satu, yang takkan dilupakan

13 0 0
                                    

bagaimana bertemu?



kisah kami sungguh indah, tersusun sama seperti ciptaannya. walaupun penuh dengan emosi yang pelbagai, namun kami tetap teguh hingga ke akhir perjalanan kami ini, biarpun hanya sementara.

bermula daripada si awan, yang mula mempunyai perasaan terhadap diriku, si bintang.

pada awalnya, aku sendiri tidak tahu tentang kewujudannya, hanya sekadar mendengar nama dan melihatnya memasuki surau sekolah bagi menunaikan solat sunat dhuha, bagi diriku dia itu seorang yang kuat agamanya, jadi aku kagum, dengan dirinya tatkala kawan sekitarnya berbeza dengannya.

namun suatu hari, kawanku, bulan, memberitahu bahawa ada seseorang yang telah jatuh hati pada diriku, ketika aku sedang cuba untuk move on dari seseorang, ketika itulah awan datang, menutupi semua sedihku.

pabila bulan menyebut namanya, aku sendiri terkejut, bahkan rasa seperti ditipu hidup-hidup, aku berfikiran,

"dia, suka aku? sungguh?"

"ini mimpi atau realiti?"

"rasa mahu tebuk dinding, untuk lihat bahawa ini benar atau palsu"



"kenapa aku?"

pada malam itu, sungguh tidurku tidak tenang, memikirkan si dia, awan,

hm, baru satu jam, sudah penuh di fikiran aku tentang dia.

awan dan bintangWhere stories live. Discover now