"Komander! Seseorang cuba merentas alam semesta secara haram sekali lagi!" Lantang suara seorang lelaki berkaca mata di mana umurnya seperti dalam lingkungan 40-an, tangannya tangkas menyentuh setiap skrin hologram di hadapannya.
"Tak mungkin! Kita sudah pantau setiap laluan! Adakah dia penceroboh yang sama?!" soal lelaki berumur yang mendapat gelaran Komander itu.
"Kemungkinan besar ya!" balas lelaki berkaca mata itu.
"Komander Boboiboy, dia berada di sistem laluan K-54!" celah wanita bertudung merah jambu pula.
"Kapten Fang, Kapten Yaya! Kesan ke mana dia akan pergi!" arah Komander Boboiboy dengan tegas.
"Baik, Komander!" Lelaki berkaca mata dan wanita bertudung merah jambu itu menganggukkan kepala mereka, menerima arahan daripada Komander Boboiboy itu.
"Uhh.. Komander?" Tiba-tiba wanita berkaca mata pula mencelah.
"Ya, Leftenan Ying?" Komander Boboiboy mengalihkan pandangannya kepada wanita itu.
"Dia sedang menuju ke kita," balas Leftenan Ying dengan perasaan risau.
"Huh?! Ap.." Komander Boboiboy tidak dapat menghabiskan ayatnya apabila sebuah letupan menyerang markas mereka sehingga kesemua ahli pasukannya terpelanting dan alatan mereka mengalami kerosakan.
Komander Boboiboy terbatuk-batuk kerana debu letupan itu dan dia perlahan-lahan berdiri. "Korang semua okey ke?!" soal Komander Boboiboy.
"Kami okey!" sahut lelaki berbangsa india.
"Ko.. Boboiboy, tengok." Kapten Fang menunding ke arah sebuah portal yang muncul di hadapan mereka.
".. Semua bersedia, jangan bagi penceroboh ini serang kita sewenangnya." Komander Boboiboy memberi arahan lalu keempat-empat kawannya terus bersedia untuk hadapi serangan yang bakal berlaku pada mereka.
Mereka berlima merenung ke arah portal tersebut sungguh lama tetapi tiada sesiapa langsung keluar dari portal tersebut.
"Dey, tak ada apa-apa pun? Kita kena tipu ke?" Prebet Gopal mengerutkan dahinya.
"Hmm, pelik ni. Adakah ini cuma permain..ahhhh?!!" Komander Boboiboy secara tiba-tiba menjerit apabila dirinya terapung.
"Apa jadi ni?!" Habis menjerit Prebet Gopal apabila dirinya turut terapung.
"Kuasa graviti?!" celah Kapten Yaya apabila dia dapat rasakan kuasa yang mengapungkan dirinya.
"Jadi.. Inilah pangkalan kawalan laluan alam semesta?" Tiba-tiba satu suara menarik perhatian mereka berlima.
"Siapa kau?! Macam mana kau boleh merentas alam semesta?!" marah Komander Boboiboy.
Sosok misteri itu membuat bunyi klik beberapa kali menggunakan mulutnya. "Kau tidak perlu tahu, aku datang sini cuma nak ambil apa yang aku nak. Itu sahaja," kata sosok itu dengan nada jahat.
"Kau nak apa?! Adakah kau adalah Revers?! Adakah kau terlepas dari penjara?!" marah Komander Boboiboy lagi.
"Revers?.. Hah, sudah lama aku tak dengar nama dia. Kau tahu, aku benci dengar nama tu." Sosok itu mendekati mereka berlima, mereka terkaku apabila sosok itu memakai sut mecha berserta hoodie yang menutup kepalanya dan topeng berkaca mata menutup hampir seluruh wajahnya.
"Siapa kau sebenarnya? Kalau kau kenal Revers, aku yakin kau adalah sekutu dia." Komander Boboiboy merenung tajam ke arah sosok itu.
"Sekutu? Heh, pergi matilah." Sosok itu memetik jarinya lalu beberapa ekor serigala bayang muncul disebalik bayangnya sendiri.
YOU ARE READING
This Is Not Me 2: The Mourning Soul [BBB Malay Fanfiction]
Hayran KurguSetelah menumpaskan Rev! Boboiboy, hidup Boboiboy kembali normal dan pengembaraannya ke seluruh galaksi bersambung tetapi sebuah kemalangan berlaku sekali lagi apabila bukan sahaja dirinya dalam bahaya tetapi kawan-kawannya?! Hanya kerana musuh baru...