Boboiboy menatap dirinya pada pantulan cermin, dia membelek wajahnya. Terdapat pelbagai parut berada di wajahnya, mata kirinya kelihatan kelabu. Boboiboy menanggalkan bajunya dan kelihatan lebih banyak parut di seluruh badannya dan dia memandang jam kuasa yang dipakainya. Dia ternampak hanya beberapa elemen sahaja bercahaya pada jam kuasa itu.
"… Apa yang budak ni alami sampai jadi macam ni?" getus Boboiboy.
Tiba-tiba satu letupan yang kuat berlaku tidak jauh dari kawasan Boboiboy berada, dia cepat-cepat menyelak langsir biliknya itu.
"Jadi aku masih di dimensi sama.. Badan aku!" Boboiboy cepat-cepat bersiap, terkial-kial Boboiboy apabila dia cuba memakai sut mecha milik Alter.
"Kenapa budak ni suka pakai benda complicated?!" rungut Boboiboy, terlompat-lompat dia apabila dia ingin menyarung kasut di kakinya.
Boboiboy mengutip segala barang milik Alter ke dalam beg dan dia terhenti apabila satu bekas silinder yang diperbuat daripada kaca tebal yang dipenuhi dengan jam kuasa berada di atas meja.
"Jadi.. Kau guna kuasa mereka, huh?" fikir Boboiboy, dia mengambil bekas itu.
Boboiboy memandang sut mecha yang dipakainya dan satu tempat di bahagian pinggangnya seperti kena-mengena dengan bekas silinder itu, Boboiboy terus meletakkan silinder itu di situ.
"Sut M4000 diaktifkan. Selamat kembali, Boboiboy." Satu suara kedengaran, sut mecha Boboiboy perlahan-lahan diaktifkan melalui jam kuasa itu. Topeng perlahan-lahan muncul di wajah Boboiboy.
"Wo..Wow, hebatnya!" puji Boboiboy.
"Baiklah, mari kita pergi." Boboiboy membuka tingkap bilik itu dan memandang ke bawah, bilik yang dia berada di tingkat yang tinggi.
"Harap-harap aku guna kuasa Yaya dengan betul," getus Boboiboy, dia terasa gemuruh kerana dia tidak biasa guna kuasa kawan-kawannya.
Boboiboy terus melompat keluar dari tingkap dan cuba menggunakan kuasa Yaya untuk terbang tetapi dia malah jatuh menjunam ke bawah.
"Tidak! Tidak! Terbang! Terbang!" jerit Boboiboy ketakutan.
Dia semakin menjunam ke tanah secara mendadak.
"Terbanggg!!" jerit Boboiboy, matanya ditutup rapat. Dia sudah pasrah jika dia terhempas di atas tanah tetapi dia bernasib baik kerana badannya terapung beberapa meter dari tanah.
"..E..Eh?" Boboiboy terkebil-kebil dan memandang ke bawah.
"Akhirnya!… Aku ingat aku dah nak mati tadi," kata Boboiboy, mahu menangis dia kalau dia mati sia-sia sahaja.
Boboiboy menarik nafas dalam-dalam. "Baiklah, nampaknya aku kena belajar." Boboiboy perlahan-lahan mengawal kuasa graviti dan terbang ke udara.
"Kelajuan super sonik!" jerit Boboiboy dan dia terus terbang dengan laju ke arah lokasi letupan itu.
Sementara itu, Revers melagakan pedang halilintarnya pada pedang halilintar lawannya. Keadaan di stadium menjadi huru-hara kerana perlawananan antara Revers dan lawannya.
"Aku tak sangka kau cepat sangat bangun," kata Revers.
"Apa yang kau buat dengan badan aku huh?! Kenapa aku ada dalam badan dia ni?!" marah Alter yang terperangkap dalam badan Boboiboy.
"Haha, kau patut gembira yang aku alih roh kau ke badan dia ni. Bukan ke itu yang kau mahukan?" kata Revers sambil melibas pedangnya ke arah Alter.
"Aku tak mahulah badan dia ni!!" Semakin mengamuk Alter, dia mengangkat tangannya ke udara dan tanah tinggi menyerang Revers.
YOU ARE READING
This Is Not Me 2: The Mourning Soul [BBB Malay Fanfiction]
FanfictionSetelah menumpaskan Rev! Boboiboy, hidup Boboiboy kembali normal dan pengembaraannya ke seluruh galaksi bersambung tetapi sebuah kemalangan berlaku sekali lagi apabila bukan sahaja dirinya dalam bahaya tetapi kawan-kawannya?! Hanya kerana musuh baru...