Erangan keluar dari mulut Idol! Boboiboy, perlahan-lahan dia bangun dari pengsannya.
"Selamat pagi, tuan putera. Adakah tidur kau sudah cukup?" ucap Revers dengan nada ejekkan.
Idol! Boboiboy terkaku seketika dan kembali menjerit. "Kenapa kau ada di sini lagi?! Adakah aku bermimpi lagi?!"
"Bawa bersabar, Boboiboy! Kau tak bermimpi!" jerit Idol! Gopal yang cuba menenangkan Idol! Boboiboy.
"Kerja bagus, Rev. Nanti dia pengsan, pandai-pandai kau pula yang uruskan." Boboiboy menatap datar ke arah Revers.
"Hehe, aku bergurau sahaja. Aku ingat dia mengada sahaja tiba-tiba pengsan selepas tengok kita," kata Revers dengan sinis.
Boboiboy menggulingkan matanya dan memandang Geng Kokotiam. "Kamu semua ada jam kuasa?" soal Boboiboy.
"Jam kuasa?" Mereka berlima memandang antara satu sama lain.
"Ada… Macam mana kau tahu?" Idol! Boboiboy menatap tajam ke arah Boboiboy.
"Sebab aku pun ada." Boboiboy menunjukkan jam kuasanya kepada mereka.
"Eh?! Jam kuasa kau pun sama dengan aku?!" Idol! Boboiboy menerbeliakkan matanya.
"Sepertinya kau masih tidak percaya, aku dan dia dari dimensi yang berbeza. Kau adalah aku juga tapi dari dimensi berbeza. Kau tidak tahu pasal ini kerana dimensi kau tidak dikacau oleh si gila kuasa ni," terang Boboiboy lalu dia menatap ke arah Revers.
"Kenapa kau pandang aku macam tu? Tahulah aku handsome." Revers tersenyum sinis.
"Ugh, apa-apa jelah. Sebab kami datang ke sini kerana ada seseorang cuba menyerang kau, terutama sekali kawan-kawan kau. Mereka dalam bahaya," sambung Boboiboy.
"Nanti! Spotlight yang jatuh tu.."
"Ya. Sepatutnya dia nak bunuh kau untuk dapatkan kawan-kawan aku tetapi aku halang," terang Boboiboy lagi.
Idol! Boboiboy tercengang dengan keterangan itu, dia nampak raut wajah Boboiboy langsung tidak menunjukkan bahawa dia menipu.
"Jadi dia masih di sini?" celah Idol! Yaya.
"Ya. Aku dah halau dia tetapi aku tak tahu jika dia akan kembali serang korang atau tidak," balas Boboiboy sambil mengusap dagunya.
"Dan korang akan tinggal di sini?" Idol! Boboiboy mengerutkan dahinya.
"Buat seketika jika dia masih di sini tetapi aku tertanya-tanya, kenapa korang masih ada jam kuasa walaupun sudah jadi penyanyi?" soal Boboiboy dengan perasaan ingin tahu.
"Oh, sebab kami jadi hero separuh masa." Idol! Boboiboy menggarukan kepalanya.
"Eh?"
"Ya, aku dari kecil sudah jadi penyanyi tetapi tidak sangka menjadi hero pun seronok." Idol! Boboiboy ketawa kecil.
"Haha! Nampaknya personaliti untuk menjadi hero itu masih ada," celah Revers.
"Dan kau berdua? Apa kerja korang?" soal Idol! Boboiboy, dia semakin tertarik dengan dua sisi dia itu.
"Oh, aku superhero bumi. Sudah tentu, aku menyelamatkan sfera kuasa dan dia ni pula, buat kerja orang jahat. Mencuri… Membunuh." Boboiboy menunding ke arah Revers.
"Hei, aku nak memperkenalkan diri aku sendiri! Kenapa kau menyibuk?" marah Revers.
"Eh, jadi orang jahat? Tak patut, tak patut." Idol! Boboiboy menggelengkan kepalanya.
"Apa? Seronoklah jadi orang jahat," balas Revers.
"Tak langsung!" kata Boboiboy dan Idol! Boboiboy serentak.
YOU ARE READING
This Is Not Me 2: The Mourning Soul [BBB Malay Fanfiction]
FanfictionSetelah menumpaskan Rev! Boboiboy, hidup Boboiboy kembali normal dan pengembaraannya ke seluruh galaksi bersambung tetapi sebuah kemalangan berlaku sekali lagi apabila bukan sahaja dirinya dalam bahaya tetapi kawan-kawannya?! Hanya kerana musuh baru...