Puan Fatimah mencubit pinggang suaminya itu.
"Ishh... mengada, baik saya sambung masak kat dapur daripada melayan perangai awak ni"
Belum sempat Puan Fatimah berdiri, tangannya kini di pegang erat. Wajah Encik Khalid kini berubah agak tegas kerana ingin bertanya soalan penting.
"Anak kesayang awak dah call ke belum?" Soalan yang acapkali diucapkan oleh Encik Khalid.
"Hmmm ada, tapi macam selalu dia kan sibuk, jadi dia cakap tak pasti dapat datang ke tak waktu tu nanti"
"Busy mengalahkan menteri, walhal masih bekerja dalam negeri, masih boleh melawat kita, ini tidak..." Sinis jawapan dari Encik Khalid.
Egonya masih menguasai tapi dia tidak dapat menipu rasa rindunya pada Kasy."Abang jangan lah macam ni, insyaAllah nanti saya cuba pujuk Kasy lagi untuk datang balik ke sini... "
"Dua tahun Timah! Dua tahun awak cakap benda yang sama..." Suara Encik Khalid seakan menahan amarah
dan sebak."Kita tunggu adik dulu ye abg... nanti kita fikir lagi cara lain untuk pujuk Kasy balik semula ke sini"
"Adik akan balik cuti sem nanti, dia kata dia tahu cara untuk suruh Kasy balik... Kita tunggu dan lihat saja." Puan Fatimah merangkul lengan suaminya.
Qaireen duduk menghadap laptopnya sambil mata masih melihat fail dan kertas proposal di atas meja. Sudah sejam dia di sidai oleh Ikram. Panggilan telefon dan pesanan ringkas langsung tidak di balas. Kepala Qaireen terasa semakin berdenyut, matanya makin berat.
"Mamat ni memang nak kena dengan aku, dia ingat aku ni ikan kering ke nak main sidai-sidai." Qaireen mengeluh dalam hatinya. Baru sahaja Qai memejamkan mata untuk tidur sebentar, tiba-tiba terasa ada ketukan kasar pada meja yang menyedarkannya.
"Kalau nak tidur baik tak payah datang sini." Suara kasar seseorang menegur.
Kini mata Qai memandang sosok tubuh seorang lelaki di depan nya. Qai hanya memberikan senyuman senget pada lelaki itu."Asal tak datang esok je, tak yah datang terus pun takpa." Mengharapkan sindiran itu didengar jelas oleh Ikram.
"Kau memang jenis tak pandai bersyukur ehh"
"Aku datang ni pun dah kira bagus."
Ikram mebalas dengan suara datar sambil menarik kerusi di samping Qaireen."Benda yang aku suruh tu kau dah siapkan ke"
"Setakat borang temu bual tu celah gigi je lah minah"
"Alhamdulillah lah kalau macam tu"
"Memandangkan kau cakap celah gigi je, jadi aku rasa takde hal untuk kau buat kan, Mohd Ikram. " Aku senyum sinis dan memandang tepat pada matanya.Buat kali pertama aku menatap mata milik Ikram dalam jarak dekat. Anak matanya berwarna hazel. Seketika aku terkaku, memandang sepasang mata yang unik itu. Patutlah jadi kegilaan ramai. Cuma satu saja masalah utama, perangai !
"Minah, lepas ni kau nak balik dah ke?" soalan spontan Ikram menyedarkan lamunan.
Jam di tangan aku menunjukkan pukul 6:29 petang . Suasana di perpustakaan petang itu, agak sunyi.
"Haah balik." Sambil aku mula mengemas barang-barang di atas meja tersebut.
"Sorang?"
"Haah, takkan berdua pulak." Qai bangun dari tempat duduk.
"Hati-hati, kalau jatuh bangun sendiri."
Aku hanya menghadiahkan senyuman. Tak sangka hubungan aku dan Ikram semakin rapat sehingga mampu bergurau seperti ini. Ikram tak teruk mana seperti yang mereka katakan. Mungkin kadang dia menyakitkan hati tapi dia baik.
"Minah..."
"Sekali lagi kau panggil aku minah, aku tak teragak-agak nak sepak kau."
Punya lah cantik nama Qaireen Uzma ayah aku letak, senang-senang je dia tukar nama aku Minah."Tak nak, aku tetap nak panggil kau minah, baru special sikit" Ikram menahan ketawa.
"Special apa jadah, kau ingat aku ni nasi goreng ke, nak special bagai."
Terhambur juga tawa Ikram.
YOU ARE READING
EKAHALA (OG)
RomanceJalan baharu buat Qaireen Uzma, meninggalkan keluarga demi masa depan dan cita-cita. Perjalanan yang penuh dengan pertemuan-pertemuan yang tidak di jangka. Kewujudan Qaireen Uzma sangat disenangi oleh orang sekeliling tapi bukan pada insan yang berg...