B A B 3

115 17 2
                                    

"Hah!"

Tegak duduk Surinala. Matanya basah. Tangan mengelus pipi dan dia mula berkerut bila melihat tapak tangan sendiri. Dia menangis?

"Hang pasaipa Nala? Okey dak?" Soalan Iznik Danira membuat Surinala tersedar dengan keadaan sekeliling. Nafasnya cuba disusun tenang.

Dia menggeleng kepala perlahan.

Mimpi? Jadi, itu mimpi rupanya.

"Hang mengigau sebut Hana. Hang betul-betul okey ka ni? Mimpi apa?" Soalan Iznik yang bernada risau membuatkan dia terkedu. Jadi, dia memang menggumam nama Hanania semasa mengigau tadi?

"Aku... sebut nama Hana?" Iznik melepaskan keluhan. Bukannya menyoal tapi lelah memikirkan mimpi tadi.

Kenapa berbekas sangat?

"Cuba hang habaq dekat aku hang mimpi apa pasal dia?" Suara Iznik berbaur tegas menyoal. Tapi tidaklah terlalu mendesak kalau Surinala memang tidak mahu bercerita.

"Aku mimpi dia tak suka aku dan dia panggil aku..." Dia menggeleng kepala tidak sanggup meneruskan ayat.

Fikirannya menerawang mengingati mimpi yang baginya ngeri dan tidak mahu ianya berulang mahupun menjadi kenyataan sama sekali.

Surinala duduk agak berjarak menyaksikan Hanania bermain rumah patung bersama Elias. Kanak-kanak itu tidak sedikit pun menghiraukan dia disitu.

Sebak Surinala bila merasakan kehadirannya seakan tidak diundang oleh mereka sekeluarga. Dengan Hanania yang seakan dingin layanannya. Lagi menambah rasa kekok bila dia hanya duduk menekur lantai sesekali melilau mata tanpa dihiraukan sesiapa.

Macam halimunan pun ada.

Tapi dia cuba bersangka baik. Hanania masih kecil dan ini baru pertama kali mereka bersua muka sejak beberapa tahun. Pastilah anak kecil itu tidak hairan dan kekok.

Surinala mengigit bibir bawahnya. Dia tidak betah. Rasa perlu melakukan sesuatu untuk menarik perhatian Hanania.

Melihat Elias yang bangun menuju ke bilik, dia merasakan inilah peluangnya untuk meluangkan masa dengan Hanania berdua.

Kaki diatur mendekati Hanania yang ralit meletakkan anak patungnya diatas katil miniatur tersebut. Sejurus menghampiri, dia melabuhkan duduk diatas lantai.

"Hai Hana..." Mukadimahnya cuba menarik perhatian.

Malangnya Hanania terus bermain sendiri tanpa menghiraukan Surinala. Wajah kanak-kanak itu ketat.

Semakin sentap dirasakan tapi dia usirkan rasa itu. Tangan naik mahu menyentuh bahu Hanania.

"Don't touch me, you homewrecker!"

Tergamam usah dikata. Membulat mata Surinala mendengarkan jerkahan dari bibir anak kecil seusia itu. Lagi-lagi Hanania.

Hanania bangkit dari duduknya.

"Semuanya disebabkan kau! Kau punca aku dengan Elias tak bahagia! Kau memang..."

Wajah Hana...

Kenapa wajah Hana–

Surinala meraup juraian rambut tebal megurainya kebelakang. Dicengkam sekilas lalu dilepaskan.

Gila. Mimpi itu gila. Tidak pernah-pernah dia bermimpi seperti itu.

Aneh.

Dan paling penting, kenapa wajah Hana berubah. Anak mata Surinala seakan melilau cuba menggali dan memahami logik disebalik mimpinya tadi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 04 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

S U R I N A L A [SUPER SU]Where stories live. Discover now