P R O L O G

213 11 6
                                    

2019

Gadis muda yang sudah disolek tipis dan berpakaian serba putih susu itu hanya diam duduk bersimpuh diatas kusyen nipis yang juga berona senada.

Gelisah.

Semua wanita yang berada ditempatnya pasti merasakan perkara yang sama.

Apalah sangat gadis semuda dia tahu dan faham. Tahu, mungkin. Namun faham?

Matanya melingas dan anak mata itu bergetar dengan dada yang gemuruh hebat. Terasa nak menangis pun ada. Mulalah datang hasutan dalam kepala yang mula mempersoalkan wajar tindakannya.

Namun, mulut terkunci rapat. Gadis seusianya berpusu-pusu menghantar permohonan UPU dan sibuk merancang kursus apa yang bakal diambil selesai SPM. Meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Meneruskan cita-cita dan impian.

Tapi, dia?

Disini menanti penuh resah. Liur terasa kesat hendak ditelan. Semakin gugup bila mata terpandang sekilas belakang tubuh tegap yang bakal dinikahinya harini.

Sudah berapa kali zikir dan selawat diulangnya cuba menenangkan hati. Sedang fikiran terganggu, dia tersentak kecil bila tangannya digenggam dan dielus. Mata merenung tangan yang menggenggam lalu dia mengalih pandangan kearah sosok yang tersenyum manis menatapnya dengan pandangan redup disebalah.

"Selawat. Ibu ada." Ringkas. Tapi mampu memberikan sedikit kehangatan yang sesekali menenangkan. Dibalas genggaman si ibu dengan senyuman nipis.

Ya. Dia cuba.

"Saya rasa kita boleh mula. Bapa pengantin perempuan sebagai wali akan melakukan lafaz akad manakala pengantin lelaki akan melakukan lafaz kabul. " Suara kadi berjaya membuatkan gugup yang mula mereda kembali menggila.

"Bismillahirrahmanirrahim..." Gadis itu menunduk dan menggenggam jemari menahan rasa bercampur-baur yang bertandang. Tapi, sebak yang paling menguasai ketika ini.

"Aku menikahkan kamu dengan anakku..."

"Aku terima nikahnya..."

"Sah?"

"Sah."

Maka, termeterai ikatan sah dengan sekali lafaz.
Gadis itu yang masih termangu-mangu tidak tahu hendak beriak apa disedarkan dengan rangkulan dari ibu yang mendakapnya erat tiba-tiba. Semuanya bagai mimpi dan pantas tanpa sempat dihadam.

"Alhamdulillah, anak ibu dah jadi isteri. Jaga diri, jaga maruah suami. Ingat, walaupun tak ada perasaan dalam hubungan yang baru bermula, Allah tu tak kejam nak biarkan hubungan halal lagi diberkati berlangsung tanpa cinta dan kasih-sayang. Semua tu datang dengan usaha dan sabar. Paling penting, bersangka baik dengan aturan Allah, ya sayang?"

Wajah polos dan manis itu dielus. Tanpa sedar, kata-kata si ibu berjaya menjatuhkan air mata yang sekian tadi ditahan sebaknya.

"Terima kasih ibu." Dikucup tangan tua yang membesarkannya itu penuh hormat.

Tanpa sedar, pengantin lelaki sudah mendekat dan mula melabuhkan duduk didepan pengantin perempuan. Gadis itu masih tidak berani untuk memanggung kepala menatap wajah lelaki yang kini bergelar suami.

Lelaki itu menghulur tangannya meminta untuk menyarungkan cincin.

"Tangan." Perlahan suara parau itu memecah gegendang telinga. Si gadis menghulur walaupun jelas bergetar tangan kecil itu.

Proses sarung cincin dan bacaan taklik berjalan lancar. Kini, semua tetamu yang jumlahnya tidak terlalu ramai sudah bergerak ke khemah untuk makan. Gadis itu memutuskan untuk duduk bersendirian dimeja dapur.

Akhirnya, ada juga ruang untuk bernafas. Semua orang berada didepan dan dia selesa berada disitu melayan perasaan.

Bukan tidak rela. Malah dia juga setuju dengan semua ini. Setuju? Entahlah.

Seorang gadis yang baru melepasi usia 18 tahun dan masih didalam jagaan kedua orang tuanya, apa saja pilihan yang diberikan bila hal-hal sebegini terjadi.

Mahu berkata tidak?

Memberontak?

Lari rumah?

Maaf. Dia tidak dibesarkan untuk berkelakuan sebegitu. Malah untuk status yang baru disandangnya ini, tiada yang menggertak dan mengugut untuk membuangnya daripada nama keluarga.

Cumanya, lumrah bila kadang-kadang orang yang lebih dewasa menentukan keputusan sesuatu perkara besar untuk anak-anaknya. Jadi, pilihan sianak hanyalah akur kerana garam yang dijamahnya masih belum cukup untuk dia memahami dunia yang pelbagai perisa.

Air putih Coway yang bersisa didalam cawan diteguk habis.

Sret,

Gadis itu tersentak lalu kejung bila lelaki yang baru menyandang status suaminya menarik kerusi dan duduk bersebelahannya.

"Kau ok?" Soalnya ringkas. Gadis itu kembali terkulat-kulat menunduk dan mengangguk ringkas. Mulut masih terkunci rapat. Jejaka itu menghela nafas berat.

"Macam abang cakap haritu, kau jangan risau. Jadi isteri aku tak bermakna kau perlu jalankan tanggungjawab kau. Abang tak minta semua tu. Cukup kau jaga dan asuh Hana macam yang kita bincang." Sekali lagi dia mengangguk.

Itulah hakikat perkahwinan ini. Dimana dia diperlukan kerana bersebab. Mendengarkan itu, tidaklah kasar apantah lagi menyakitkan hati. Tapi, tidak tahu kenapa jauh disudut hati kecil gadis itu, terasa ditoreh. Tidak teruk tapi agak berbisa.

Sekali lagi dia terkedu bila jari kasar sisuami menarik lembut dagunya untuk memanggung kepala dan bertatapan. Tidak menjangkakan tindakan itu dia hanya mematung dan menurut.

"Cantik kau hari ni. Nampak dewasa. Terima kasih sebab sudi tolong abang, Nala."

S U R I N A L A [SUPER SU]Where stories live. Discover now