sembilan, rindu tidak terkira

11 1 0
                                    

luahan hati bintang





kadang-kadang aku sendiri berfikir, layakkah diriku untuk menerima, menyukai, dan mencintai dirinya yang lebih sempurna dari diriku

ramai lagi wanita diluar sana yang layak mendapat lelaki seperti dirinya.

tidak termasuk aku.

tapi, jika ditanya, adakah aku mahu untuk melepaskan dirinya, jawapanku

tidak.

kenapa?

beri aku sebab kenapa aku perlu tinggalkan dirinya, sedangkan dia yang mengubahku ke arah yang lebih baik?

beri aku sebab kenapa aku perlu cari orang lain, sedangkan dia sahaja yang mampu membuat aku tersenyum, hanya dengan kata-katanya yang biasa sahaja?

beri aku sebab kenapa aku perlu layan lelaki yang mengejarku sedangkan hatiku hanya tertarik pada dirinya?

sungguh, aku juga tidak sangka akan dicintai sebegini rupa, bahagia rasanya, dihargai seseorang yang telah mengubah hidupku sepenuhnya

terima kasih Allah, kerana menemukan diriku dan dirinya, aku percaya ini semua ada hikmah disebaliknya, sama ada jodoh, atau pengajaran yang bermakna

tetapi sungguh, jika ada jodoh, akan ku jadi wanita yang paling bahagia di muka bumi ini.

tetapi dia? ku tidak tahu

ku berharap perkara yang sama juga.





movie time dgn family :)

awan dan bintangWhere stories live. Discover now