+1+

301 9 16
                                    

Planet Bintang, Dimensi Asal…

Kedengaran derapan kasut berlari di dalam sebuah hutan di mana kesemua pokoknya bersinar seperti bintang, sosok itu membawa lari sebuah sfera kuasa yang berada di dalam dakapannya.

"Tolong! Tolong!" jerit sfera kuasa itu.

"Diamlah! Nanti Boboiboy jumpa ki.."

"Hoi, Adudu! Mari sini kau!" Boboiboy yang dalam mod Boboiboy Halilintar berlari sangat laju menggunakan larian halilintar, mengejar Adudu.

"Tak guna! Probe, halang dia!" jerit Adudu.

"Baik, Incik Bos! Probe! Mega Probe! Tembakan Roket Berpandu!" jerit Probe sebelum badannya menjadi robot tempur mecha dan melepaskan beberapa das roket berpandu pada Boboiboy.

Boboiboy dengan tangkas mengelak dari roket berpandu menggunakan larian halilintarnya tetapi roket tersebut berpatah balik dan mengejar Boboiboy dari belakang.

"Alamak! Matilah aku." Boboiboy menoleh apabila dirinya dikejar.

"Perlahankan masa!" jerit Ying yang muncul berdekatan dengan Boboiboy dan segala makhluk hidup disekelilingnya bergerak dengan sangat perlahan.

Ying yang secara tenangnya berjalan ke arah Boboiboy dan mengalihkan Boboiboy ke tepi.

"Kembalikan masa!" jerit Ying lagi lalu masa kembali normal dan roket berpandu itu terus menuju ke arah Probe dengan laju.

"Eh?! Nanti! Nanti!" jerit Probe dengan cemas sebelum dia melayang ke langit kerana letupan roket berpandunya sendiri.

"Terbaiklah, Ying!" Boboiboy menunjukkan ibu jarinya manakala Ying sekadar ketawa.

Tiba-tiba Boboiboy mengerang kesakitan apabila kepalanya terasa sakit manakala telinganya berdesing.

"Eh! Lu okey ke, Boboiboy?" soal Ying.

"Tak ada apa-apa, jom tangkap Adudu sekarang!" Boboiboy terus berlari untuk mengejar Adudu.

Adudu yang tercungap-cungap, bersembunyi disebalik salah satu pokok bintang itu. Dia memeluk erat sfera kuasa yang ketakutan itu.

"Jumpa kau." Fang yang memakai topeng muncul secara terbalik dari dahan pokok di hadapan wajah Adudu dengan suara menakutkan.

Habis menjerit ketakutan Adudu dibuatnya sambil tangannya melempar sfera kuasa ke wajah Fang tanpa berfikir.

"Adoi?!" jerit Fang dan terjatuh dari dahan pokok itu manakala Adudu tergelincir dan terhantuk pada pokok dengan sangat keras sehingga dia pengsan menyebabkan bintang-bintang pada pokok itu jatuh atas mereka berdua seperti salji.

Fang mengeluarkan kepalanya dari timbunan bintang itu. "Nasib baik aku pakai topeng," kata Fang.

"Eh?! Apa jadi ni?!" soal Yaya yang baru sahaja tiba.

"Tak ada apa, cuma kemalangan kecil." Fang menyapu serpihan bintang pada badannya dan mengambil sfera kuasa yang pening lalat kerana dilempar sangat keras.

"Eh, dah dapat?" soal Boboiboy pula.

"Hm, biasalah. Faham jelah dengan Adudu ni," balas Fang manakala Yaya menatap ke arah Boboiboy.

"Boboiboy?" Yaya mengerutkan dahinya.

"Ya, kenapa?" Boboiboy memandang ke arah Yaya pula.

"Mata kau," kata Yaya lagi.

"Huh? Mata aku? Kenapa mata aku?" Boboiboy terkebil-kebil.

"Tengok ni," kata Ying sambil menghulurkan cermin kecil pada Boboiboy.

This Is Not Me 2: The Mourning Soul [BBB Malay Fanfiction]Where stories live. Discover now