tujuh, penghujungnya

12 0 0
                                    

penutup kisah ini




pertemuan yang indah dan bahagia, pengakhiran yang sedih walaupun sementara. apakan daya, kita berdua hanya menerima takdir Yang Maha Esa.

awan yang sentiasa menutupi sedih bintang, kini bergerak jauh ke tempat lain. awan yang dulu berkata-kata untuk menenangkan bintang, kini diam sepi tidak berbunyi. awan yang selalu menceriakan hari-hari bintang, kini hilang begitu sahaja.

bintang yang dulu menerangi hidup awan, kini memadamkan cahayanya. senyuman bintang yang dulu membahagiakan awan, kini tiada. bintang yang selalu ada untuk awan, kini hanya ada ketika perlu sahaja.

sedih bukan? bahagia itu sementara, namun bahagia yang ini ku ingin kekal sampai bila-bila. iyalah, tidak pernah rasa dihargai dan menghargai seseorang itu dengan penuh bermakna.

kami berdua tidak berhenti, cuma menjauhi. untuk apa? perbaiki diri sendiri, agar kami dipertemukan dalam keadaan yang lebih baik dan bersedia. awan dan bintang ini bukanlah cinta monyet, tetapi bintang yang mencintai monyet, hehe :)

kisah dan kenangan kami akan ku abadikan dalam penulisan bintang. harapanku cuma satu, agar perjalanan kami selama ini tidak sia-sia, dan ada hasilnya.

sekiranya ada jodoh untuk awan dan bintang, Ya Allah, permudahkanlah urusannya. jika tiada, insyaallah, kami akan usaha sehingga ada.


closing this story...




kata awan, dia suka ketika aku melambai dirinya, insyaallah ada rezeki bintang akan lambai lagi ye, tunggu pabila sudah besar nanti, akan selalu ku lambai dan menyambut pagimu dengan ceria.

awan dan bintangWhere stories live. Discover now