Prides of Lions.Sebuah kumpulan mafia paling digeruni di Rusia. Mereka menguasai dunia gelap dengan kerja kotor, terlibat dalam perdagangan haram, senjata, dan jenayah yang tiada penghujungnya. Mereka percaya tiada siapa yang cukup berani, apatah la...
Jeritan nyaring bergema di dalam bilik gelap itu. Seorang lelaki terikat pada kerusi besi, tubuhnya penuh dengan kesan luka dan lebam. Darah sudah mengalir di lantai, mewarnai permukaan konkrit yang suram.
Erwin Meadows duduk santai di sofa kulit hitam, jari-jemarinya memegang gelas kristal berisi whiskey. Dia mengangkat gelas itu ke bibirnya, menikmati setiap tegukan sambil matanya tidak lepas dari melihat lelaki yang sedang diseksa.
Harley, salah seorang orang kanan Erwin, mengambil giliran menyeksa lelaki itu. Setiap kali lelaki itu cuba bersuara, satu tumbukan keras hinggap di wajahnya. Kini, wajah lelaki itu sudah bengkak dan hampir tidak dikenali.
Erwin bangkit dari tempat duduknya, melangkah perlahan ke arah lelaki itu sebelum menyimbah whiskey ke atas rambutnya. Bau alkohol yang tajam menusuk hidung lelaki itu, tetapi dia tidak mampu mengelak.
"Aku bagi kau kerja dekat base ni sebab kau miskin dan perlukan duit." suara Erwin tenang, tetapi penuh ancaman. "Tapi kau buat aku hilang kepercayaan terhadap kau."
Tangannya mencengkam kasar pipi lelaki itu, jari-jemarinya menggali ke dalam kulit yang sudah penuh dengan lebam.
"Siapa perempuan tu?" Erwin bertanya, suaranya mendatar tetapi tajam.
Lelaki itu membisu. Matanya merenung lantai, enggan membuka mulut walaupun tubuhnya sudah berada di ambang kehancuran.
"Aku kata jawab!"
Satu tumbukan kuat mengenai rahangnya, membuatkan dia terdorong ke belakang. Batuk kasar keluar dari mulutnya, bersama darah pekat yang menitis ke lantai.
"...S-Saya tak boleh... bagitahu..." suaranya lemah, hampir tidak kedengaran.
Erwin mendengus kasar, bersedia untuk menumbuknya lagi. Namun, sebelum sempat dia menghayunkan tangan—
ZAP!
Mata Erwin membulat. Sebilah pisau panjang telah menembusi leher lelaki itu. Darah memancut keluar, menitis ke lantai seperti air hujan. Lelaki itu terkulai, nyawanya melayang dalam sekelip mata.
"Apa kau buat ni, Valeska?!" suara Adriano meninggi, matanya tajam memandang wanita berambut perang itu.
Valeska hanya tersenyum sinis. Dengan tenang, dia mencabut pisaunya dari leher mayat itu sebelum mengesat darah yang melekat menggunakan kain putih.
"What? Dia tak nak bagitahu, so bunuh je lah." katanya sambil mengangkat bahu, seolah-olah membunuh manusia bukan satu masalah besar baginya.
"Tapi kita boleh paksa dia lagi!" Adriano berang.
"Cukup." suara Erwin memotong. Matanya yang tajam merenung mayat yang terkulai di hadapannya. "Kita boleh cari yang lain."
Dia memberi isyarat kepada beberapa orang bawahan untuk membuang mayat itu ke laut.
"Jadi sekarang, kita nak cari macam mana?" Harley membuka sarung tangannya, membuangnya ke lantai dengan sedikit geram.
Mereka berempat terdiam.
Kemudian, tiga lelaki itu memandang tepat ke arah Valeska.
"Kenapa korang pandang aku macam tu?" Valeska mengangkat kening, tidak selesa dengan senyuman jahat yang mula terukir di wajah mereka.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Beberapa jam kemudian, seorang lelaki lain duduk berdepan dengan Erwin. Tangannya menggeletar, wajahnya jelas menunjukkan ketakutan.
"Nama dia... Emerald," lelaki itu membuka mulut. "Dan dia adalah ketua pasukan pembunuh upahan. Assassin. Tapi kumpulan mana, aku tak pasti... Yang aku tahu, dia sangat berbahaya."
Erwin bersandar, jarinya mengetuk meja dengan irama perlahan. "Jadi dia liar, huh?"
Dia ketawa kecil. Tapi Harley dan Adriano tahu—ketawa itu bukan kerana gembira. Ia adalah ketawa seorang lelaki yang sedang marah.
"Itu sahaja yang kau jumpa?" Erwin menyoal lagi.
Lelaki itu mengangguk perlahan. "Ya, itu sahaja informasi yang aku dapat."
"Bahkan maklumat asas pun kau tak boleh cari?" Erwin mendengus.
"my team cuba godam sistem kerajaan untuk cari maklumat dia, tapi tak ada. Nama 'Emerald' tak wujud dalam mana-mana goverment rekod dengan lebih jelas tentang maklumat peribadinya.bahkan kita semua tidak tahu wajah muka emerald" lelaki itu menjelaskan dengan suara goyah.
"Aku rasa 'Emerald' tu cuma nama samaran." Adriano menyampuk.
Harley mengangkat kening. "Tapi kalau nama dia tak wujud, macam mana kau tahu dia ketua assassin?"
"Sebab..." lelaki itu menelan liur. "Valeska jumpa nama Emerald di dinding salah satu bilik tahanan."
Mata Erwin sedikit membesar.
"saya cari maklumat berdasarkan nama tu, dan hanya dua benda yang keluar—namanya dan jawatannya."
Erwin berdiam diri. Wajah wanita itu masih terukir dalam ingatannya—mata coklat tajam, bentuk tubuh yang lincah, dan cara dia memandang ke arah mereka di rakaman CCTV seolah-olah dia langsung tidak takut dengan mafia.
Dia memejam mata, menarik nafas panjang sebelum berkata, "Maklumat tu tak cukup."
"Selain menyerang pangkalan kita, ada rekod kekecohan lain yang dia buat?" soal Harley.
Lelaki itu menggeleng. "Tak ada. Data Emerald sangat bersih."
Valeska yang sedang menikmati sebiji epal tersenyum sinis. "Assassin tapi rekod dia bersih? Tak pelik ke?"
"Sudah tentu pelik," Adriano mencelah.
Erwin menyandarkan tubuhnya. Senyuman nipis terukir di bibirnya.
"Aku rasa... kita akan dengar lebih banyak tentang kekecohan yang dia bakal buat terhadap mafia lain."
"Aku yakin dia akan serang base mafia yang lain juga" Harley bersetuju.
"Mestilah," Valeska mencelah sambil tersenyum. "Dia dah berjaya buat huru-hara di tempat kita, mesti dia akan teruskan misinya."
Adriano mendengus. "Dan sekarang, semua mafia lain dah tahu tentang kejadian ni."
Erwin mendongak, wajahnya sedikit berkerut. "Maksud kau?"
"Mereka nak buat perjumpaan malam ni" Adriano menjelaskan.
Erwin menghela nafas panjang, sebelum bangkit dari tempat duduknya. "Kalau macam tu, kita kena bersedia."
Mata coklat gelapnya memandang ke luar tingkap, ke arah bandar yang dikuasai oleh mafia.
"Emerald... Kau nak main permainan ni? Fine. Aku akan pastikan kau bermain dengan aku."