B A B 1

155 13 3
                                    

London, kini.

"Nala!"

Gadis yang memakai jaket denim bersama dress putih labuh itu menoleh ke punca suara. Seketika bila dia mula mengecam gerangan yang melaungkan namanya, dia melambai-lambai dengan senyuman lebar.

"Dani, Sini sini!"

Gadis berdarah melayu siam asal Kedah yang mesra dipanggil Dani atau namanya Iznik Danira itu berlari pantas seolah-olah mengejar masa sambil menolak bagasi kecil kearah Surinala.

"Weh! Sikit lagi nak putuih nafas aku tadi. Dok nak nampak Izrail dah tadi hang tau!" Siapa pula Izrail ni. Jenuh Surinala memikir.

Botol air pada tangan Surinala terus dicapainya sesuka hati dan diteguk rakus. Surinala juga hanya biarkan. Sudah biasa dengan sikap semberono si Danira.

"Izrail? Siapa?" Surinala menyoal polos dengan dahi berkerut hebat. Budak baru ke?

Berlapis dahi Danira menelan tegukkan terakhir mendengar soalan Surinala lalu dilap sisa air yang meleleh sedikit pada dagunya.

"Hang ni la Nala... lurus bendui sungguh. Izrail hat malaikat maut maksud aku! Punya mengah aku lari turun teksi tadi pikiaq tak dan dah." Disua tangannya pada Surinala. "Mai minyak wangi hang sikit. Dok berasa bau pekasam dah aku ni."

Surinala tergelak kecil dan menggeleng kepala dengan sifat kelam kabut Danira. Mulut tu pun bukan main macam bertih jagung tak sudah-sudah membebel.

Diseluk kedalam beg tangan dan sebotol kecil minyak wangi bauan fresh powdery kegemaran Surinala diletakkan diatas tapak tangan Danira. "Nah."

"Masheh..." Disembur ala kadar dan dipulangkan semula "Dah jom!"

Keadaan St Pancras International sangat sesak dengan mereka yang pulang untuk cuti panjang musim bunga.

Kedua gadis itu juga menggunakan peluang tempoh cuti panjang tersebut untuk berjalan ke Perancis. Lokasi tipikal sesiapa saja yang belajar disitu. Pastilah mengambil peluang menaiki tren yang jauh lebih murah ke negara tetangga bumi Queen Elizabeth.

Tempoh cuti musim bunga yang lama daripada April sehingga Jun adalah waktu yang tepat untuk berjalan-jalan. Tapi, itu tidak terjadi kepada Surinala yang perlu mengatur masanya disebabkan dia kini ditahun akhir sebagai penuntut jurusan kedoktoran di Queen Mary.

Cuti ini pun dia hanya diberi pelepasan seminggu dan digunakan tempoh 4 hari untuk bersiar-siar ke Perancis. Selepas ini, dia mula sibuk dengan SSC programmenya pula.

Pap!

Terduduk lesu Surinala dan Danira didalam tren apabila puas berasak-asak di pintu check-in tadi. Mana tidaknya, ada yang baru nak beli tiket la, potong queue la, salah platform la macam-macam. Huh!

"Tudia... sakit pinggang nakrey oi. Aku rasa nak hawin mat saleh sekoq tadi dok pi siku kepala aku hish!" Nala hanya tergelak mendengar bebelan yang tak sudah-sudah Dani dengan aksennya lagi. 

"Nala. sat lagi hang gerak aku nah? Aku nak lena sat." Dani yang spesies pantang masuk kenderaan saja terus membuta memang digunakannya sebaik mungkin tempoh 2 jam lebih ini untuk tidur sajalah.

"Kau tidur lah Dani... nanti aku kejut." Balas Nala sambil membetulkan barang yang dibawa dan diletakkan dalam head compartment. "Cantik... sayang hang." Terus Dani laraskan kerusinya separa baring. Beberapa minit berlalu, kedengaran dengkuran halus Iznik Danira.

Nala hanya menggelengkan kepala. Campak ke laut pun mungkin dia boleh terapung tidur budak ini.

Tidak sampai 10 minit, keretapi laju itu mula bergerak menuju destinasi dimana mereka akan turun dia Gare du Nord, Paris.

S U R I N A L A [SUPER SU]Where stories live. Discover now