POL - 3

71 6 0
                                    


"Boss! Boss!" Salah seorang anak buah Erwin berlari masuk ke dalam bilik, nafasnya masih terengah-engah.

Erwin mengangkat kepalanya dari laporan yang sedang dibacanya. "Hah, kenapa?"

"Boss, base Paul kena serang malam tadi dan... Paul sekarang dalam keadaan kritikal dekat hospital."

Mata Erwin sedikit terbeliak, terkejut sejenak. Namun, beberapa saat kemudian, dia ketawa perlahan sambil menyapu rambut hitamnya ke belakang.

"What a wild woman," ucapnya, bibirnya melengkung dalam senyuman sinis.

"Excuse me?" Lelaki itu terpinga-pinga.

Erwin menggeleng. "Jadi, keadaan Paul macam mana?"

"Badan dia penuh lebam dan luka. Muka dia ada parut panjang dari pipi sampai ke bibir."

Erwin tergelak lagi, kali ini lebih puas. Dalam hatinya, dia merasa lega. Paul akhirnya mendapat balasan yang setimpal.

"Dia dah sedar?" tanya Erwin.

"Belum lagi."

"Bagus."

"Sekarang aku makin tertarik dengan perempuan tu," kata Erwin sambil mencapai sebatang rokok.

"Maksud kau... Emerald?" tanya Harley.

"Oh damn... someone is falling in love~" Valeska mengusik.

"Aku cakap tertarik, bukan suka!" marah Erwin, nada suaranya sedikit meninggi.

"Mana tahu kan... tiba-tiba kau 'suka' dia?" Valeska terus mengusik.

"Kau ni... janganlah asyik menyakat dia. Nanti rambut dia jadi putih sebab stress," sampuk Adriano sambil tergelak.

Valeska dan Adriano ketawa, tetapi Harley hanya mengeluh, sudah lali dengan perangai mereka.

"Sebelum rambut aku jadi putih, lebih baik aku botakkan korang berdua," Erwin menyeringai.

Senjata terakhir Erwin itu terus membuatkan kedua-duanya terdiam. Mereka tahu, kalau Erwin cakap, dia memang akan buat.

"Pukul 11 pagi nanti, seller akan hantar dadah dan senjata. Pastikan semuanya selesai sebelum pukul 5," arah Erwin.

"Eh? Awal betul?" tanya Adriano.

"Aku suruh mereka datang awal sebab lepas ni kita ada kerja lain," jawab Erwin. "Dan korang semua kena ada sekali."

"Kerja apa pulak?" tanya Harley.

Erwin menghembuskan asap rokoknya perlahan, sebelum senyuman sinis terukir di bibirnya. "Kita akan jumpa dengan Caesar."


"Kau gila ke!?" Hawzi bersuara kuat, memandang Emerald yang sedang terbaring di sofa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau gila ke!?" Hawzi bersuara kuat, memandang Emerald yang sedang terbaring di sofa.

"Apa? Aku serius ni" jawab Emerald tenang.

Hawzi mengusap wajahnya, sudah boleh mengagak tindakan Emerald ini akan membawa lebih banyak masalah.

"Kau tahu kan kau akan kena double hell sebab kau kacau Paul?" tanyanya lagi.

"Aku tahu... tapi aku cuma nak ajar dia saja."

"Dan kau nak cakap apa dengan Director nanti?" Angel mencelah.

"Nanti aku terangkan sendiri," Emerald menjawab ringkas.

"Nasib baik Director tu sayang kau. Kalau tak, dah lama kau masuk dalam tanah," sindir Aria.

Emerald tersenyum kecil. "Jangan risau, mereka tak kenal muka aku."

"Risau tetap risau. Kalau kau tertangkap dengan mana-mana ketua mafia, hidup kau memang tak akan tenang," kata Ray.

Emerald hanya tersenyum sinis. "Hidup aku... memang tak pernah tenang."

Semua terdiam. Mereka tahu Emerald bukan sembarangan, tetapi tiada siapa yang benar-benar memahami apa yang dia lalui selama ini—apa yang membuatkan dia begitu dendam terhadap mafia.

Hawzi dan Aria hanya menghela nafas. Mereka lebih memahami kisah silam Emerald berbanding yang lain.



"Next target, Mr. Thomas." Suara tegas Director Luke bergema dalam bilik mesyuarat. "Salah seorang ahli politik yang terlibat dengan kumpulan mafia di bawah Caesar. Dari data dan gambar yang dikumpul oleh Team WildSnake, Mr. Thomas telah membeli tiga pek dadah dari Caesar."

"Nak tangkap atau terus bunuh?" tanya Angel tanpa ragu.

"Tangkap hidup-hidup dan bawa dia ke basement untuk soal siasat," arah Director Luke.

Dia menyerahkan blueprint lokasi kepada Team Black Crows sebelum melangkah keluar dari bilik.

Emerald memandang blueprint tersebut dengan teliti.

"Kita tak boleh masuk ikut pintu utama.Ada pengawal di kawasan luar," kata Ray.

"Dekat mansion tu ada 15 CCTV di setiap penjuru. Ray dan Aria, kau berdua hack semua CCTV dalam kawasan mansion. Hawzi, Angel dan aku akan menyamar sebagai pekerja dalam mansion tu," arah Emerald.

"Once kitaorang dah tahu kedudukan dalam mansion, kitaorang akan update pergerakan Thomas," tambahnya lagi.

"Aku dan Aria akan standby dalam van, hack CCTV dan jaga kawasan" kata Ray.

Emerald mengangguk. "Jangan sampai kantoi. Kita bukan main dengan orang biasa. Thomas ada perlindungan dari Caesar sendiri."

Mereka semua mengangguk tanda faham.

Prides Of LionsWhere stories live. Discover now