+2+

89 10 13
                                    

Beberapa jam yang lalu, Markas TAPOPS-B di Dimensi Komander Boboiboy…

Pedang ais milik sosok misteri itu dan tukul gentar milik Komander Boboiboy berlaga antara satu sama yang lain, Komander Boboiboy cuba untuk bertahan setiap serangan yang dilakukan oleh sosok misteri itu.

"Ceracak kristal!" Sosok misteri itu mengerakkan tangannya dan kristal yang tajam muncul dari lantai terus menyerang.

"Elemen kristal?!" getus Komander Boboiboy sambil dia memecahkan ceracak kristal menggunakan tukulnya.

"Frostfire," sebut sosok misteri itu dan sut mechanya berubah warna lagi.

"Frostfire?!.. Nanti, takkan kau," kata Komander Boboiboy dengan matanya yang terbeliak.

"Kau tahu siapa aku, Boboiboy." Sosok misteri itu memunculkan tombak ais dan api, dia mula serang Komander Boboiboy dengan sangat pantas dan tangkas.

Komander Boboiboy cuba untuk menahan lagi setiap serangan daripada sosok misteri itu, nampaknya setiap serangan daripada sosok misteri itu jauh lebih pakar daripada Komander Boboiboy fikir.

"Tak guna, dia ni dari dimensi mana?!" getus Komander Boboiboy.

"Boboiboy kuasa tiga!" jerit Komander Boboiboy dan berpecah menjadi tiga.

"Heh, berpecah? Adakah kau tidak belajar dari kesilapan kau langsung ke?! Pusaran api dan ais!" Sosok misteri itu memutarkan tombaknya dan pusaran bebola api dan ais mula menyerang ketiga-tiga elemen milik Komander Boboiboy.

"Sinaran gamma!" jerit Komander Gamma dan menembak sinaran gamma pada sosok misteri itu.

Sosok misteri itu tersenyum sinis dan dia menyedut sinaran gamma itu.

"A.. Apakah?!" Komander Gamma terkedu.

"Jadi ini macam ni rupanya jika aku berjaya dan dapat tahap ketiga?" kata sosok misteri itu.

"Bertuah." Suara sosok misteri semakin dengki, seperti sebuah amarah yang banyak di dalam dirinya mula membuak.

Aura berwarna ungu mengelilingi badan sosok misteri itu dan tiba-tiba sebuah pancaran bayang keluar dari badannya ke langit, perlahan-lahan menghasilkan seekor raksasa yang besar di langit.

"Naga bayang?!" Komander Gamma menerbeliakkan matanya.

"Aku takkan benarkan kau hancurkan tempat ni!" Komander Voltra berlari pantas ke arah sosok misteri itu dan ingin melibaskan pedangnya ke arah sosok itu.

Sosok misteri itu menatap ke arah Komander Voltra dan mencekik Komander Voltra menggunakan kuasa graviti.

"Kau lepaskan dia sekarang! Ikatan akar berganda!" jerit Komander Rimba lalu akar yang banyak muncul di bawah kaki sosok misteri itu, melilit badan sosok misteri.

"Heh, adakah kau mahu buat aku ketawa?" Sosok misteri memetikkan jarinya dan perlahan-lahan tenaga milik Komander Voltra disedut.

"Kebolehan ini. Tidak, kau jangan nak ambil dia! Aku takkan benarkan kau pula lakukannya untuk kali kedua! Tembakan gamma berganda!" jerit Komander Gamma dan melepaskan tembakan gamma yang jauh lebih kuat daripada sebelumnya.

"Adakah ianya mengingatkan zaman silam kau?" Sosok misteri itu menggerakkan tangannya ke bawah dan naga bayang menembak pancaran bayang, melawan tembakan gamma milik Komander Gamma itu.

Komander Gamma cuba menguatkan tembakannya lagi tetapi sosok misteri itu sekali lagi menggunakan graviti pemberat menyebabkan Komandar Gamma dan Rimba tersungkur di atas lantai.

"Tewaskan mereka dan bawa Gamma ke aku." Sosok misteri itu memberikan arahan, naga bayang itu terus terbang ke arah kedua-dua elemen itu dan menghabisi mereka sebelum masuk ke dalam badan Komander Gamma.

Komander Gamma menjerit kesakitan apabila perlahan-lahan tenaganya disedut dengan bantuan naga bayang di dalam badannya, perlahan-lahan badannya lesap seperti debu manakala Komander Rimba bertukar menjadi Komander Boboiboy.

Komander Boboiboy tersungkur lemah di atas lantai tetapi dia sedaya upaya untuk merangkak ke arah sosok misteri itu.

"Ka.. Kau, tak guna.. Pulangkan kuasa voltra dan gamma aku.."  kata Komander Boboiboy sambil merentap kaki sosok misteri itu.

Sosok misteri itu menatap sinis ke arah Komander Boboiboy dan memijak tangan Komander Boboiboy menyebabkan lelaki berumur itu menjerit kesakitan.

Sosok misteri itu menukarkan warna sut mechanya menjadi merah. "Sudah lama aku tak rasa kuasa ini," kata sosok misteri itu dengan sinis lalu dia merenjatkan badan Komander Boboiboy sehingga lelaki berumur itu melepaskan kaki dia.

Sosok misteri itu menolak Komander Boboiboy ke tepi menggunakan kakinya dan berjalan ke arah kawan-kawan Komander Boboiboy yang sudah tidak bergerak.

"A.. Apa yang kau nak buat se..karang?! Huh?!" marah Komander Boboiboy.

"Aku nak sesuatu yang aku sudah hilangkan dan kerana kau berjaya mempunyai kuasa elemen itu, aku akan ambil mereka sebagai bayaran."

"Tapi kau ambil dua daripada kuasa elemen aku, tak guna!" marah Komander Boboiboy.

"Aku cuma perlukan kuasa gamma untuk lakukan tugas aku tetapi nampaknya kuasa voltra kau yang sibuk menghalang kerja aku," kata sosok misteri itu.

"Jadi bagi semula kuasa voltar tu!" bentak Komander Boboiboy.

"Sudah terlambat, masa sedang bergerak. Nyawa mereka akan hilang jika aku tidak pantas," kata sosok misteri lalu tangan sosok misteri itu bersinar dan dia memasukkan tangannya ke dalam dada Prebet Gopal, menarik sebuah teras yang bercahaya.

"Ti.. Tidak! Apa yang kau buat?! Jangan kau berani ambil nyawa mereka! Aku tak nak kehilangan mereka!" jerit Komander Boboiboy histeria.

"Diamlah kau, mereka sekarang milik aku!" kata sosok misteri itu sebelum dia merenjat badan Komander Boboiboy sekali lagi.

"Oh, sebelum aku lupa. Kalau kau cuba cari aku, ingat pesanan aku. Berpecah membuat kau lemah, Boboiboy." Kata-kata itu membuatkan Komander Boboiboy terasa seram sejuk, seperti sebuah mimpi ngeri kembali menghantuinya.

Kata-kata itu menjadi kata terakhir yang didengari oleh Komander Boboiboy sebelum dia kehilangan kesedarannya apabila dia berkali-kali direnjatkan oleh sosok misteri itu.

>> The Mourning Soul <<

"Berpecah membuat kau lemah.. Bukan ke itu ayatnya?"

"Ya, Retak'ka. Aku yakin kali ini dia bukan musuh biasa-biasa, mungkin dia juga salah satu daripada kita tetapi dimensinya jauh lebih berbeza daripada kita semua. Meniru cara lawan seperti Retak'ka." Komander Boboiboy memberi keterangan.

"Tetapi adakah kau tahu dia dari dimensi mana?" soal Boboiboy lagi.

"Tidak tetapi aku tahu siapa yang lebih arif tentang ini dan aku benci nak beritahu namanya," balas Komander Boboiboy.

"Siapa?" Boboiboy mengerutkan dahinya.

"Sisi jahat kau," kata Komander Boboiboy dengan nada serius.

Boboiboy terdiam seketika. "Oh tidak! Tidak! Aku takkan minta bantuan dia! Dia baru sahaja masuk penjara beberapa bulan lepas, takkan aku nak ganggu garis masa dimensi dia lagi?!" kata Boboiboy.

"Kita dalam keadaan terpaksa, kalau aku pun aku tak nak bantuan dia tetapi dia lebih pakar dalam hal ini kerana dia merentas alam semesta berkali-kali. Dia pasti tahu siapa diri kita yang satu itu. Jika dia tahu kewujudan kau, maknanya kawan-kawan kau juga bakal dalam bahaya!" kata Komander Boboiboy dengan tegas.

Boboiboy kembali terdiam, dia berdecit seketika. Jika sudah melibatkan keselamatan kawan-kawannya, dia kena memaksanya dirinya untuk meminta bantuan dari sisi jahatnya.

"Baiklah, aku cuba dulu. Dia yang satu itu agak keras kepala untuk diuruskan."

"Baiklah. Guna jam kuasa Ying yang satu itu untuk kau merentas masa, aku tak mahu risikokan Ying di dimensi ini pula. Lebih baik dia tunggu di sini sahaja," kata Komander Boboiboy.

Boboiboy menatap jam kuasa milik Leftenan Ying yang berdarah itu buat seketika. "Baiklah, terima kasih."

This Is Not Me 2: The Mourning Soul [BBB Malay Fanfiction]Where stories live. Discover now