"Tumpang lalu." Boboiboy dan Revers menolak beberapa orang penonton yang memenuhi stadium itu tetapi suara mereka masih tenggelam kerana sorakan dan muzik yang bergema di dalam stadium itu.
Boboiboy dan Revers melepasi lautan penonton yang mempunyai pelbagai spesis dari manusia sehinggalah makhluk asing, semuanya menyertai konsert tersebut. Dengan segala usaha yang ada, mereka berada di berdekatan dengan pentas untuk melihat dengan jelas.
"Akhirnya, ramai betul penonton kat sini!" rungut Boboiboy.
"Tsk, aku benci tempat ni." Revers pula merungut.
"Bandar Stellar, anda semua nak lagi?!" Jeritan seseorang yang berada di atas pentas menarik perhatian Boboiboy dan Revers, seorang sosok muda yang segak berpakaian memegang bass dengan sungguh bergaya di atas pentas itu.
".. Itukan kita," kata Boboiboy, dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
"Nampaknya dia jadi penyanyi di dimensi ini." Revers mengusap dagunya sendiri.
"Encore! Encore! Encore!" Penonton di dalam stadium itu melaungkan perkataan yang sama sambil mengerakkan lightstick mereka ke udara, pelbagai warna lightstick ada di dalam stadium itu tetapi warna oren menguasai lautan penonton itu.
"Macam mana, Boboiboy? Nampaknya peminat kita masih mahu lagi," kata Idol! Fang yang memegang gitar elektrik, berdiri di sebelah Idol! Boboiboy.
"Baiklah, mari kita encore!" Idol! Boboiboy menjerit dengan lantang, sorakkan daripada penonton semakin lantang.
Idol! Boboiboy memberikan isyarat kepada kawan-kawannya dan Idol! Fang mula memainkan gitarnya lalu diikuti oleh ketukan drum oleh Idol! Gopal.
"Want your bad romance! Want your bad romance!" Idol! Boboiboy mula bernyanyi dan memetik bass yang dipegangnya.
"I want your ugly, I want your disease. I want your everything as long as it's free. I want your love!" Idol! Fang pula bernyanyi sambil memetik gitar elektriknya itu.
"I want your love!" Idol! Boboiboy menyanyi pula.
"Love, love, love, I want your love!" Idol! Fang pula menyanyi.
"I want your love! I want your love!" Idol! Boboiboy sekali lagi menyanyi.
"I want your drama, the touch of your hand. I want your leather-studded kiss in the sand. I want your love!" Idol! Fang sekali lagi nyanyi.
"I want your love!" Idol! Boboiboy menyanyi pula.
"Love, love, love, I want your love!" Idol! Fang pula menyanyi.
"I want your love! I want your love!" Idol! Boboiboy sekali lagi menyanyi.
"You know that I want you and you know that I need you! I want it bad, a bad romance!" Idol! Boboiboy merentap mikrofonnya sendiri untuk dirapatkan ke mulutnya dengan sebuah senyuman sinis, kedengaran hampir kesemua penonton mengikuti dia menyanyi.
"I want your love and I want your revenge!
You and me could write a bad romance! Oh-oh-oh-ohhh! I want your love and all your lover's revenge! You and me could write a bad romance!" Suara Idol! Boboiboy semakin lantang, dia melompat di atas pentas dengan perasaan teruja."Oh-oh-oh-oh-oh, oh-oh-oh-oh, oh-oh-ohhh!!Caught in a bad romance!! Oh-oh-oh-oh-oh, oh-oh-oh-oh, oh-oh-ohhh!! Caught in a bad romance!!" Idol! Boboiboy menanggalkan mikrofonnya dan nyanyikan highnote dengan penuh semangat, kesemua penonton bersorak teruja dengan highnote tersebut. Dia kelihatan bersinar di tengah-tengah pentas it.
YOU ARE READING
This Is Not Me 2: The Mourning Soul [BBB Malay Fanfiction]
Hayran KurguSetelah menumpaskan Rev! Boboiboy, hidup Boboiboy kembali normal dan pengembaraannya ke seluruh galaksi bersambung tetapi sebuah kemalangan berlaku sekali lagi apabila bukan sahaja dirinya dalam bahaya tetapi kawan-kawannya?! Hanya kerana musuh baru...