BAB 2

126 27 0
                                    

Seperti selalu Qaireen bersiap untuk pergi berjogging di sekeliling taman kolej kediaman pelajar. Perkara tersebut merupakan salah satu cara buat Qaireen menenangkan fikiran yang kusut.

Sewaktu berjogging kepalanya masih terngiang perbualan bersama Dr.Syed di pejabat sebelum pulang tengah hari tadi. Dek kerana tidak berpuas hati Qaireen memberanikan diri untuk berjumpa dengan Dr.Syed bersendirian. Kalau harapkan si Kausar untuk menemani, memang tidak lah jawabnya. Asyik-asyik berkepit dengan pujaan hati, dari pagi ke petang. Apa yang istimewa sangat pada Faiz pun dia tidak pasti. Pada pandangan mata Qai, Faiz sama saja seperti lelaki lain, rambut hitam pekat, dua mata, dua telinga, senang kata cukup semua sifat.

Qaireen menarik nafas panjang sebelum mengetuk pintu bilik Dr.Syed. Ketukan yang sederhana kuat di berikan cukup sekadar memberi tahu bahawa kewujudan dirinya di luar pintu bilik Dr.Syed.

''Masuk..'' Suara garau Dr.Syed menerpa pendengaran Qaireen. Lantas pintu tersebut dibuka dengan penuh berhati-hati dan setiap langkah diatur dengan penuh tertib menuju ke meja Dr.Syed . Sedangkan dalam hati hanya tuhan saja tahu, lutut pun rasa lemah saja.

''Maaf kalau saya mengganggu masa Dr, sebenarnya saya nak berbincang pasal sesuatu.''. Tidak berlengah Qaireen terus menyuarakan isi hatinya.

''Duduk..'' Arah Dr.Syed tanpa basa basi

''Ini mesti pasal tugasan berpasangan yang saya agihkan tadi kan?''

''Bagitahu saya cik Qaireen Uzma apa yang awak tak puas hati dengan tugasan tu..''

Rasa menyesal pula dia datang tanpa Kausar tadi. Mendengar suara Dr.Syed sudah buatkan dia rasa ingin pulang. Jauh sekali ingin menatap mata yang dari memerhati gerak gerinya itu.

''S..sebenarnya saya tak ada masalah dengan tugasan tu, cuma... pasangan saya tu..'' Qaireen cuba memberanikan diri untuk mengeluarkan suara yang dari tadi tersekat di kerongkongnya.

''Ikram?''. Soal Dr.Syed sambil mengangkat sebelah keningnya.
Qaireen hanya mengangguk, dan kembali bermain jarinya di bawah meja. Berkali-kali air liur ditelan. Entah apa yang bakal Dr.Syed katakan.

''Awak ada masalah dengan Ikram?'' Soal Dr.Syed

''Saya rasa saya tak perlu jelaskan apa-apa, sebab saya yakin mesti Dr dah tahu perangai Ikram tu macam mana''.

''Saya tahu dia perangai macam mana,dan sebab itu saya letak kamu berdua dalam satu kumpulan, saya harap awak dapat bantu Ikram dalam tugasan kali ni. Awak jangan risau saya dah beri amaran pada Ikram, sekiranya dia tak beri sebarang kerja sama dalam menjalankan tugasan kumpulan kali ni saya tak teragak-agak untuk kenakan tindakan tatatertib''. Ujar Dr. Syed dengan penuh yakin.

"Saya percayakan kamu untuk tolong dia lulus kali ini Qaireen" Tambah Dr.Syed lagi.

Qai menarik nafas panjang, dia tahu tak ada guna bertekak dengan Dr.Syed.

''Kalau macam tu saya minta diri dulu..''

Setelah hampir 15 minit berjogging, Qaireen pun mengambil keputusan untuk duduk di bangku taman berhadapan dengan tasik kolej kediaman pelajar di situ. Di sinilah dia akan menghabiskan masa setiap petang. Earphone dipasang ke dua-dua belah telinganya dan mata dipejam rapat.

Jika hari yang terakhir
Izinkanku mendengar suaramu lagi
Jika hari ini
Ku menghembuskan nafas terakhir
Pedulikah kamu

Air mata Qaireen mengalir tanpa disedari. Rasa rindu pada ibu ayah tidak dapat diungkap. Setakat panggilan dari telefon tidak dapat melunas kan rasa rindunya. Dia ingin merasa dakapan hangat ibunya, gurau senda ayahnya..

''Qai, kau kenapa ni..?''. Satu suara menerpa dan mengejutkan Qai dari terus hanyut dengan fikiran sendiri.
Saat membuka mata jelas sosok seseorang sedang duduk di sebelahnya. Dari suara sudah dia cam itu pasti Kausar. Pantas Qai menyeka air matanya.

''Takde apa-apa lah, aku just dengar lagu pastu teringat kat ibu ayah aku je''.

''Ishh jangan lah sedih-sedih, aku kan ada'' Kausar menyandarkan kepala di bahu Qaireen

''Aku dah anggap kau macam saudara aku dah Qai, lagi satu kau kena bersyukur dapat kawan yang cantik, baik, lawak, penyayang dan sewaktu dengannya''. Kausar mencuit pipi Qai sambil ketawa halus yang membuatkan Qai tersenyum semula.

''Iye lah, aku patutnya beruntung dapat kawan yang otak tiga suku macam kau kan''

"By the way , macam mana tadi dating dengan Faiz?"

"Qai tadi Faiz..." Kausar menukar riak wajah sedih.

"Ni kenapa pulak, Faiz buat apa, baik kau cakap kat aku sebelum aku sendiri yang tanya dia?" Qai sememangnya tegas sekiranya ada orang yang ingin menyakiti kawan baiknya itu.

''Sebenarnya...Faiz...ajak ...aku...kawin!"

"Jap like seriously?!". Qaireen menutup mulutnya agar tidak menjerit.
Kausar menunjukkan cincin di jari manisnya. Di tambah pula cincin tersebut adalah cincin dari Tiffany & Co. yang harganya mencecah ribuan ringgit.

"Parents kau dah tahu belum?"

"Cuti sem nanti aku bagitahu, sebab sekarang tengah busy, kau janji dengan aku, ni rahsia kita berdua je" Kausar memeluk lengan Qaireen. Qaireen hanya mengangguk.

"Asalkan kau tak buat benda pelik-pelik, jaga diri kau elok-elok, aku tumpang gembira."

"Dah jom balik dah lewat dah ni, kau dah janji dengan aku yang esok nak teman pergi SIBF kan" Saja Qai mengingatkan takut masa bersama Kausar dicantas lagi oleh Faiz.

Kausar hanya mampu tergelak melihat riak wajah Qaireen yang jelas terpapar kerisauan.

"Sure..." Ringkas Kausar menjawab.

EKAHALA (OG)Where stories live. Discover now