+6+

75 10 12
                                    

"Kenapa kau buat macam tu, hah?! Buat aku risau sahaja!" marah Boboiboy sambil menampar lengan Kaizo.

"Haha! Maaf, maaf. Aku sudah lama tak guna bahan letupan," kata Kaizo tanpa rasa bersalah.

"Kalau kau mati tadi, aku tak tahu nak cakap apa dengan Fang nanti." Boboiboy memicitkan dahinya.

"Kapten nak selamatkan Pang ke?" Kaizo mendekatkan wajahnya ke wajah Boboiboy, dia tertarik apabila Boboiboy menyebut nama adiknya.

"Ya.. Jauhkan muka kau daripada aku," kata Boboiboy sambil menolak wajah Kaizo ke tepi.

"Maaf, aku terlalu gembira bila kapten sebut nama Pang. Aku dah lama tak jumpa budak kecil tu," balas Kaizo.

"Nanti kita selamatkan dia, aku perlukan rehat." Boboiboy duduk di tempat duduknya.

"Apa kata kau rehat di Planet Gur'latan?" celah Sai yang sibuk memandu kapal angkasa.

"Oh, idea yang bagus." Shielda pula mencelah.

"Boleh sahaja… Tapi aku nak tinggal di mana?" Boboiboy mengerutkan dahinya.

"Itu serah sahaja kepada aku," balas Kaizo dengan yakinnya.

"Okey, aku nak lelap sekejap. Beritahu setelah tiba nanti," kata Boboiboy lalu matanya terus ditutup.

"Baik!" balas mereka bertiga secara serentak.

Perlahan-lahan Boboiboy hanyut ke dalam dunia mimpi sehingga dia tidak dapat mendengar bunyi disekelilingnya tetapi dia terbangun di tengah sebuah taman yang indah.

"Eh? Kenapa aku di ruang masa?" getus Boboiboy.

"Boboiboy!" Solar yang duduk tidak jauh daripada Boboiboy, menyapa.

"Solar? Adakah kau bawa aku ke sini?" soal Boboiboy, mendekati Solar.

"Ya.. Aku dengar seseorang meminta bantuan," balas Solar.

".. Adakah Gamma?" soal Boboiboy lagi.

"Mungkin, dia macam.. asyik menangis?"

"Aku pun dengar," celah Halilintar.

"Eh? Kau pun?" Solar mengerutkan dahinya.

"Adakah sebab Voltra?" celah Boboiboy pula.

"Aku rasa ada yang tak kena dengan budak Alter tu," kata Halilintar dengan nada serius.

"Tapi masalahnya aku pun tak tahu masalah dia, sisi jahat aku tu tak nak beritahu sepenuhnya sehingga aku dapat bebaskan dia nanti. Baru aku dapat jawapannya… Mungkin." Boboiboy menyilangkan tangannya, dia berasa tidak puas hati dengan Revers.

"Mungkin, huh?" Solar mengerutkan dahinya.

"Aku harap-harap dia tak tipu aku sebab dia nak bebas sahaja. Kalau dia tipu, aku sumbat dia masuk ke dalam penjara balik. Biar padan muka dia," kata Boboiboy.

"Cakap pasal tuan aku ke?" Seseorang mencelah membuatkan mereka bertiga menoleh, terdapat satu sosok bayang berdiri tidak jauh daripada mereka.

"Huh?! Solar?!.. Tak, Sunny?! Macam mana kau ada di sini?!" soal Boboiboy dengan nada terkejut manakala Solar dan Halilintar hampir ketawa tetapi ditahan.

"Sunny? Tsk, aku dah beritahu tuan aku untuk berhenti panggil aku dengan nama tu.. Apa-apa jelah, aku datang ke sini sebab jam kuasa dia dengan kau. Sebab itu aku dapat berkomunikasi," kata Revers Solar.

"Oh, betul juga. Adakah kau datang sini nak bawa kehuru-haraan?" soal Boboiboy lagi.

"Oh, tidak. Aku cuma terdengar kau cakap pasal tuan aku. Adakah dia minta apa-apa bayaran daripada kau?" soal Revers Solar pula.

This Is Not Me 2: The Mourning Soul [BBB Malay Fanfiction]Where stories live. Discover now